Ingatkan cuti sempena hari pekerja, bolehlah goyang kaki, tak perlu buat apa2, rupanya meleset, celik jer mata, perut lapar, ermmmm kena ke dapur juga..
Selagi ada stok kat rumah.
Kita goreng daging pekasam sebagai pembuka selera, pagi2 dah cari nasi, tekak orang kampung betul.
Suami ajak pergi makan angin, dak comel pula bagi pelbagai alasan, "kena siapkan kerja2 sekolah, jika dok kat rumah, boleh rehat2, esok sekolah daa.. ' Gayanya si bongsu betul2 ikut peel si ibu, suka berkurung 24 jam di rumah jika hari cuti, hu3.
Jika ada kursus @ seminar2 berkaitan dengan pembelajaran, Alya pasti akan turut serta.
Dia akan berusaha untuk dapat sekeping sijil penyertaan.
Seminar minat dan bijak matematik 2 hari lepas.