Jumaat, 30 April 2010

Jumaat, 30 April 2010

perancangan ari ni




Ada beberapa jam lg kami nak balik kg.. aku tak boleh bygkn camner keadaan kami dlm kereta.. pasti terhimpit2 bak ikan sardin.. mklm le tahun ni menambah sorang ahli keluarga kami - Suzila..takkan aku nak tinggalkn dia umah keluarganya pulak kaan! susah senang biar le dia bersama kami.

Alya pulak boleh ke dok dlm car seat cam ni?



Khamis, 29 April 2010

Khamis, 29 April 2010

kejapnya masa berlalu..

Rasanya krg ni masa seakan semakin singkat, kejap je hari silih berganti, cam hari ni, sedar2 udah petang..

Ptg esok udah nak bertolak balik kampung tp pakaian kami sekeluarga ntah kemana, belum berkemas lagi. Jap lg nak teruskan misi  buat 'kek permaisuri'.. yang ptg semalam tinggal sikit lg, maner cukupkaaan! sib baik le Alya seorang anak yang amat memahami kesibukkan umminya. x pula dia meragam






Pagi tadi kuar kejap, g tempah 2 psg baju sbb ptg smlm sepasang baju telah terbakar terkena seterika.. huhu... sementara tu singgah jap kedai kawan, apatah lg jumpa kain pasang, terus tempah baju kurung buat 2 org anak dara ku. Cadangnya mg depan nak g kenduri kawan hubby.. umminya? tak perlu le nak melawa, baju kt dlm kabinet masih elok lg.. pakai le apa yg ada.

Maaf ye teman jika sehari dua ni, aku belum berkesempatan singgah ke laman korang.. Insya Allah, aku akan cuba sedayanya mencuri masa untuk jengok kalian semua.. apapun kalian tetap dihatiku..

Selasa, 27 April 2010

Selasa, 27 April 2010

n3 ari ni

Sudah dua hari aku tak menulis n3, tak sempat.. tenet rumah lak lembab semacam je, nak siapkan n3 nipun ambik masa agak panjang..  nak ziarah blog teman lagi le tak  berkesempatan!
Balik keje semalam, sibuk  masakkan tart buah.. ntahle, sejak 2 mejak ni, dalam peti ni tak leh habis makanan, lapaaaar manjang.. sambil tu, bawa sedikit kat pejabat pagi ni, boleh le makan sama2. ada pulak  tempahan kuih tart ni tapi.. ummi bukannya kaki bz.. sblm ni pun dorang sibuk suh bz kek coklat tp aku wat senyaaap je.. untuk makan anak beranak boleh le.. camner ni..??

Si Syafiq pulak sibuk mempromosikan tart ni kat depan laman pd kawan2nya, siap bg rasa lg!!. hai, tak ke haru umminya, kiter buat untuk makan, dia pula sibuk ber 'bz'.. ramai pula yg berminat.. 'yang ruginya ummi tp untungnya dia.. ' hai anak aku sorang ni!!)

Selepas itu, masak untuk makan malam. Ha'a.. satu lg, mangga muda yang hubby ambil di rumah Suzila ptg ahad lepas, aku jerukkan, last sekali pula renihkan tulang sblm tido, buat sup tulang untuk menu pagi ni (kes malas nak ambil 'pressure cooker'.)  Rajinkan aku!! puji diri sendiri, sbb tak der org lain nak puji!! syok sendiri kiranya.

Petang nnt cadangnya nak masak nasi impit dan kuah kacang, untuk sarapan pagi esok, agak lama juga aku tak masak nasi impit, jgn ingat, raya baru boleh masak nasi impit tau. Kalau jadi le..

Perancangannya esok dan lusa pula nak siapkan 'kek permaisuri' untuk dibawa balik umah kakak, tempat kumpul adik beradik dan sedara mara.. Dok tengah fikir2 nak wat yg kecik ke atau besar..???  Sekarang ni, angin rajin bertiup kencang, tu le tak leh dok diam, sib baik le Alya memahami 'kesibukkan' umminya,



Untuk mengasyikkan dia, beri je le apa2 yang ada kat dapur, tin kosong ke, pinggan melamin @ sudu, kalau tidakpun, biar le dia bebas kat belakang sana, janji tempat tu bersih dan tak ada benda2 bahaya.. seronook le dia dapat main benda2 gitu, maner le tau, suatu hari nnt dia pun minat memasak lak, jgn jadi spt kakaknya, adooooi! liat sekali menolong, pinggan gelas sendiripun letak dalam sinki! apa le punye anak dara sorang ni!!

Ahad, 25 April 2010

Ahad, 25 April 2010

Aktiviti di hari minggu

Petang semalam hubby ajak g beli brg dapur kat TF, mulanya kami rancang nak pergi hari ni .

Kami bertolak agak lewat iaitu selepas magrib dan sampai sana hampir jam 9 malam. adooi, camner ni, dalam masa sejam apa le yang dapat dibeli. apatah lagi, cepat2 le capai apa yang ada depan mata.

Untuk Alya sepasang kasut dan 2 pasang baju je yang  sempat dibeli.  terus ambik je, tak sempat memilih..


 

ok le, aku tak nak bebel panjang2.. tengok je le telatah Alya dalam troli barang.






Jumaat, 23 April 2010

Jumaat, 23 April 2010

telatah anakku!!!!

Petang ni, aku tak masak, balik keje td singgah sekejap kt pekan sehari, beli je ayam madu dan beberapa jenis makanan lain. Balik umah, aku cuma masak nasi je.. senang! sekali sekala apa salahnya..  untuk anak daraku, lauk t/hari td masih ada lg..dia bukan suka mknn yg dibeli ni.. ayam madu yg bah. diapun diberi pada abangnya..seronoook le syazmi! gitu juga laksa asam, tak jalan!!   ummi juga le kena  habiskan!

Malam ni,  Syafiq ada latihan taekwando lagi, ntah le untuk pertunjukan dimana pula! aku tak sempat bertanya panjang lebar memandangkan hampir jam 7ptg tadi dia dan Syazmi baru balik daripada lat. tersebut. Bawa balik sijil dan kad 'tali pinggang hitam'.. bangganya dia. sebenarnya ujian untuk dapatkan tali pinggang hitam ni tahun lepas lg tp master terlewat bagi.. Lepas mandi, makan dan solat magrib, bapanya balik ambil dan antar dia. Kalau nak ikut memang penat tapi dah minat dia, ikut je le.

Dalam aku izinkan aktiviti tersebut, timbul pula kerisauan, tahun depan  PMR, tuisyenpun asyik ponteng je, belajar kat umah pula cam kena paksa, kalau ngadap tenet, ber  'face book'  tp sekejap je (samalah ngan ummi, berblog sakan -  mak ngan anak sama je. hehehe )

Sebelah petang pulak ada aktiviti riadah, main bola le.. sesekali minta tlg hubby pergi ronda2 kat padang, risau kalau terlepas pandang. Maklum le sekarang ini banyak gejala negatif berbanding positif.. tambahan pula sedang meningkat remaja, mudah sangat terikut!

Esok (sabtu)  dah mula sessi persekolahan ganti - untuk cuti raya..  tak sempat bertanya dia, keje sekolah udah siap ke belum! moga dah le - biasanya dia siapkan awal!!

Award lg..

Terharu aku, walaupun baru je berblog, kiranya setahun jagung, ada rakan2 sudi beri anugerah yang tak ternilai reganya. Sebelum ni aku dapat daripada imaan09 :

Ni diaaaaaa! tapi aku kedekut, simpan je sorang2 dan  sampai sekarang belum beri kat sapa2 lagi!!


Hari ni pulak aku  dapat Award lg daripada Maslina, terima kasih banyak2 sebab sudi memberi award ini kepada akak.

 Buat kalian berdua, akak mohon maaf sebab letak award ni kat   'DIARI HIDUPKU'   memandangkan laman ni privasi sikit, ramai teman yang tak tau kewujudannya..

Award ni adalah anugerah peribadi, jadi, rasanya inilah tempat yang sesuai untuk diabadikan!! mana boleh tunjuk pada umum kaaaan! mahaaaal ni!!

Hari ni aku bermurah hati nak berikan award ni kepada teman2 yang sudi singgah ke Catatan Peribadi dan Diari Hidupku, pada siapa ye.. pada aku, semua layak mendapat award ini, tanpa kalian, coretanku terkubur gitu saje, tiada serinya..

Baik le, setelah ditimbang2, difikir2, sukacita diumumkan, penerima award kali ini ialah:-

  • imaan09 - Akak berikan ' ABMM 2010' (kiter tukar award ye!!)

  • airis-arissa -  ada 2 award je (anak ada 3 org, .. tak cukup 1, tak per le ye, kongsi2..!!

  • IbuHakimHaikal - Hasmah ambil dua2 sekalipun tak apa, boleh bagi kt anak sorang 1, hehe

  • 90home - Nurul ambil le ye, sempena misi penyusuan Farhan 6 bulan tercapai sudah

  • anisfuad79 -   akak tau anis terlalu sibuk ngan tugasan seharian, ambil le biler ada masa!
Terpulang le kepada kalian, nak panjangkan award ini kat siapa!!


Nota: Akak list dalam 5 je, kalian pilih le award mana yang berkenan di ati  atau kalau berkenan kesemuanya, ambil le semua!
Kepada rakan lain, jgn kecik ati ye.. kalu ada rezeki,  kiter  kongsi le nnt!! sayaaaaang semua!

Khamis, 22 April 2010

Khamis, 22 April 2010

penaaaaatnya!

            
                Gini le Alya, asyik nak main je..
Penatnye hari ni.. balik keje td, goreng mee sanggul..kejap je abis. Ntahle, teringin nak makan Tart Telur, buat tart pulak..  Jam 10 baru siap bakar kesemuanya.

Sedang buat kuih tart, Suzila bertanya nasi ada ke tak? terasa lapar pulak tu, dia sorang ni biasa makan sebelum tidur sekali lagi, 'makan sedikit tapi kerap'. Jemu dah aku membebel, makan le banyak sikit, biar nampak berisi, baru le berbaloi duk ngan ummi!. (Sebenarnya Suzila ni anak angkat kami, hampir 4 bulan dah dia bersama kami.)  alahai, kesiannya, terus aku goreng je nasi.. Banyaaak pula, jenuh le aku kena habiskan..

Ok le, aku dah ngantuk dan penaaaat sangat2, semalampun beberapa jam je tido kerana menemani Alya bermain. Mata dah x leh celik dah . minta2 malam ni Alya tido awal le..

Laaa, baju basah pulak, nmpknya kena pam susu dulu le sblm masuk tido, adooooi, baru je lepas mandi!
x per, demi anak aku tahan le rasa ngantuk ni.... sempat pam 3oz je, dah tak larat daaah!

Rabu, 21 April 2010

Rabu, 21 April 2010

Bebelanku di hari ketiga

Sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar cuti ku cuma tinggal sehari je lagi.. masih ada beberapa perkara lagi yang masih belum selesai.
Petang nanti kena bawa Syafiq pula ke Klinik Pergigian untuk routine check up, sepatutnya petang semalam lg tetapi hubby tak gitu sihat akibat kena suntik vaksin H1N1 tempohari.

3 hari ni juga le untuk sarapan pagi, aku minta tolong hubby beli je nasi lemak dan kuih untuk anak.. entah le, kalau hari cuti, liat sedikit masuk dapur pagi2, cuma bancuh air je untuk mereka.

Setiap hari bekerja, reti pula seawal jam 5 pagi dah dok kat dapur sediakan sarapan untuk keluarga. Kan ke aku dah kata sebelum ini, aku bercuti untuk rehat dari segalanya.

Kepasar?, sejujurnya aku katakan, lepas bersalin je Alya semua tanggungjawab membeli keperluan dapur aku serah 100% kepada hubby, mulanya dulu tak yakin gak suh dia beli, yalah.. terbelinya ikan yang dah busuk, sayur layu ke tapi syukur le.. karang ni dia dah mahir memilih yang segar. Justeru itu waktu seharianku banyak dihabiskan di pejabat dan rumah..  itu aje!  Kalau jumpa rakan2 lamapun, diaorg ingat aku dah berpindah sbb agak lama tak nampak kelibat ditempat2 awam

Selasa, 20 April 2010

Selasa, 20 April 2010

Bebelanku di hari kedua

Seronokkan, hari ini merupakan hari ke2 aku bercuti rehat, masa ni le aku akan rehatkan minda dari memikirkan hal2 pejabat ke atau sebagainya. Masak memasak tetap menjadi rutin harian, bab ini tidak boleh dielakkan.

Bercerita tentang hal semalam iaitu semasa aku ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin H1N1, terjumpalah teman2 lama  yang bertugas disitu. Bertanya khabar mengenai keluarga masing2. Ada seorang rakanku memberitahu anaknya sudah berusia 9 bulan jauh lebih besar berbanding Alya, beratnya telah mencecah 9kg  lantas aku bertanya anak diberi minum susu apa?  dengan bangganya dia memberitahu, susu *****. (Formula Milk)

Aku tersenyum tanpa ulas panjang dan jauh disudut hati berkata "Patut le!!" dan sedikit kecewa memandangkan 'nursing staf' sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat didalam menyokong penyusuan ibu.

Aku pula dengan bangganya memberitahu anakku mendapat susu ibu sepenuhnya dan perkembangan Alya cepat sekali, seusianya 7 bulan, dia sudah boleh berdiri.

Bagi aku, sekalipun anak membesar secara tidak terkawal dan obes tidak semestinya dia seorang anak yang sihat, meskipun secara luaran nampak lebih besar berbanding dengan bayi lain seusianya.

Walaupun Alya bertubuh kecil, sekecil cili padi, apa yang penting ialah dia sihat, cergas dan mendapat tahap kesihatan yang terbaik hasil daripada khasiat susu ibu yang optimum..

Isnin, 19 April 2010

Isnin, 19 April 2010

Bebelanku di hari pertama!!

Bermulalah cuti rehatku selama 3 hari, banyak perkara yang perlu disiapkan dalam masa beberpa hari  ini.

Pagi ini, hubby g bayar 'road tax' kereta kat AmBank,  anak-anakku yang bersekolah rendahpun bercuti jugak  memandangkan semalam ada acara sukan tahunan. Macam tahu2 je ummi anaknya bercuti hari ini.

Petang nanti, nak dapatkan suntikan H1N1 kat KKPT, temujanji dibuat  jumaat lepas melibatkan anak buahku kat pejabat dan hubby sekali. Cukup fobia nak kena cucuk, sakit ke tak?? Baru le aku tau itule perasaannya mereka yang dicucuk. Semangat kena kuat memandangkan kamipun berisiko tinggi, yalah.. tugasan harian berdepan dengan orang ramai.

Cadang tu nak bawa Syazmi ke Klinik Pergigian untuk mendapatkan rawatan. Giginya pernah bersimen kat depan akibat tersungkur tapi patah semula kes makan lobak merah mentah. sambil tu boleh cuci giginya jugak.. 

Sabtu, 17 April 2010

Sabtu, 17 April 2010

Aku kena tag

Hari ini aku kena tag dek Maslina. Apa ye yang biasanya ada dalam beg aku.. berat tau.. maklum le, macam- macam adaaaaa! pelbagai keperluan termasuk untuk bbpun ada..

Handbag 'Polo' tu adalah kenangan terindah, yalah.. guna duit APC yang aku dapat tahun lepas, yang lain-lain tu, rasa2nya teman semuanya dah tau kan bendanya.. jadi tak perlu le aku ulas panjang lebar..

Cuma satu je yang tak ada dalam gambar tu, hand set! maklum le aku guna untuk ambil gambar ni.. kebiasaannya h/set aku adalah penghuni setia beg tu terutamanya hari cuti. Jika ada teman2 yang call, jangan marah ye kalau  tidak berangkat!

Rabu, 14 April 2010

Rabu, 14 April 2010

keletahnya mencuit hati

N3 kali ni bercerita mengenai Alya juga.. Malam tadi, sekali lagi dia tidur lewat.. jam telah menunjukkan keangka 12t/mlm, dia masih lg bermain sorang diri.

Aku nak try gak akalnya camner.. mula2nya, aku angkat dia dan cuba nyusukannya..Hampaaah, tak dilayaaaan malah meronta2 minta dilepaskan.. merengek sampaikan berpeluh gitu. Cuba bayangkan dalam aircondpun boleh berpeluh!

Aku biar je kejap dan tengok dia menuju laju ke depan.. main lagi!. Cubaan kedua, aku mandikan dia tengah2 malam.. buang tabiat ke ko, mandikan anak malam2 buta? erm... lagi le dier seronok dapat bermain air apatah lg bila air tu terpecik  kat ummi, tergelak2 gitu! akupun kena le mandi sekali, apa taknya kain baju aku habis basah dikerjakan dek Alya.. pas mandi, ingatkan Alya boleh le tido, jgn dok harap le engko, lg ligat ader le.

Nak senang crita, aku buka astro channel 611, macam le Alya tu reti nengok tv.. aku pula buka  tenet dan layari le tenet sambil sesekali mata melilau tengok si Alya. Seronoknya dier main.. anak oooi, dah awal pg daaa, tak ngantuk lg ke, sok ummi kena keje! ngomel aku sendiri.

Agak lama gak aku dok ngadap tenet, kdg2 hot gak bila tenet lembab semacam je.. erm.. pakej RM60 jah, camner nak laju! Ha'a... Alya dah menguap, ngantuk le tu..  lantas aku mengambil dan nyusukan dier sambil dok baca catatan terbaru teman2 dahaga kot, laju je dier nyusu dan dalam masa yg pendek, lena daa dier.. ummi pun dah ngantuk dan bawa dier ke tilam.. tengok2 bajuku basah, bocor ke pampers Alya? ngomelku sendirian.. x berbaupun! upanya Alya berpeluh.. panaaaasnya suhu krg ni yer.. aircondpun tak jalan!

Perkembangan Alya..


Sedar tak sedar, usia Alya dah mencecah  7bulan 3 minggu. Dia pandai apa ye sekarang ni?? Bangganya ummi melihat Alya boleh bangun dan berdiri. tak lama lg, anak ummi boleh jalan . Caya ke tak??  aku pernah le tengok dia berdiri 2 minggu lepas dengan berpaut pada pintu kabinet, mulanya aku tak yakin  ia dilakukan oleh Alya sendiri.. mungkin kakaknya punye kerje, angkat adik pastu ditinggalkan sendirian. Itulah andaian aku, maklum le  usia Alya baru mencecah 7 bulan..

Perkembangan terbaru Alya, percaya atau tidak percaya malam tadi, laju je dia merangkak menuju ke arah meja komputer dan dengan  kudrat yang ada,  Alya  berpaut pada bucu meja kemudian berdiri perlahan-lahan, terkejut besar  aku.. lantas  pergi dekat dengannya dan buat benteng,  bimbang jika dia terjatuh @ tersungkur lalu terkena bucu meja.. tak sempat aku nak rakam detik2 menarik ini.. Keselamatan anakku yang paling utama.
Boleh tahan gak lamanya dia beraksi sambil gelak2 tengok  umminya. Mungkin ingin berkata, 'Alya dah besar daaa ummi!'. Seronok  tengok perkembangan anak dari masa ke semasa. tak sabar menanti hari esok, apa pulak yang dia boleh buat. Aku  ni dah punya anak ramai, tak sanggup berpisah ngan anak, Camner ye bagi ibu-ibu muda, tak tau le gayanya lagu mana? mungkin tak mahu langsung berpisah ngan anak..winduuuu..

Selasa, 13 April 2010

Selasa, 13 April 2010

cuti lagiii!..

Tak sedar, rupa-rupanya 'road tax' keta dah hampir tamat tempoh. Last sekali 19 April nnt. Sib baik le AmIslamic Bank tu stafnya rajin, diaorg antar surat peringatan.. cuma tinggal beberapa hari je lagi.. semput weh bulan ni tamb. pulak gaji baru2  ni dah bershopping sakan beli hand set.  padan muka aku! ngomel sendirilahkaaan! berjimat cermat le bulan ni, nak ambik ASB, sayaaang, asyik kuar je, bertambah tak, bila le aku nak jadi KAYA weh! (nak berduit camner, besar periuk, besar le keraknya, betul tak?)

Semalam dah mohon cuti melalui HRMIS, nak siapkan urusan tersebut dan selebihnya bercuti rehat. aku ambil  3 hari berturut2 tambahan pula cuti banyak lagi, baki tahun lepaspun lum habis.. buka HRMIS ptg td cek, Pengarah Negeri blum lulus. Kalu jumaat nnt tak  lulus gak baru le aku call / email bgtau.. tak pun, msj je. maklumle big boss  jauh..  aku boss kecik je sesuai le ngn bdn aku yg kurus ni..!

Sehari dua ni moody  semacam je.. mudah sgt nak marah tp.. sabar aje le. buat apa le aku layan hasutan 'syaitan' tu.. tamb. aku jenis tak suka ambil perkara remeh temeh, buat nyesatkan akal je.. yang penting, minda mesti positif!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang