Isnin, 19 April 2010

Isnin, 19 April 2010

Bebelanku di hari pertama!!

Bermulalah cuti rehatku selama 3 hari, banyak perkara yang perlu disiapkan dalam masa beberpa hari  ini.

Pagi ini, hubby g bayar 'road tax' kereta kat AmBank,  anak-anakku yang bersekolah rendahpun bercuti jugak  memandangkan semalam ada acara sukan tahunan. Macam tahu2 je ummi anaknya bercuti hari ini.

Petang nanti, nak dapatkan suntikan H1N1 kat KKPT, temujanji dibuat  jumaat lepas melibatkan anak buahku kat pejabat dan hubby sekali. Cukup fobia nak kena cucuk, sakit ke tak?? Baru le aku tau itule perasaannya mereka yang dicucuk. Semangat kena kuat memandangkan kamipun berisiko tinggi, yalah.. tugasan harian berdepan dengan orang ramai.

Cadang tu nak bawa Syazmi ke Klinik Pergigian untuk mendapatkan rawatan. Giginya pernah bersimen kat depan akibat tersungkur tapi patah semula kes makan lobak merah mentah. sambil tu boleh cuci giginya jugak.. 

Tiada ulasan:

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang