Hari ini genap setahun blog milikku terhasil, rakan pertama yang memberi sokongan padaku ialah Azrina a.k.a MamaAna a.k.a along iaitu teman yang di kenali menerusi Laman Susu Ibu (maklumlah, kami ibu2 yang memperjuangkan susuibu buat si manja). Tanpa dia, aku tidak pernah terfikir nak wujudkan blog ini. Terima kasih tak terhingga buat along. Jasamu tetap dikenang.
Sebagai permulaan, lahirnya blog yang diberi tajuk CORETAN PERIBADI yang banyak mengisahkan perjalananku sebagai ibu yang memperjuangkan susu ibu buat anak2ku dan diselit dengan bahan2 berkaitan kesihatan (berdasarkan pembelajaran, pengetahuan dan pengalamanku di dalam bidang ini) serta tercampur sedikit sebanyak mengenai hal2 peribadi.
Setelah berfikir semasak2nya, aku rasakan tak elok dicampur adukkan catatan yang berilmu dan hal2 personal, maka lahirnya blog keduaku pada bulan April 2010 - DIARI HIDUPKU yang berkisar mengenai kisah2 seharian kami sekeluarga dan sesekali terselit juga GA & contest.
Buat kali ketiganya, Oktober 2010, CONTEST @ GA ONLY khas untuk penyertaan sebarang peraduan di alam maya terhasil.
Kalu ada diantara kalian bertanya, sempatkah untukku kemaskinikan ketiga2 lama tersebut? sebenarnya ia bergantung kepada kekosongan masaku, biasanya aku akan buatkan n3 terbaru selepas waktu pejabat, hari cuti ataupun waktu malam sambil melayan karenah anak2 walaupun kadang2 idea tu zero dek kepenatan urusan seharian.
Alhamdulillah, melalui laman ini, aku ketemu dengan ramai rakan2 di alam maya, ada diantara mereka seakan rakan karibku yang dikenali lama meskipun kami belum pernah bersua muka (cuma kadang2 kami berhubung melalui telefon dan email sahaja).
Terima kasih buat teman2 semua diatas sokongan padu anda. Tanpa kalian, laman ini sepi dan tiada serinya.