Memaparkan catatan dengan label resepi.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi.. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Ogos 2017

Sabtu, 19 Ogos 2017

Serawa Bachang

Kalian pernah makan tak Serawa Bachang? saya belajar makanpun dari anak buah yang berasal dari Perak.

Awal pagi tadi, minta tolong suami belikan buah bachang kat pasar pagi, jenuh dia mencari, dah isteri nak makan, terpaksalah.😀😂

Akhirnya jumpa juga walaupun sebiji terpaksa dibuang dek busuk, tak apalah, niat bersedekah.. 🤗

Serawa bachang.

Nak buatnya cukup mudah, campur santan, gula dan garam secukup rasa, curah ke atas buah bachang yang telah dipotong sesuka hati, sejukkan di dalam peti ais, siap untuk dimakan. Rasanya lemak2 manis gitu. 


Isnin, 8 Mei 2017

Isnin, 8 Mei 2017

Bebelan Sempena Cuti Hol Pahang

Assalamualaikum buat semua yang menyinggah dan tersinggah di sini.

Selamat bekerja buat mereka yang bekerja dan suri2 rumah, meh kita sama2 mengemas rumah, masuk hari ke 3 bercuti, baru punyai mood mengemas rumah, apakah hal kamu UA weyhhhhhh??  

2 hari berlalu cuma bersantai2 dan rehat sahaja, dengan erti kata lain "Mengecaj" sebelum mulakan rutin harian, maklumlah cuaca di luar sana panas yang amat, tak sanggup nak pegang penyapu, vakum dan pengemop hatta di ruang tamu sekalipun, (sebenarnya ia alasan semata2, hu3.)

Oh ya, hari ini saya masih lagi bercuti sempena Hari Hol Negeri Pahang, awal2 pagi lagi mulakan rutin sebagai seorang isteri dan ibu iaitu memasak sebab saya percaya ia pengerat kasih sayang di antara kami, sedap tak sedap dikira lain okey...

Menu pagi ini agak istimewa sikit sementara si anak dara masih lagi berada di rumah, yalah hati seorang ibu, walaupun nampak tegas dan kuat membebel, tetap ada kasih sayang gitu...

Udang Goreng Mentega

Korang nak resepi ke? google jer lah,, sekarang ini semua di hujung jari.. ~_^

Agak2nya Geng "Aweks Blogger" masak apa ya pagi ni? menu2 harian kalian menggoda hatiku, ahakkkkkk...

Sabtu, 26 Disember 2015

Sabtu, 26 Disember 2015

Resepi Sos Lada Hitam

 
Menu petang semalam

Korang percaya tak, Alya boleh habiskan 2 hidangan Lamb Chops untuk sekali makan?

Gara2 sering menerima pujian melangit si cilik Alya , maka dengan rela hatinya saya ingin berkongsi resepi sos lada hitam simple tapi sedap & kena dengan selera kami, ia sesuai dihidangkan bersama Lamb Chops, Chicken Chops, BBQ dan sebagainya.

Kalau kalian nak tahu, setiap kali Alya minta siapkan Lamb Chops, pasti dia akan menggunakan kaedah psikologi - "Ummi ni Cheflah,  sedap ummi masak.." , dia akan ulang ayat yang sama sehingga berjaya menghabiskan sisa2 makanan di dalam pinggan, "hahhhhhhhhhh kembang hidung tau asyik kena puji jer, hu3"

Resepi Sos Lada Hitam:

Sedikit buttercup (kalau xder, minyak masakpun jadilah)
1 camca besar tepung (bertujuan untuk memekatkan sos nanti)
1 labu bawang besar (Terpulang, nak kisar kering/cincang halus/tumbuk lumat)
Lada Hitam (Ikut kepada kepedasan yang dikehendaki, saya guna lebih kurang 1 - 2 camca besar - ditumbuk halus)
Sos  tiram, kicap manis secukup rasa
Sedikit sos cili * (pilihan..  tak masukpun tak apa..)
1 kiub pati ayam @ sesudu kecil serbuk pati ayam
Air (lebih kurang secawan +) bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki.

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan tepung, kacau hingga keperangan
  3. Masukkan bawang besar & lada hitam, tumis lagi hingga  bawang hampir garing (guna api kecil, pastikan sentiasa dikacau)
  4. Masukkan air, kiub pati ayam, sos tiram, kicap manis, sos cili secukup rasa, renihkan seketika, siap (tak perlu terlalu pekat sebab apabila sos lada hitam sejuk, ia akan bertambah pekat..)
Resepi ini tidak lagi memerlukan penggunaan garam dan gula, penggunaan sos tiram + kicap manis sudah memadai. 

Resepi:  Lamb Chops

Selasa, 8 Disember 2015

Selasa, 8 Disember 2015

Seadanya..

Takkala Geng Kilauan Emas kita memenuhi selera Tuan Anas Jilapah, kitapun nak join sama, yalah.. wanita bekerjaya bukan semestinya tidak perlu memasak, kitapun nak pahala jugalah geng,  bila direnung2 owhhhh "rupa2nya awaklah sumber inspirasiku.. walaupun kadang2 ia RENTUNG, opsssssssss."
Mee goreng ala2 mamak homemade

Menu petang ini, ia permintaan 'SUAMI TERCHINTA', tiba2 dapat panggilan semasa di pejabat tadi, dia minta goreng mee lagi.

Al kisahnya malam tadi, semasa sedang menggoreng mee, tiba2 ramai pula rakan2 anak masuk ke dalam rumah untuk menonton siaran Astro first, cerita apa? entah, sayapun tidak pasti, terus kami berikan kepada anak2 & mereka sedikit seorang, itulah seadanya, kata orang cukuplah sekadar merasa.

Lagipun kami tidak tahu pula mereka bertandang secara tiba2, rasa tidak sampai hati nak makan takkala ada tetamu.

Oh ya kiriman Cikgu Etuza sudahpun diterima siang tadi, macam2 Cikgu ini, segan sangat, asyik menerima kiriman dari Keningau jer.. Apa2pun terima kasih diucapkan.

Sabtu, 7 Februari 2015

Sabtu, 7 Februari 2015

Ketika ketiadaan air

Kena fikirkan menu ringkas tapi sedap, hirisan daging ayam & daun salad disusun pada sekeping "Vietnam Rice Paper (dicelup ke dalam air sejuk seketika) kemudian paipkan pelbagai jenis sos kegemaran, akhirnya dibalut ala2 popia.

 
Pertama kali ternampak kat Giant, beli & simpan sebagai stok kering, alhamdulillah tidak merugikan.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang