Khamis, 30 Ogos 2018

Khamis, 30 Ogos 2018

Hasil "KERASTANGAN" seorang ibu..

Bolehlah anak dari tiada..  ~_^

Perlu pakai hari ini untuk Pertunjukkan Pakaian Beragam sempena menyambut Hari Kemerdekaan, baru petang semalam Alya minta,  pitam seketika umi anak oiiiiiiiiii...  

Nak cari tukang jahit segera bukannya senang,  tiada orang sanggup,  "Auntie Yoke Yin"pun dah pindah ke Ibukota tinggal bersama anaknya,  jika tak senang hati umi,  maka itulah hasilnya, nasib baik Alya berpuas hati..  




Pic dari album guru

Alhamdulillah rezeki Alya..  







~~~~~~~~~~~~~~






Tahniah buat anak bongsu kami kerana berjaya menduduki tempat kedua Pertandingan Bercerita tahap 1, sebagai seorang ibu tentulah berbangga dengan pencapaian dia dari masa ke semasa,  "maklumlah umi sendiri akui menggigil kepala lutut jika perlu ke depan.. " (akui kelemahan sendiri..  🤗)

Menang kalah belakang kira,  paling utama keberanian dia untuk ke depan..

Jumaat, 24 Ogos 2018

Jumaat, 24 Ogos 2018

9 tahun sudah usiamu..

Selamat ulang tahun buat anak kesayangan kami Nur Alya Afiqah yang ke 9... 

Tidak terasa kamu semakin dewasa, semoga dengan bertambahnya usiamu, semakin bertambah kebaikan dan kebahgiaanmu..

Umi,  abah,  abang dan kakak sentiasa mendoakan semoga kamu menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulnya serta berjaya di dunia dan akhirat, aamiin..

Pssttt:  Sori sayang,  hari ini umi kerja,  balik nanti kita raikan ya..  

Rabu, 8 Ogos 2018

Rabu, 8 Ogos 2018

Anak Syurgaku

Genap 20 tahun perginya anak syurgaku. 

Terima kasih sayang kerana hadirmu pernah membahagiakan kami,  damailah kamu di sana,  al fatihah..  

MUHAMMAD SYAHMI 
29/06/1998 - 08/08/1998
Diagnosis: TGA (Transposition of Great Artery) 

Ahad, 5 Ogos 2018

Ahad, 5 Ogos 2018

Penuhi permintaan anak

Di awal pagi ini,  ketika Alya sedang bermain2 dengan si bulus di tempat jemuran kain,  tiba2 terbau aroma nasi dagang yang baru dimasak, mungkin dari rumah jiran tetangga kot. 

Serentak dengan itu juga,  si Alya terus minta nak makan nasi dagang, "aduhhhh anak, masak nasi dagang ambil masa yang lama, naper tak bagitau awal?" kononnya si ibu nak mengelat,  ha3

Alya terus pergi ambil beras khas untuk masak nasi dagang, sayapun tak ingat ada di dalam simpanan,  kamu anak yang bijak,  😄

Yalahkan, nak masak nasi dagang perlu melalui beberapa proses yang agak lama seperti beras perlu direndam sekurang2nya 4 jam,  ikan tongkol  direbus dan dibiarkan seketika sebelum di masak bagi memejalkan isi ikan. 

Akhirnya menggunakan bahan yang ada didapur,  dapat juga penuhi permintaan anak, alhamdulillah, senang hati lihat dia makan bertambah2.. 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang