Rabu, 25 September 2013

Rabu, 25 September 2013

biskut florentine

Pertama kali buat, urmm boleh le,  pastinya perlu perbaiki lagi.

Bahan2nya..
100gm tepung florenta
100gm badam keping
50gm kuaci hitam
10gm bijan hitam

Satukan kesemuanya ke dalam bekas, masukkan ke dalam loyang bersaiz 7x7 inci yang telah dilapik 'baking paper', bakar pada suhu 170'c hingga kekuning2an (10-15min).

Setelah masak, angkat & terus potong mengikut saiz yang dikehendaki menggunakan pemotong pizza @ pisau biasa secepat mungkin, biasakan ia sejuk.

Nota: dari tadi tak henti2 mengunyah, teruk betul..

Selasa, 24 September 2013

Selasa, 24 September 2013

CPUV ke 49/2013

Nescafe Cans..

Alhamdulillah, rezeki Nuffnang masih berpihak ke sini biarpun tuan punya lemau selemaunya..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Nota: Berdebar menanti keputusan kump. anak dara yang memasuki pertandingan memasak di sekolah pagi ini (Sandwich Sardin je pun..), entah menjadi, entahkan tidak, maklum le nak pegang pisau kat rumahpun tak berapa reti, huhuhu...

Menu dia hari ini:-
i) Sandwich Sardin
ii) Puding Oreo
iii) Sirap Bandung Laici Selasih

Ahad, 22 September 2013

Ahad, 22 September 2013

Renungan

Nota: Al fatihah buat arwah ibu, ayah, mil & fil, moga mereka tenang di sana, aamiin..

Sabtu, 21 September 2013

Sabtu, 21 September 2013

Budak2 kini


Pantang terjumpa Iklan Aiskrim BR (Baskin Robbins) di luar sana, terus merengek minta dibeli sedangkan si ibu dulu makan Aiskrim Malaysia berharga 20sen cuma.

Pastinya Donut Big Apple jadi pilihan mereka sedangkan si ibu enak merasai donut biasa yang dijual di pasar2 malam, itupun sesekali jer dapat makan, alhamdulillah..

Itulah sebahagian makanan pilihan anak2 kini..

Adakah kita yang salah kerana mencorakkan makan minum mereka sebegini?. Bak kata pepatah 'Sudah Gaharu Cendana Pula'..

Nota: Tiba2 teringat kisah nan lalu, kiranya pada zaman jenama sebegini belum glemer (ke daku yang tak ikut perkembangan semasa??), apabila saya dihantar berkursus ke HQ (Kuala Lumpur), seorang rakan pejabat minta tolong belikan sesuatu..

Teman : "Tolong belikan akak Big Apple", 'Si Bodoh Sombong' ini cuma menjawab di dalam keadaan mamai: "In shaa allah kak..." sedangkan hakikat sebenarnya 'Si Dia' tak kenalpun apa itu 'BIG APPLE'?, di hati mula tertanya2: 'Mungkinkah ia sebiji epal bersaiz besar??'

Akhirnya jawapan yang pasti sesudah kembali berkursus "Maaf ye kak, saya tak sempat nak beli, len kali erk.."  boleh ke cenggitu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CPUV KE 48/2013

Ford MCA Launch



Khamis, 19 September 2013

Khamis, 19 September 2013

CPUV ke 46 & 47/3013

Penambahan Iklan Nuffnang lagi


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 
Alhamdulillah kami selamat tiba ke destinasi, kejap lagi misi "JJCM" bermula, perut dah berbunyi minta diisi..

Rabu, 18 September 2013

Rabu, 18 September 2013

Meroyan

UA tak ke mana2 geng, sejak dua menjak ni agak sibuk sikit..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Telatah anak2 jiran di sudut sana bisa buatku meroyan, apa tidaknya, meja kaca yang masih elok dipecah2kan, hasilnya berkecai & bersepah merata2, tak terbayang dek akalku jika mereka tersungkur di atas kaca tersebut @ tertusuk serpihan kaca yang berada di tangan,  abis tu salah siapa?

