Jumaat, 30 November 2018

Jumaat, 30 November 2018

Hujan di siang hari..

Mungkinkah ia tanda musim 'bah' akan kembali? 

Tiba2 hujan turun di siang hari..  

Sejuk sikit anak2 bulus umi dekat rumah. .🤗



Ahad, 25 November 2018

Ahad, 25 November 2018

Patah tumbuh hilang berganti..

Semalam ke KLIA2 menghantar anak bujang balik ke Alor Setar.. 


Selamat jalan abang.  

Hari ini dia ada kursus seminggu... 

Anak bujang sudahpun habis belajar,  tunggu 'posting' tapi tak pasti bila,  maklumlah ramai lagi senior belum dipanggil bekerja, insya allah awal tahun bekerja sementara di klinik swasta,  dapatlah mencari pengalaman. . 

Selamat kembali.. 

Dimasa yang sama,  bujang junior selamat mendarat,  dia bercuti sepanjang tempoh cuti sekolah, tidak sempat berjumpa abang,  diaorang berselisih penerbangan. 






Menikmati keindahan malam di Putrajaya.. 


Persinggahan sementara kami.. 

Rabu, 21 November 2018

Rabu, 21 November 2018

Dilema ibu bekerjaya, maafkan umi..

Tahniah sayang,  moga dijadikan semangat untuk masa2 mendatang. 

Maafkan umi sebab tak dapat hadirkan diri,  cuma wakilkan abah.. (semua urusan di sekolah anak2, bapanya yang uruskan 100%,  🤗🤗🤗)

Alhamdulillah syukur..  

Walaupun ada beberapa subjek,  Alya sendiri kurang berpuashati tapi kami tetap berbangga, "kamu dah cuba sedayanya dik.."  (risau juga jika dia alami tekanan jika tak dapat pencapaian yang dia mahukan, apa2pun kami tetap bagi sokongan emosi.  😇)

Keputusan di Kelas Kafa, alhamdulillah.  


Isnin, 12 November 2018

Isnin, 12 November 2018

Terpaksa @ dipaksa

Semalam adalah pengalaman pertama menjaga seekor anak kucing selepas pemandulan setelah ia berusia 4 bulan setengah..

My sweet heart.. 

Sebelum memandulkan ia,  kucing perlu menerima suntikan immunisasi yang lengkap (3 dose) dan dipuasakan sekurang2nya semalaman kecuali dibenarkan minum air,  memandangkan 'umi'nya tak sanggup biarkan ia kelaparan,  kami rela menghantar awal ke klinik veterinar dan kembali mengambil keesokkan harinya walaupun jarak yang agak jauh. 

Muka stress,  seakan tahu ia akan ditinggalkan. 


Abang kembarnya,  resah gelisah sepanjang hari,  tiada kawan bermain dan bergurau senda, pagi esoknya masih mencari di segenap rumah, sayu hati melihatnya  dan hampir menitis air mata,  itu adalah seekor kucing tapi kasih sayangnya tidak berbelah bahagi. 

Selepas dimandulkan,  masih belum sedarkan diri. 

Asalnya cuba kurungkan ia ke dalam sangkar supaya dapat rehat sepenuhnya tapi ia resah gelisah dan ingin keluar walaupun ketika ini kesan ubat pelali masih ada, berjalanpun belum stabil. 

Malamnya baru boleh diberi makanan,  tetap berselera walaupun di dalam keadaan mamai, siap makan, terpaksa kurungkan ia ke dalam sangkar, risau jika ia memanjat @ berlari. 

Lega 'Sweet' dapat menyusu ibunya, si abangnya pula bersihkan badan adiknya, mungkin ia tahu si adik belum mampu  untuk mencuci badan sendiri. 

Hari kedua, buka jer sangkar,  terus melompat keluar,  memanjat kerusi dan sebagainya, paling meluruhkan jantung kami,  gurau senda kasar 2 beradik awal pagi tadi, langsung tiada pantang larang, fuhhhhh kusssss semangat... 

Nota: Hari ke 3 perlu diberi antibiotik sebiji sehari selama 7 hari,  selepas seminggu perlu dibuka jahitan, tengok pagi tadi,  sikit jer jahitannya 1@2 shj,  rasa nak buka sendiri  benang jahitan tu.. 🤗🤗🤗

Terkurung seketika bagi memberi ruang umi vakum & mengemop, bila dah bersih,  bolehlah bebas semahunya..  

Kemaskini. . Tak sampai 24jam dah berlari ke sana ke mari, bab makan minum langsung tiada masalah,  selera sokmo.. 🤗🤗🤗

Hukum memandulkan kucing

Jika dah gini,  bukankah zalim namanya? 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang