Memaparkan catatan dengan label suasana raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suasana raya. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Ogos 2014

Jumaat, 1 Ogos 2014

Kemeriahan raya tetap terasa..

Makanan dah abis baru terfikir nak ambil gambar..

Bila tinggal di kawasan Taman Perumahan, sememangnya kena sentiasa sediakan makanan berat, bila2 masa sahaja anak2 akan datang beraya.

Berbaloi jika mereka serbu beramai2, kiranya tiada pembaziran makanan akan berlaku, alhamdulillah..



Khamis, 31 Julai 2014

Khamis, 31 Julai 2014

Aidilfitri kali ini

Selepas solat raya baru bertolak balik kampung, si bujang mengambil alih tugas memandu pergi dan balik dengan merentasi jalan yang agak mencabar, En.Hubby sudah dinaikkan pangkat -"boss besar" & pemerhati.

Bertolak balik selepas solat raya sememangnya rutin kami setiap tahun, maklum le tiada apa yang perlu dikejarkan, lagipun kami suami isteri yatim piatu sejak berbelas tahun lepas.

Balik kampung sambil beraya diperjalanan, seperti biasa destinasi pertama - wajib ke rumah abang no.3, kebiasaannya setiap tahun kami akan balik kampung bersama2 tapi kali ini, mereka tidak dapat join sekaki sebab menerima kunjungan anak menantu & keluarga besan dari Penang.

Singgah mengambil anak saudara sebelah hubby yang baru kehilangan adiknya pada 8 Julai lepas untuk beraya bersama .

Sebahagian cucu saudara - Afiq & Irsalina

Alya & Irfan (anak saudara..)

Salah seorang anak buah 'istimewa' kami - Sharida, i miss u.. x sempat lama2 kat sana, hu3

Cucu koi lagi..

Alya & sepupunya - Farisya, anak buah sebelah hubby



'Kakak' bersama sepupunya.

Psstt.. Jika nak ikut ramai anak2 buah & cucu2 saudara tapi tak sempat ambil gambar, maklum le masa kami untuk beraya amat semput, kebanyakan masa kami dihabiskan di dalam kenderaan dan hari ini sudahpun kembali ke destinasi, esok 'koi' sudah masuk kerja..

Berita gembira: RM1,500.00 yang tersangkut kat CDM Bank Islam sejak 24hb Julai lepas dahpun clear masuk ke dalam akaun petang semalam (30hb bersamaan 3 hari bekerja / seminggu -jika dikira hari minggu & raya).

Alhamdulillah ada hikmah disebalik kejadian ini, sekurang2nya saya telah amalkan sikap berjimat cermat sepanjang berada dikampung, maklum le RM makin menipis (kalau tidak inilah 'manusia' paling boros sekali, langsung tak reti berjimat...), walaubagaimanapun duit raya tetap ada & baki yang tinggal kini makin sikit, nampak gayanya hari ini kena tambah lagi (tukar RM dengan anak2..).. hu3

Isnin, 5 September 2011

Isnin, 5 September 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir


Alhamdulillah, selesai sudah rumah terbuka dan sambutan hari lahir Alya (tertangguh hampir 2 minggu), Walaupun secara ala kadar namun agak meriah dengan kehadiran ramai anak2 jiran tetangga aka teman anak2 

Walaupun persiapannya secara tiba2 dan tak dirancang, namun majlis ini berjalan lancar, senang hati setelah dapat agihkan duit raya serentak pada anak2 kecil ini, cam vip pulak diri ni bila dorang beratur ambil duit raya, hehehe (rasa2nya ramai diantara mereka hadir, cuma sejumlah kecil aje tercicir)

Ermmmmmmmm, nampaknya selepas ni ia tak akan mengganggu hari2 bekerjaku nanti, maklumlah selagi tak habis bulan syawal, dorang tabah mengutip duit raya dari rumah ke rumah.

Khamis, 25 Ogos 2011

Khamis, 25 Ogos 2011

Mood raya

Hari ini misi membuat biskut raya tercapai, baru siap 2 adunan iaitu tart nenas gulung dan biskut dahlia, rehat dulu, tak apa.. perlahan2..ingat nak masukkan gambar dalam entri ini tapi mood kelaut pulak, biar ajelah.

Nampaknya kerajinanku belum sampai tahap optimum lagi, esokkan masih ada, huhuhu

Ambil cuti 2 hari untuk membuat persiapan ala kadar, isnin nanti kembali kerja, pada hari itu kebanyakan daripada mereka sudahpun berada di kampung dan membuat persiapan akhir sebelum raya.

Kemungkinan besar kami bertolak balik kampung selepas solat sunat raya, ( ziarah pusara 'anakanda' terlebih dahulu serta singgah rumah keluarga 'Suzila', masuk tahun ke 2 dia beraya bersama kami), sekarang ini sedang berkira2 nak masak apa untuk menu di pagi raya? 

Aku percaya ramai rakan2 diluar sana akan bertolak petang ini ataupun sehabis kerja esok, buat kalian Selamat Hari Raya, hati2 diperjalanan, moga selamat pergi dan balik.

Jumaat, 19 November 2010

Jumaat, 19 November 2010

Masih lagi di dalam mood aidiladha

Sekejap je dah masuk hari raya ke 3, menu yang istimewanya sempena raya aidiladha tentunya berasaskan daging, akupn dah mula muak daa bila tengok daging. Sudah le di pagi raya wajib ader rendang daging.

Alhamdulillah, meskipun tahun ini hubby tidak berkesempatan untuk membantu di dalam aktiviti ibadat korban memandangkan kekangan masanya tapi rezeki kami tetap ader.
Sebahagian daripada daging korban, banyakkan!! 
kami telah memanjangkan sedekah ini kepada mereka yang memerlukannya, itupun frezeer masih lagi padat + dengan stok EBM Alya.

Salah satu menu daging korban tentunya sup tulang + 'gear box', taukan?? alaaa, itu loghat kami di pantai timur, sedaaaapnya... nyum3

Itu adalah diantara menu semalam. Pagi tadipun aku cuma masak menu berasaskan 'ikan tongkol + daging ayam + sayur2an. simple tapi sedap.

Kalu boleh sehari dua ni aku cuba elakkan menu berasaskan daging, biarlah masak lauk lain pula tapi tup, tup, petang ni kami dapt lagi sup tulang seperiuk (bukan semangkuk ye)  + kari daging pemberian jiran, waduuuuhhh, tak boleh elak, nampaknya inilah lauk untuk makan malam kami, nak tak nak, kenalah juga habiskan lauk ini. Orang kata, rezeki jangan di tolak, musuh jangan sekali2 dicari, ye tak???

Musim2 ini, periuk tekanan (pressure cooker) amat berguna bagi kami terutamanya bagi mempercepatkan proses memasak seperti menyediakan sup tulang, jika sebelum ini proses merebus mengambil masa yang agak lama tetapi setelah menggunakan periuk ini, ia cuma mengambil masa 45 minit - 1 jam, cepatkan!! jimat masa dan sudah tentunya menjimatkan penggunaan gas.

Rabu, 17 November 2010

Rabu, 17 November 2010

Salam Aidiladha

Buat semua umat Islam diucapkan selamat menyambut hari raya haji (Aidiladha), Mohon maaf sekiranya ada diantara bingkisan di laman ini ada terkasar bahasa, mungkin menyinggung perasaan rakan semua.

Raya kali ini kami x berkesempatan untuk balik kampung, banyak sgt urusan yang perlu disiapkan.  Cuti pun cuma sehari je.
Sempat lagi buatkan muffin vanilla & strawberi pagi ni

Di antara rentetan kunjungan anak2 jiran selepas solat raya tadi (sila abaikan masa yg tertera di pic, terlupa nak edit)
 
di antara menu hari ini ialah:-
  • Nasi Dagang + gulai ikan tongkol & kari ayam
  • Laksa Asam
  • Lemang + rendang daging
  • Dadih
  • Tapai (masuk dalam bekas dadih je, maklum le dok taman.. nak cari daun pisang susah)
  • Kuih muih 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang