Ahad, 24 Ogos 2014

Ahad, 24 Ogos 2014

Sempena hari lahir Alya

Bawa keluarga makan2 di 'Secret Recipe' walaupun tidak cukup bilangan ahli keluarga, si bujang sedang belajar nun jauh di sana manakala si kakak tinggal di asrama (beli juga kek & mee kari untuk dia & hantar ke asrama).

Alya - 5 Tahun

Selamat Hari Lahir Sayang, Ummi sayang Alya

'Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau panjangkanlah umur anakku
Engkau kurniakan kesihatan yang baik buatnya
Engkau peliharalah akhlak, agama dan sejahterakanlah jiwa dan raganya
Engkau murahkanlah rezekinya
Kurniakan kepadanya kecergasan akal an kesucian hati
Engkau bantulah aku di dalam mendidiknya supaya menjadi insan yang berguna kelak
Berjaya dunia akhirat, taat kepada kedua ibubapanya serta taat kpadaMu ya Allah
Sesungguhnya dialah anugerahMu yang tak ternilai ya Allah
Aamiin ya Rabbal A'lamin..'
--------

'Kenangan bersama rakan sekerja ibu - "Sayang Kak Wina" '

Sabtu, 23 Ogos 2014

Sabtu, 23 Ogos 2014

Terasa dunia Ana yang punya - Bak kata P.Ramlee

Alhamdulillah hari ini tidak terlibat dengan sebarang program luar yang memerlukan 'travelling' jauh, nikmat jer rasa, berjanji pada diri sendiri, sepanjang 2 hari nak rehatkan badan secukupnya.

Bangun, tidur & makan - cover minggu lepas, maklumlah jadual kerja padat hingga Disember 2014 sambil tu dok cari idea 'untuk selesaikan masalah sahabat maya' (walaupun sampai LONI  ia langsung tak membantu, maklum le ilmu IT seciput cuma, hi3,) .

Menu petang - roti telur berkeju
Jemput semua..

Nota: Andainya As terbaca coretan ini, bagaimana program di sana? 

Rabu, 20 Ogos 2014

Rabu, 20 Ogos 2014

Cara 'disable' ulasan Google+

Kotak ulasan google+


~~~~~~~~~~~~~~~
Langkah 1
Pergi ke Papan Pemuka (Dashboard)

Langkah 2


Klik 'Pilihan Blogger', sebelah pilihan bahasa
Pilih 'Hubungkan kepada Google+'

Langkah3
Klik 'Tukar Sekarang"

Langkah 4
Klik 'Langkau'

Langkah 5
Pilih Google+

Langkah 6
 Keluarkan 'Tick' pada petak "Gunakan ulasan Google+ pada blog ini.

Simpan

** Peringatan untuk diri sendiri, jika xmo kotak komen berubah, jangan sesekali 'tick' petak 'ulasan google+.

Kemaskini terkini 23/08/2014 - Entri buat sahabat alamaya - Ezawarna-warna kehidupan, moga ia dapat membantu menyelesaikan masalah Cikgu.




--------------------------



Alih tetapan ke blogger asal

Langkah1
Klik 'Berbalik ke profil Blogger'

Langkah 2

Klik 'Bertukar kepada profil Blogger terhad'

Isnin, 18 Ogos 2014

Isnin, 18 Ogos 2014

jamuan raya 2014

Laksa Pekan

Pencuci mulut

Beranika menu disediakan tetapi cukup le sebanyak itu yang sempat dijamah, Alhamdulillah kekenyangan, terima kasih kepada semua rakan2 diperingkat negeri yang bertungkus lumus menyediakan menu yang sedap dan lazat.

Sebahagian menu raya

Bersantai bersama rakan2 sementara menunggu majlis dimulakan..

Sabtu, 16 Ogos 2014

Sabtu, 16 Ogos 2014

kepuasan

Pertama kali mencuba resepi ini, alhamdulillah hasilnya memuaskan hati walaupun semasa membancuh adunan, diri kepenatan setelah selesai  jalani tugasan rasmi diluar daerah..

Nampak gayanya lain kali boleh buat lagi..

Kek hokkaido

Jumaat, 15 Ogos 2014

Jumaat, 15 Ogos 2014

demi sahabat

Gigih membuatnya, sedaya upaya cuba mencari ruang kosong bagi memenuhi permintaan sahabat nun jauh di sana yang mengidamkan sambal yang femes di daerah ini dan persekitarannya..

Terpaksa buat awal sikit sebab punyai program luar yang terus menyusur bertali arus hingga ke hujung tahun. Risau jika kepenatan melanda dan tidak punyai kesempatan lagi.

Sambal hitam
(Agak garing supaya tahan lama)

Buat kalian, anda adalah sahabatku walaupun sebahagiannya dikenali dialamaya cuma.

Khamis, 14 Ogos 2014

Khamis, 14 Ogos 2014

Bila teringin..

Gigih membuatnya..

Sebelum dibakar

Kek Pisang jer...

Soto

Alhamdulillah...

Sabtu, 9 Ogos 2014

Sabtu, 9 Ogos 2014

Masih keliru..

Kebanyakan kedai runcit atau pasaraya masih lagi pamerkan bihun cap Masjid (mungkin stok lama).

Adakah ia disebabkan pihak mereka tidak mengikuti perkembangan semasa dengan pelbagai isu negatif yang timbul atau bagi mengelak kerugian di pihak peniaga?

Salah satu pilihan kami selain jenama Sufi

Keluaran Bumiputera

Jumaat, 8 Ogos 2014

Jumaat, 8 Ogos 2014

bila idea kosong

Gambar dak tecik jadi mangsa, bolehlah...


Rabu, 6 Ogos 2014

Rabu, 6 Ogos 2014

Rumah terbuka

Dapat jemputan rumah terbuka di rumah sahabat kejap lagi, pergi sekadar memenuhi undangan dan mengeratkan silatulrahim sesama kita, lagipun masih kekenyangan, matapun mula layu, letihlah beb..

Tiba2 terkenangkan Lontong pemberian "bakal besan" minggu lepas, opss terlebih sudaa.....


Isnin, 4 Ogos 2014

Isnin, 4 Ogos 2014

Pre Birthday

20 hari lagi genap 5 tahun

tapi...
dak tecik tak sabar, hari2 minta kek 'birthday'

Jumaat, 1 Ogos 2014

Jumaat, 1 Ogos 2014

Kemeriahan raya tetap terasa..

Makanan dah abis baru terfikir nak ambil gambar..

Bila tinggal di kawasan Taman Perumahan, sememangnya kena sentiasa sediakan makanan berat, bila2 masa sahaja anak2 akan datang beraya.

Berbaloi jika mereka serbu beramai2, kiranya tiada pembaziran makanan akan berlaku, alhamdulillah..



 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang