Sekejap je dah masuk hari raya ke 3, menu yang istimewanya sempena raya aidiladha tentunya berasaskan daging, akupn dah mula muak daa bila tengok daging. Sudah le di pagi raya wajib ader rendang daging.
Alhamdulillah, meskipun tahun ini hubby tidak berkesempatan untuk membantu di dalam aktiviti ibadat korban memandangkan kekangan masanya tapi rezeki kami tetap ader.
Sebahagian daripada daging korban, banyakkan!!
kami telah memanjangkan sedekah ini kepada mereka yang memerlukannya, itupun frezeer masih lagi padat + dengan stok EBM Alya.
Salah satu menu daging korban tentunya sup tulang + 'gear box', taukan?? alaaa, itu loghat kami di pantai timur, sedaaaapnya... nyum3
Itu adalah diantara menu semalam. Pagi tadipun aku cuma masak menu berasaskan 'ikan tongkol + daging ayam + sayur2an. simple tapi sedap.
Kalu boleh sehari dua ni aku cuba elakkan menu berasaskan daging, biarlah masak lauk lain pula tapi tup, tup, petang ni kami dapt lagi sup tulang seperiuk (bukan semangkuk ye) + kari daging pemberian jiran, waduuuuhhh, tak boleh elak, nampaknya inilah lauk untuk makan malam kami, nak tak nak, kenalah juga habiskan lauk ini. Orang kata, rezeki jangan di tolak, musuh jangan sekali2 dicari, ye tak???
Musim2 ini, periuk tekanan (pressure cooker) amat berguna bagi kami terutamanya bagi mempercepatkan proses memasak seperti menyediakan sup tulang, jika sebelum ini proses merebus mengambil masa yang agak lama tetapi setelah menggunakan periuk ini, ia cuma mengambil masa 45 minit - 1 jam, cepatkan!! jimat masa dan sudah tentunya menjimatkan penggunaan gas.









5 ulasan:
kak tini.........
nak sup tulang...sedapnya...terliur ayu tau..hehehe
wuwuwuwu..
kak, kalau ena tak leh bau sangat daging kangg tak pepasal ena mabuk dan tak leh makan daging semula kalo tertalu banyak sangat.. teringat dulu masa darjah 6, ena mabuk daging.. pastu lama tak leh nak makan sbb bau je dah pening.. sampai la pregy kan si irfan baru ena makan semula sampai skrg.. hehe..
ayu
nnt le akak masak ntuk ayu, tp bila ye?
Ena
bila daging byk sgt, kitapn leh mabuk gak.. dah musim dia, nak wat camner
sedap kan sup tulang...sya pun suka...
tp yg plg suka..daging goreng ngn bwg+kunyit+lada....sedapnyaaaaaaaaaaa... he3...
hmmm...pg esok nk goreng dgg la...
sya
daging goreng kunyitpun sedapkan!
Catat Ulasan