Jumaat, 23 April 2010

Jumaat, 23 April 2010

telatah anakku!!!!

Petang ni, aku tak masak, balik keje td singgah sekejap kt pekan sehari, beli je ayam madu dan beberapa jenis makanan lain. Balik umah, aku cuma masak nasi je.. senang! sekali sekala apa salahnya..  untuk anak daraku, lauk t/hari td masih ada lg..dia bukan suka mknn yg dibeli ni.. ayam madu yg bah. diapun diberi pada abangnya..seronoook le syazmi! gitu juga laksa asam, tak jalan!!   ummi juga le kena  habiskan!

Malam ni,  Syafiq ada latihan taekwando lagi, ntah le untuk pertunjukan dimana pula! aku tak sempat bertanya panjang lebar memandangkan hampir jam 7ptg tadi dia dan Syazmi baru balik daripada lat. tersebut. Bawa balik sijil dan kad 'tali pinggang hitam'.. bangganya dia. sebenarnya ujian untuk dapatkan tali pinggang hitam ni tahun lepas lg tp master terlewat bagi.. Lepas mandi, makan dan solat magrib, bapanya balik ambil dan antar dia. Kalau nak ikut memang penat tapi dah minat dia, ikut je le.

Dalam aku izinkan aktiviti tersebut, timbul pula kerisauan, tahun depan  PMR, tuisyenpun asyik ponteng je, belajar kat umah pula cam kena paksa, kalau ngadap tenet, ber  'face book'  tp sekejap je (samalah ngan ummi, berblog sakan -  mak ngan anak sama je. hehehe )

Sebelah petang pulak ada aktiviti riadah, main bola le.. sesekali minta tlg hubby pergi ronda2 kat padang, risau kalau terlepas pandang. Maklum le sekarang ini banyak gejala negatif berbanding positif.. tambahan pula sedang meningkat remaja, mudah sangat terikut!

Esok (sabtu)  dah mula sessi persekolahan ganti - untuk cuti raya..  tak sempat bertanya dia, keje sekolah udah siap ke belum! moga dah le - biasanya dia siapkan awal!!

Tiada ulasan:

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang