Rabu, 11 Oktober 2023

Rabu, 11 Oktober 2023

Menantu ke 2

Pejam celik, rupa-rupanya kami sudah punyai 2 orang menantu di dalam tahun yang sama, aci tak? 

Itu tandanya umur kami makin berusia.

Hanya Alya seorang lagi masih di alam persekolahan, tinggallah dia di dalam jagaan pihak sekolah demi mengejar sebuah cita-cita.

Bukan senang dik untuk berjaya.

31/08/2023 - Walimatul Urus anak no.2

----------

Majlis bertandang 18/02/2024

Rabu, 21 Jun 2023

Rabu, 21 Jun 2023

Doakan

Suami tunggu giliran masuk ke dewan bedah untuk peosedur Left PCNL (Left Renal Stone)

Moga baik2 sahaja, aamiin

Masa di Dewan Bedah 2.20ptg - 7.15ptg
Nota: Suami dikejarkan ke ICU selepas prosedur sebab oksigen drop semasa op.


Selasa, 28 Mac 2023

Selasa, 28 Mac 2023

Perginya seorang sahabat

Tanggal 27/03/2023 kembalinya seorang sahabat ke rahmatullah setelah hampir 2 bulan terlantar di hospital.

Moga kamu tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, aamiin..


Khamis, 16 Februari 2023

Khamis, 16 Februari 2023

Terima Menantu

Alhamdulillah, pada 20 & 21/01/2023 selesai sudah acara akad nikah & walimatul urus putera sulung kami bersama pasangan, terasa diri ini semakin tua, hu3 


Sebahagian dari ahli keluarga dan sahabat2 anak yang datang dari merata tempat bagi memberi sokongan.

Terima kasih semua, amat terharu.. 

Inilah putera puteri kami 2 pasang

Tahniah Abang dan pasangan, moga kekal bahagia selamanya, aamiin.. 

--

Majlis bertandang 28/05/2023

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang