Masih lagi entri tertunggak, bagi meraikan hari jadi si abang yang jatuh pada 1 Julai 2011, kebetulannya pula pada minggu tersebut dia berada diasrama dan tidak dapat balik kerumah, beberapa hari selepas itu, aku ada belikan kek 2 biji, sebiji dibawa ke asrama dan sebiji lagi tentunya untuk anak2 dirumah.
Insan yang paling gembira menerima kek tentunya tuan punya diri dan juga si Alya, rupanya Alya amat menggemari kek, kejap2 dia buka peti ais, "nak kek, kek!!" nak tak nak kena bagi jugalah, jika tak pintu peti ais tu tak akan tertutup sepanjang masa.

alahaiiiiiiii, comotnya anak ummi!!
p/s: sila abaikan lengan baju Alya ala2 model g2, ntah le anak ummi sorang ni, suker sgt jatuhkan lengan baju ke bawah, mgkn pasni leh cadangkan Eida jahitkan baju ala2 berkemban, hehehe










4 ulasan:
aiseyman, ilang sudah keayuan perempuan melayu terakhir ni
Jemarioren
huhuhu
samala kak anak kita..pantang nampak kek dgn cokolat....
Mie
budak2 katakan!!
Catat Ulasan