Saya pernah buat entri seperti DI SINI, rasa tak berbaloi jika cuma kita yang meroyan sedangkan famili memasing TAK KISAHpun..

Nota: Sebenarnya terdapat beberapa orang lagi rakan sebaya yang sedang bermain dengan serpihan kaca2 tersebut tetapi apabila diorang sedar yang 'paparazi' sedang mengintip, terus elakkan diri.

*** Adoiiiiii tiba2 malas nak berkemas persalinan, sok nak kuar daerah lg, huwaaaaa.....

Ahad, 15 September 2013

Ahad, 15 September 2013

kongsi info



Jumaat, 13 September 2013

Jumaat, 13 September 2013

Meh kita belajar mengira

Penggunaan RON 95 mengikut pendapatan isi rumah:-
  • RM3,000.00 dan ke bawah - RM 132.00/bulan, bermakna purata sehari cuma RM4.40.
  • RM5,000.00  dan ke atas - RM 375.00/bulan, puratanya RM12.50/hari
Psstt: Makcik pening lalat jap, naper penggunaan minyak untuk mereka yang berpendapatan RM3,000.00 dan ke bawah sebanyak itu cuma  (cer kalian bagi tips PENJIMATAN, mungkin ia berguna buat kita semua..) atau mungkin jua pengiraanku salah? (sambil tergaru2 kepala yang tak berkutu..).

Nota: Sudi2kanlah kalian tinggalkan jejak, ptg nnt ada meeting penyelarasan sempena keberangkatan KDYTM Tg. Pn ke daerah ini.

Khamis, 12 September 2013

Khamis, 12 September 2013

Uji Minda 4

Pssttt:  Rasa2nya uji minda terakhir sempena hari ketiga UPSR

Rabu, 11 September 2013

Rabu, 11 September 2013

Uji minda 3

Jawapan kalian?


Gara2 minyak naik

Awal2 pagi hubby sudah bercerita "ramai rakan2 dah mengadu harga kuih naik kepada 50sen seketul kat pasar malam, sebelum ni 3 @ 4 biji/RM..".. 

Kat pejabat, anak2 buah ada gak mengadu banyak daa harga barangan naik di luar sana.

Urmmm biasalah tu, nak wat camnerkan, nasib baik makanan asasi kami adalah nasi semata2, jarang2 beli kuih kecuali teringin sangat. "Kalu ada makan, jika xder, makcik tak kisahpun.."

Selasa, 10 September 2013

Selasa, 10 September 2013

uji minda 2

Nampak apa?


Isnin, 9 September 2013

Isnin, 9 September 2013

uji minda

Siapa tau jawapannya? 

pssstt: saya sendiripun tak gitu pasti nak jawab lagumana..

sekadar renungan

sumber: FB


CPUV ke 45/2013

Foton MY Roadshow Campaign.

Alhamdulillah walaupun laman CORETAN PERIBADI amat jarang di kemaskini tapi pihak Nuffnang tetap berikan CPUV..

Terima kasih kepada Nuffnang & rakan2 blogger semua, tanpa sokongan kalian, siapalah saya di alam maya ini.


Sabtu, 7 September 2013

Sabtu, 7 September 2013

Pemenangnya..

Selagi tak umumkan nama pemenang, rasa tak senang duduk pula, yalah ibarat kata pepatah "kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji..".

Mungkin klu yang diberi agak ringkas atau destinasi kedua sememangnya tak dijangka dek teman2, maklum le pada minggu sebelum ini ke Cameron Highlands, seminggu kemudian ke Kuantan & ia bersambung terus ke Melaka, jadi tak ramai teman2 yang dapat meneka dengan tepat mengenai destinasi seterusnya...

Destinasi kedua kami selepas Kuantan adalah di sini iaitu Hotel Pantai Puteri, Tg Kling, Melaka

Pantai Puteri, Tg Kling 
(Berhadapan dengan Hotel Pantai Puteri)

Bukannya..
Nampak gayanya tekaan Cikgu Matsom tak tepat..


Pemenang kali ini ialah:-



Buat Nafiraa, tahniah akak ucapkan, sila hantar nama penuh, alamat & no. telefon ke umialeeya@gmail.com secepat mungkin.-DONE : 09/09/2013

Buat teman2 yang lain, xmo kecewa k, in shaa allah teka teki akan menyusur kemudian.





...................................................................................
CPUV ke 44/2013
DIGI prepaid, alhamdulillah..


Rabu, 4 September 2013

Rabu, 4 September 2013

situasi berbeza


Bercanda di tepian pantai mencari ketenangan lewat senja

Suasana hiba lewat malam..

Psstt: Masih ada sehari lagi..

Isnin, 2 September 2013

Isnin, 2 September 2013

hari kedua

Nak senang kerja, awal2 pagi sebelum ke melangkah hadiri meeting di Pej. Peringkat Negeri hantar dulu baju kotor ke kedai dobi hotel, bukannya mahalpun - RM3.80, murah2 jer.....

Masih menginap di sini sementara menunggu tibanya hari esok di mana kami akan menuju ke destinasi seterusnya, oh ya selain hadiri 'meeting' jabatan, join sambutan raya sekali, maka aktiviti hari ini adalah santai sambil menjamu selera.

Sepanjang hari kami makan tanpa henti, kalau hujan lama daa 'bah'.. Alhamdulillah rezeki Allah..

Macam2 ada..

Oh ya.. buat peminat FM, cuba teka DESTINASI kami seterusnya, pemenang yang tepat dan 5 terawal akan menerima seketul FM dari sana, klu: Negeri di Semenanjung Malaysia. (jika bagi klu lagi, gerenti semuanya tepat..)

Pssstttt: Boleh teka 1 kali sahaja..

Tarikh tutup:  Bila2 masa dari sekarang ..  TAMAT DAA pada 4/09/13 @ 11.59mlm

Ahad, 1 September 2013

Ahad, 1 September 2013

Persinggahan Pertama

Hari ini bermulanya langkahku meninggalkan keluarga tersayang buat sementara waktu demi tuntutan tugas, pastinya mereka tetap dirindui saban waktu..
Ummi sayang Alya ketat2, muahhhhhh!!!

Persinggahan pertama, menginap di Hotel Pavilion, Kuantan, bagi sesiapa yang ingin bercuti & mendapatkan hotel bajet di Ibu Negeri Pahang, apa kata kalian menginap di sini, sebaik melangkah masuk ke sini, sepatah kata di dalam hati "wowwwwwwwwww, hebatnya.."

Keseluruhan hotel dipenuhi karpet sepanjang jalan dan biliknya dilengkapi bermacam kemudahan yang jarang2 ada di hotel bajet lain seperti wi-fi (laju giler..), DVD, hair dryer (jrg2 hotel sediakan kemudahan ini..), penimbang berat badan (blum pnah jumpa kt mana2 hotel), air purifier, seterika & board sekali (biasanya kena minta), cermin besar dan sebagainya (kesemuanya tersedia di dalam bilik).

Bahagian lobi pula tersedia kemudahan 'kedai runcit' yang menjual berbagai2 barang, mana le tau tiba2 terasa lapar, boleh beli mee segera kat sana, kedai makan masakan kampung betul2 dihadapan hotel & jika teringin nak basuh baju, hantar jer kat kedai 'Dobi' bersebelahan hotel. 

Hargapun amat berpatutan, contoh untuk bilik standard, ia serendah RM128/hari hinggalah family room RM198.00 dan banyak lagi kemudahan, bagi sesiapa yang kaki 'shopping', amat sesuai sebab ia dekat dengan ECM yang sememangnya terkenal di Kuantan, perkara yang dititikberatkan adalah layanan kaunter TERBAIK & bilik yang bersih.

Pokok pangkalnya tak rugi membawa famili menginap di sini.

Hotel Pavilion 09-5173318

Nota: Tiba2 teringin nak gunting rambut kat kedai sebelah, terus call hubby minta izin.. (bajet 'isteri mithali', ahakkkk) - melayang RM35, sib baik tak ambik pakej cuci rambut sekali, kalu tak mau cecah RM100..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang