Seronokkan, hari ini merupakan hari ke2 aku bercuti rehat, masa ni le aku akan rehatkan minda dari memikirkan hal2 pejabat ke atau sebagainya. Masak memasak tetap menjadi rutin harian, bab ini tidak boleh dielakkan.
Bercerita tentang hal semalam iaitu semasa aku ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin H1N1, terjumpalah teman2 lama yang bertugas disitu. Bertanya khabar mengenai keluarga masing2. Ada seorang rakanku memberitahu anaknya sudah berusia 9 bulan jauh lebih besar berbanding Alya, beratnya telah mencecah 9kg lantas aku bertanya anak diberi minum susu apa? dengan bangganya dia memberitahu, susu *****. (Formula Milk)
Aku tersenyum tanpa ulas panjang dan jauh disudut hati berkata "Patut le!!" dan sedikit kecewa memandangkan 'nursing staf' sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat didalam menyokong penyusuan ibu.
Aku pula dengan bangganya memberitahu anakku mendapat susu ibu sepenuhnya dan perkembangan Alya cepat sekali, seusianya 7 bulan, dia sudah boleh berdiri.
Bagi aku, sekalipun anak membesar secara tidak terkawal dan obes tidak semestinya dia seorang anak yang sihat, meskipun secara luaran nampak lebih besar berbanding dengan bayi lain seusianya.
Walaupun Alya bertubuh kecil, sekecil cili padi, apa yang penting ialah dia sihat, cergas dan mendapat tahap kesihatan yang terbaik hasil daripada khasiat susu ibu yang optimum..









Tiada ulasan:
Catat Ulasan