Penghargaan sebagai pemangkin semangat untuk Alya terus maju ke depan.
Jika ikut lebih 2 minggu tempah tapi asyik ada halangan, perancangan awal surprise semasa balik dari sekolah tapi tak berjaya, lagipun bukan urgentpun, ia sekadar kejutan buat Alya 😁
Alhamdulillah, tahniah sayang..
Nota: Pesanan buat rakan2 diluar sana, seandainya anak seusia 6 tahun masih belum lancar membaca, jangan stress dan beri tekanan kepada mereka, bagilah anak2 seusia itu masa untuk "enjoy" dengan kehidupannya sebagai "kanak2 ribena".
Alya adalah salah seorang dari itu, seawal usia 7 tahun baru lancar membaca dan mula menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa, dia sentiasa punyai target untuk maju ke depan dan sukakan persaingan secara sihat.
Perkembangan anak2 memang tidak sama, jangan sesekali kita bandingkan sesama mereka.










9 ulasan:
Setuju sgt UA, kita as parent jgn terlampau stresskan ank2 utk pandai baca, tapi tulah... Mcm saya tadika swasta takde pilihan mmg permintaan dan harapan tinggi parent nak anak2 mereka boleh membaca sbl masuk darjah 1..last2 saya pun naik stress nak bagi dorg boleh baca. .Huhu.
Bagus sangat kalau tengok result alya tu, pencapaian dia, anak pompuan kan mmg rajin dan bersemangat sbb tu bokeh cepat meningkat.
Lain kisah umar zikri, biasa2 saja, kalau kejut nak gi sekolah agama pagi, aduyaiiii.. Seksa
Tahniah Alya for the achievement!.
Kisah Alya ni..mengingatkan saya pada adik ipar (MIL yg cerita), now beliau dah jadi seorang doktor. Alhamdulillah..
Tahniah Alya.
NA..
Memang betul bila sebut swasta, mak ayah bagi harapan paling tinggi, paling kesian afalah anak2 apabila dipaksa untuk capai kemahuan dan kehendak kita..
Itulah salah satu penyebab anak2 stress untuk ke sekolah...
Bagi saya Zikri ok jer, pasti akan ikut jejak kakak dan abangnya, anak laki biasa lambat sikit tapi apabila naik, ia terus ke atas... 🤗
Berdasarkan pengalaman anak2..😀
Terima kasih
Saya ingatkan kisah Sam sbg Doktor.. 😆
Terima kasih WP
Tahnia ya Aliya..top 3 tu rebutan sesiapa sahaja ..pertahnakan ya..mak ayah kamu gembira tu tau..tahnia Umi Alya
Terima kasih Cikgu Etuza..
Mudah2an dia berjaya dunia akhirat. .
Exam pertengahan tahun dia mmg target No. 3.. Insya Allah slps ni dia target sekurang2nya no. 2..
Catat Ulasan