Nak pecah perut ni menahan tawa dek stafku, nak dijadikan cerita, baru jap tadi jurujual 'atom massager' masuk ke dalam pejabat dan ketika ini aku sedang menerima panggilan rasmi.
Semasa jurujual itu melangkah masuk ke dalam pejabat, tiada sorangpun staf yang tinggal.
Sebaik sahaja menamat panggilan, aku terus keluar dari bilik dan bertanyakan tujuannya ke mari sambil memberi senyuman.
Berikut antara butir2 perbualan kami
Jurujual: Naper kak, saya masuk aje, dorang terus lari
aku : ( Pandang arah jam) Errrmmm, jam 12 t/hari, masa dorang pam susu (selamba aje jawabku sambil tahan tawa sbb salah seorang staf aku masih blum kawin lagi, cuma sorang aje yang menyusukan anak.)
Jurujual: Tapi kak, saya masuk aje cepat2 aje dorang larikan diri @ orang lelaki xleh masuk sini?
aku : ishhh, xder le, kebetulan aje tu, semasa awak masuk dorang dah nak pergi pam susu, maklumlah masing2 ader anak kecik.
Rupa2nya memasing sudah larikan diri ke bilik utiliti sepantas kilat sebaik melihat jurujual melangkah masuk, maklumlah cermin pejabat ni gelap sikit, jadi orang luar tak boleh nampak terus ke dalam, cuma orang dalam pejabat aje yang dapat lihat keadaan luar.
Errrmmm, pandai aje dorang ni tinggalkan aku sorang2 bagi mengatasi masalah ni. Sib baiklah, tugasan melambak2 di atas meja, ada jugak alasannya nak elakkan diri daripada melayan jurujual.
Pastu pejabat ni riuh rendah ngan gelak tawa kami, hilang tensionku seketika.