Jumaat, 24 Disember 2010

Jumaat, 24 Disember 2010

Cuti - perancangannya?

Kesibukkan memaksa aku bekerja, bekerja dan terus bekerja. Ruang masa untuk diri sendiri dan keluarga amat singkat sekali. Maka dengan tekadnya aku telah memohon cuti melalui HRMIS beberapa hari lepas. (big boss belum lulus tapi telah dimaklumkan melalui email - maklum le zaman IT, semua di hujung jari)

Mulanya merancang ingin mengambil cuti untuk jangsa masa yang agak panjang tapi apabila menghitung hari, cuma tinggal beberapa ketika lagi untuk sampai kepenghujung tahun 2010 dan melangkah ke 2011, ini bermakna kerja2 harian bertambah padat dan niat bercuti panjang terpaksa dilupuskan dilubuk hati.

Semalam aku difahamkan, ada diantara jabatan kami di daerah lain telah diterjah odit luar, ermmm.. aku bertawakal, jika datang hari inipun, rasanya semua dokumen yang diperlukan telah siap dan semua stok2 yang ader, cukup..  semalam aku sudah periksa dan membuat penyemakan saat2 terakhir dan semua doc disusun setempat,  x tau le jika penggantiku a.k.a stafku buat2 lepas tgn dan bagi alasan tak jumpa kesemua itu (alasan seperti selalu biarpun kesemuanya di depan mata).

Bagiku tak kisahpun dorang datang bila, jika ditakdirkan hari ini, sekurang2nya dorang dapat belajar dan  pengalaman, tidak le terbeban kat bahu ini sorang2. Berat sangat nak pikul amanah yang dipertanggungjawabkan sebaik mungkin dan tanpa bantuan mereka, aku akui,  tak mampu bergerak sorang2. (apa yang penting ialah KERJASAMA DSB)

Berbalik kepada topik asal, kemana agaknya kami hari ni ye? apa yang pasti kesemua bil2 utiliti, ansuran keta dsb aku cuba selesaikan hari ni jugak, keperluan persekolahan anakpun kalu boleh akan cuba diselesaikan dalam jangka masa yang singkat ini tapi nak pergi beli di mana ye? ada cadangan???

3 ulasan:

baincardin berkata...

*Jom 'belasah Part 5' plak! ^_^

Ena berkata...

sy beli kat pasaraya Tesco ke kak.. hehe

Umialya berkata...

Ena..
Akak ke KL smlm, biasalah, destinasi pertama pastinya Kamdar sbb akak suka jenis kain yg digunakan sptmana slogannya 'pasti berbaloi2', kasut lak semestinya 'BATA' & Alat Tulis di Maidin (beli secara pukal - byk terus, senang, jika habis, dorang terus ambik je)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang