Jumaat, 27 Disember 2019

Jumaat, 27 Disember 2019

Tugasan tertangguh




dek kesibukan ibu.. 

Cuti sekolah tidak bermakna boleh lupakan tugasan yang diberi oleh guru 😁


Selasa, 26 November 2019

Selasa, 26 November 2019

Isi masa lapang..

Tiada sebarang plan nak jalan2 sempena cuti sekolah, maklumlah si ibu sibuk tahap YB kekdahnya, nak cuti lama2 tak kesampaian dek kekurangan staf.

Ingatkan apabila ada penambahan, bebanan berkurangan tapi non adoooo.. maklumlah masing2 ada masalah peribadi yang sukar diungkapkan, maka "bertugaslah kamu dengan penuh dedidasi, xmo keluh resah ok.. "

Cuti rehat tahun lepas masih berbaki separuh, dicampur tahun ini yang tak berusik, cuti gantian langsung dibiarkan berlalu pergi, anggapkan ia bukan rezeki.. 

Positifkan minda, apa kata tahun depan kita keluarkan separuh CGR yang dah maksimum tu?  Bolehlah buat simpanan untuk kegunaan dimasa2 terdesak..


Alya dan Eisya
 (Sepupunya, datang jauh dari kg..)

Program Jom Bercuti Sekolah di Masjid
  • Demi memenuhi masa lapang Alya, kita masuklah apa2 program, tak kisahlah ia berbayar @ tidak, ilmu tu tidak pernah habis untuk dipelajari.. 

Khamis, 21 November 2019

Khamis, 21 November 2019

Hujung penggal persekolahan..




Tahniah dik, moga berjaya didunia dan akhirat, aamiin... 


Nota: Nasib anak bila ibu bekerjaya, detik2 penting sebegini tidak dapat raikan bersama, terima kasih buat suami yang sentiasa beri sokongan padu buat si isteri dan anak2

Alhamdulillah, dari anak sulung hingga terakhir, dia yang uruskan anak2

Isnin, 18 November 2019

Isnin, 18 November 2019

Anak2 zaman sekarang

Ada temujanji makan2 sesama mereka, asalnya senior tahun 6 anjurkan (team bola jaring seramai 11 orang), tup2 yang datang hanya mereka 1 kelas bertiga sahaja.

Pstttt: Bukan senang nak lepaskan anak2 pra remaja berjimba2 diluar, bila dah ada kawan2nya masuk ke dalam Marrybrown dan ada meja, barulah kami gerak balik, sesekali bolehlah bagi peluang tapi dibawah pengawasan.

Jumaat, 1 November 2019

Jumaat, 1 November 2019

Throwback 21/10/19

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Konvokesyen anak bujang.


Tahniah abang, moga ia jadi pemangkin untuk adik,2

Psttt: Kemain lagi semangat duduk di kerusi depan sekali ☺

Sabtu, 28 September 2019

Sabtu, 28 September 2019

Tema Baju Melayu Tradisional



Sesekali si cilik umi melaram. 


Jumaat, 20 September 2019

Jumaat, 20 September 2019

Tugasan anak bujang..

Assalamualaikum. Kami siswa PISMPPJ1618 dari Ipg Kampus Tun Abdul Razak bagi opsyen Pendidikan Jasmani. Kami telah menghasilkan dua video mengenai *Asas Pertolongan Cemas* bagi memenuhi tugasan PKES3053 (Pertolongan Cemas)
Jika berkelapangan, izinkan kami untuk meminjam sedikit masa anda semua untuk menonton video kami ❤

You can watch by clicking this link:

Kerja Berkumpulan
https://youtu.be/YWqzjjEMaKg

Kerja Individu
https://youtu.be/vNNbXrLBhpY




Watch, Like, Share and Subscribe 👍🏻 Don’t forget to leave a comment for us to improve in the future

------------------------------------------------------
Mohon bantuan dari rakan2 ya, terima kasih

Selasa, 27 Ogos 2019

Selasa, 27 Ogos 2019

Throwback 24/08/2019



Sekejap sahaja masa berlalu, tup2 Alya dah berusia 10tahun...

Hepi bday sayang, maaf, pada hari kejadian umi bertugas, handle program, habis program baru beli kek, makan di pejabat sementara umi siapkan tugasan rasmi.. 

Kebetulan pula Alya ada Program Berzanji Tunas Puteri di Masjid, jadi terpaksa tumpangkan Alya di rumah kawannya..


Khamis, 6 Jun 2019

Khamis, 6 Jun 2019

Selfie di pagi Aidilfitri..

Umi kalut di dapur, tup2 tengok penuh di memori telefon, apa lagi.. .🤗🤗🤗













Salam Aidilfitri dari Alya buat semua.

~~~~~~

Pssttt: 2 hari sebelum raya, sempat lagi dengan bantuan chef cilik kami.. 

Jumaat, 31 Mei 2019

Jumaat, 31 Mei 2019

Selamat berpuasa dan salam aidilfitri.

Cahaya Ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri
Ampun maaf segala peri
Semoga ikatan kekal dihati

Buat rakan2 blogger..
Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Tema kami..
Udah katanya tahun ini kami penternak kucing yang berjaya..

Anak bulus baru..
(straycats tumpang beranak di rumah ini, terimalah seadanya..)

Nasib si bulus indoor, lihat pemandangan luar hanya dari tingkap bilik @ slidding  door cuma,  tiada kebebasan di situ.. ~_^

Sesekali tinggalkan si bulus di rumah..🤗


Selasa, 9 April 2019

Selasa, 9 April 2019

Emergency di awal pagi..

Berlakunya percikan api di rumah jiran, alhamdulillah bersyukur sangat tiada perkara buruk berlaku. 

Blur seketika sebelum telefon pasukan bomba,  biasanya no. telefon terhafal di dalam kepala,  bila keadaan gini,  hilang semua. 

Nasib baik ada pakcik google sebagai penyelamat keadaan. 


Akhirnya, selesai sudah dengan kerjasama Bomba dan TNB. 

Isnin, 8 April 2019

Isnin, 8 April 2019

Rezeki si bulus..

Dapat menikmati air bertapis, ia di 'sponsor' oleh anak bujang.

Penapis udara

Jika tiada anak2 bulus yang dipelihara secara 'indoor'100%,  tak terfikirpun untuk memiliki kesemua itu..  

Moga kamu anak beranak membesar dengan sihat...🤗


Jumaat, 11 Januari 2019

Jumaat, 11 Januari 2019

Penghibur..

Golek jangan tak golek Mel, obesiti dah tu. . 😂😂😂😂😂

Hilang stress Umi tengok gelagat kamu anak beranak..  

Ahad, 6 Januari 2019

Ahad, 6 Januari 2019

Sejuk perut ibu mengandung..

Lempeng pisang air tangan anak dara cilik umi merangkap sarapan pagi kami, dari bancuhan,  mengoreng hingga menghidang,  Alya 100%.

Alhamdulillah, jika setakat minta tolong masak nasi, buat biskut simple,  goreng telur,  bakar roti,  bancuh air dah boleh diharap, seusia umi kini boleh rehat daa.. . 🤗

 
Lempeng habis, kita hidang lambchops pula, inipun Alya yang perap dan sediakan sosnya,  umi cuma pantau dan beri arahan sambil mencuci stok makanan basah..  

Terima kasih dik..  

Rabu, 2 Januari 2019

Rabu, 2 Januari 2019

2019

Selamat tahun baru 2019, Apakah azam baru kawan2?

Jom kembali ke sekolah, pejam celik,  anak dara umi dahpun masuk ke tahun 4, petahnya bercakap mengalahkan si ibu.. 

Bagi rakan2 dah lama mengikuti laman ini,  inilah dia model cilik bersama bekalan susu ibu..😄

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang