Bolehlah anak dari tiada.. ~_^
Perlu pakai hari ini untuk Pertunjukkan Pakaian Beragam sempena menyambut Hari Kemerdekaan, baru petang semalam Alya minta, pitam seketika umi anak oiiiiiiiiii...
Nak cari tukang jahit segera bukannya senang, tiada orang sanggup, "Auntie Yoke Yin"pun dah pindah ke Ibukota tinggal bersama anaknya, jika tak senang hati umi, maka itulah hasilnya, nasib baik Alya berpuas hati..
Pic dari album guru
Alhamdulillah rezeki Alya..
~~~~~~~~~~~~~~

Tahniah buat anak bongsu kami kerana berjaya menduduki tempat kedua Pertandingan Bercerita tahap 1, sebagai seorang ibu tentulah berbangga dengan pencapaian dia dari masa ke semasa, "maklumlah umi sendiri akui menggigil kepala lutut jika perlu ke depan.. " (akui kelemahan sendiri.. 🤗)
Menang kalah belakang kira, paling utama keberanian dia untuk ke depan..














15 ulasan:
Congrats utk ank Umi..
Menang bercerita.
Best lah boleh berbendera2. Saya teringin la nak buat baju bendera.. tp nak pakai hari2 biasa. Agak2 org kecam tak?. Hihi..
Alorrrr Sam, jika teringin, buat jer, kat sana dorang mana tau itu bendera Malaysia.. 🤔
Wah ibu yg kreatif walaupun buat disaat akhir...
Tahniah Aliya berjaya dlm pertandingan bercerita...bagus berani di atas pentas.Teringat masa ank bongsu akak tadika dulu wakil pertandingan bercerita sekolah nya...bila tiba giliran dia dipanggil ke pentas,menangis lah pulak,..tak jadi lah jawap nya.Tapi dpt piala lh juga sebab wakil...
Kak saniah
Terpaksa demi anak, mmg tak kreatifpun, langsung xder bakat.. 😄😄
tahniah :D
Ingat ummi buat niqab guna bendera, ngehh..
Tahniah ye alya dapat juga hadiah walaupun cuma keras tangan ummi, hehe.. Kalo lembut tgn harus dpt no satu kan
Tq Ann
NA
Di sekolah weyhhhhh, takkan nak berniqab manjang, lain le jika ada tema ala2 arabian, insya allah boleh guna idea ini.. 🤔🤔
Betul juga tu Umi.. hihi..
Tapi pelancong2 Msia ramai tau skg suka dtg sini.
Wah cantik lah pakaian merdeka tu..
Tahniah buat anak Umi
Nasib le Sam jika terserempak dgn pelancong Malaysia..
Semangat Patriotik katakan.. 😄😄😄
Terima kasih Cikgu Etuza
menjadi juga hasil kerastangan umi tu..
kalaulah saya mau menung 🙊
alhamdulillah tahniah..
Cik su.
Kihkihkih.. tq.. 😘
Sana sini pakaian beragam bendera ni ye geng. Ingatkan sekolah tadika je ada acara ni.Sekolah kebangsaan pun ada rupnya.
Tahniah Alya....aunty pun nak tumpang bangga jugaklah hihi....
Betul geng ingatkan senang ke nak bercerita depan orang! Nak mengingat cerita satu hal. Kiranya Alya ni jenis berani jugak ni...
Catat Ulasan