Penggunaan RON 95 mengikut pendapatan isi rumah:-
- RM3,000.00 dan ke bawah - RM 132.00/bulan, bermakna purata sehari cuma RM4.40.
- RM5,000.00 dan ke atas - RM 375.00/bulan, puratanya RM12.50/hari
Psstt: Makcik pening lalat jap, naper penggunaan minyak untuk mereka yang berpendapatan RM3,000.00 dan ke bawah sebanyak itu cuma (cer kalian bagi tips PENJIMATAN, mungkin ia berguna buat kita semua..) atau mungkin jua pengiraanku salah? (sambil tergaru2 kepala yang tak berkutu..).
Nota: Sudi2kanlah kalian tinggalkan jejak, ptg nnt ada meeting penyelarasan sempena keberangkatan KDYTM Tg. Pn ke daerah ini.










18 ulasan:
gila kiraan nya.. depa ingat opis sebelah umah gamaknya.. pehtu tak payah redah jem bagai..
tolak tepi isu lain.. saya RASA laa..sebab y berpendapatan RM3k tu pakai kereta kecik (kancil/kelisa gtu laa) dan y gaji 5k pakai keta full tank dah kena RM100...
maaf cakap. bagi Ros pengiraan tu memang terang2 salah.. Kalau penggunaan minyak, mana boleh kira ikut pendaptan isi rumah.. Kena kira jarak perjalanan tu.. contohnya tempat berkerja..
dorang ingat yang berpendapatan rendah tu semuanya rumah dekat dengan tempat kerja?.. fikir2 kanlah :)
saya sependapat dengan Imaan09.
mungkin pengiraan tuh berdasarkan jenis kete yang dipakai.
Mana plak dia tau jarak ofis orang yang gaji 3000 ke bawah tu dekat dan jarak ofis org yang gaji 5000 tu jauh? Memandai je. Pengiraan mcm buat survey kepada seorang je bagi setiap kategori.
tetiba rasa nak buat research dalam penggunaan RON95 ni pulak... tak logik akal langsung...
mana boleh ambil sampel dua tiga orang jer utk pengguna berjuta orang... huhuhu
btw, seingat kami masa kat M'sia dulu, minyak dalam RM700++ juga sebulan... pakai dua kereta, hubby berulang dalam 45 minit sehala (hubby pakai kancil jer), lepas tu balik kg setiap dua minggu...
as-salam.
kak sihat?
survey main agak je la ni
kita failed bab2 mngira ni..haahhahh
mungkin kira pakai cincai. haha . tempat kerja jauh sehh.
Ya, saya rasa pun pengiraan tu ikut jenis kereta. Ataupun mungkin yg berpendapatan kecil berselang seli naik LRT gi keja.
Dia ambik average minimum kot....sebuah keta utk seisi rumah....kalau 2 keta kali jelah basic minyak sehari tu....
Kalau kena kita yg kaki mengukur jalan ni....hish...hish kena kurangkan nampaknya ni
katanya purata.muahaha..
apapun semuanya nak memutar belit fakta, kita semua boleh berfikir secara logik dan berhemah, jgnlah nak membongak
Ellehhh anggaran yg tak munasarawak langsung...
Done nescafe
Pandai jugak dia orang kira ya...hehehe..sambil garu kepala jugak ni...
malas layan kak huhuh
Geng... awat baru muncul? lama menghilang kursus lagi ke?
Catat Ulasan