Yang ni hubby punyai kerja, minggu lepas bini dia sibuk hadiri meeting, dia lak sibuk ber'internet' kat hotel, kononnya telefon dia canggih, boleh berinternet. Kemain lagi bangganya dia, maklumlah telefonku yang murah je, janji boleh membuat dan menerima panggilan, cukuplah.
Tengahari tadi:-
hubby: naper no. telefon ni disekat?
aku : hah.. napernya? bukankah semua bil dah dibayar? tak pnah lg tertunggak!!
Bagi menjawab permasalahan ini, aku telefon 'celcom' untuk mendapatkan kepastiaan, rupanya bil dia telah melebihi had maksimum RM350, sekarang ni bil hubby telah mencecah RM375, terkedu seketika tapi biasalah, aku bukannya suka bebankan kepala otak ni ngan masalah2 kecil gini, benda dah berlaku, walaupun kita menangis tak berlagu, ia tak akan kembali ke asal.
Senang cerita, minta tolong hubby ke celcom dapatkan maklumat yang tepat, rupanya semasa dihotel dia telah aktifkan hifi dan apabila balik ke sini, dia tidak nyahaktifkan hifi tersebut, maka secara automatiknya bil internet berjalan 24jam tanpa henti selama 9 hari.
Nota: Kami menggunakan line celcom pakej 1:5, nasib baik no.utamanya ader padaku, kalu tak mau bil tersebut melebihi RM 500.. sabar aje le!!!