Memaparkan catatan dengan label ummi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ummi. Papar semua catatan

Isnin, 8 Februari 2021

Isnin, 8 Februari 2021

Perintah Kawalan Pergerakan - BDR

Bekerja Dari Rumah (BDR) 

Ginilah gayanya apabila bersama kesayangan, redha...  😂😂😂


 

 


Isnin, 19 Oktober 2020

Isnin, 19 Oktober 2020

Ingatan dari rakan blogger

Terharunya awak,  walaupun kita cuma blogger suam2 kuku tapi tetap diingatan.. 

Beg dari Mekah untuk Alya dan... 

Sambal Rozelle

Serius sedap, sudah habispun, rasanya setanding Sambal Pahang,  awak dah boleh ambil tempahan Sambal Rozelle,  pasti banyak permintaan..

Ingatan ikhlas dari NA, terima kasih sahabat,  walaupun kami hanya kenal di alamaya,  tetap erat gitu,  moga persahabatan kita berpanjangan, aamiin..  

Ahad, 13 September 2020

Ahad, 13 September 2020

Hobi baru sejak 2 tahun lepas

Ciki, asal Batu Cave

Mok Mel @ Me'ah 
Kucing pertama yang mengajar kami erti kasih sayang tak bertepi.

Chacha
Ibunya asal straycats, menumpang beranak di rumah dan sebaik anak2 seramai 3 ekor berusia 2 bulan dan pandai makan, ditinggalkan mereka dalam jagaan kami.

Bermula dengan seekor ibu dan 6 ekor anak, sekarang ini sudah menjangkau 20 ekor, ummi kamu sudah reti kutip straycats terbiar, rawat dan jaga sebaiknya. 😃

Bila bercakap bab rezeki, alhamdulillah rasanya sama dengan sebelum ada budak2 ni, Allah sentiasa murahkan rezeki untuk kami..



Nota: Hati terpikat lagi dengan adik beradik Ciki dan Memey dari Batu Cave, sabarlah duhai hati..🤗

Salah satu dari 5 beradik yang masih berada di dalam jagaan Bondanya..

Akhirnya, 




Jumaat, 22 Mei 2020

Jumaat, 22 Mei 2020

Penangan PKPB

Aidilfitri kami...  
Harap maklum

Pesanan Penaja

Kami anak beranakpun tidak beraya ke mana2,  dok diam2 dalam rumah. 


Isnin, 1 Ogos 2016

Isnin, 1 Ogos 2016

Kegilaan apakah ini?

Setelah bertahun tidak membuat kerja2 seni, tiba2 teringin nak mendeko & mengubahsuai susun atur rumah dengan bajet yang sederhana.

Dibawah merupakan hasil "kerastangan" mengubah bunga setelah bertahun tinggalkan hobi ini

Cubaan kali pertama
Gubahan 1

Beli stok baru
-Permintaan Alya

Tak menyempat2 nak siapkan segera

Gubahan 2
Alya sendiri yang memilih pelbagai warna untuk bilik dia

Gubahan 3

Sabtu, 14 November 2015

Sabtu, 14 November 2015

Suasana Kampung

Masih lagi entri tertunggak, 3 minggu lepas kami balik kampung bagi menghadiri 'Majlis Menyambut Menantu' anak buah merangkap anak sulung kepada kakak no. 5. Gayanya aktiviti gotong royong masih lagi diamalkan.

Saya sebagai adik bongsu ala2 'VIP', memang dok di dalam rumah merangkap 'Ratu Dapur', sekadar membuat kerja yang ringan2 jer, pantang tengok pinggan mangkuk kotor pasti dikutip, mengelap bahagian mana yang kotor, sediakan air minuman untuk petugas, aci tak??

Salah satu menu kampung 'Solok Lada', nak resepi, sila google k...

Tugas saya pula, mengukus 'Solok Lada' , maaf tak terfikir nak ambil gambar sebab semasa kejadian, tak teringatpun diri ini seorang blogger.

'Pengantin bersama bapa & mak saudara sebelah ummi & ayah', sama2 gotong royong memasak.

Satu2nya gambar kenangan bersama pengantin, 

Anak buah kami memang sempoi, lepas solat terus bertukar kepada pakaian harian, senang nak layan & hidang makanan untuk tetamu.

Paling meninggalkan kenangan, daku bergambar bersama 3 orang kakak kesayangan, korang tekalah yang mana satu 'Admin'.


"Buat Al Hafiz Muhammad Syahir & Isteri, makcik doakan moga rumahtangga yang dibina kekal hingga keakhirnya & kebahagiaan sentiasa milik kalian, aamin.." 


Ahad, 2 Ogos 2015

Ahad, 2 Ogos 2015

Masih mood raya

As salam semua, maaf agak lama tidak berkesempatan untuk menulis sesuatu di laman ini, rindu kalian..






Antara koleksi baju2 raya Alya

Kami balik kampungpun cuma 3 hari  2 malam sebab anak2 ingin beraya di rumah sendiri, maka terkejar2 beraya di rumah adik beradik kedua2 belah pihak, lagipun kami suami isteri  sudah ketiadaan ibu ayah.

Alya bertanya "Kan nenek atuk dah xder, kenapa kita perlu balik kampung?", sepatah jawapan si ibu "Ummikan ada kakak dan abang, gitu juga abah, dia ada adik, maka kita perlu merayakan bersama mereka", kasih sayang kami tak pernah luntur dan ikatan kekeluargaan pasti dijaga utuh, insya allah..

"Kakak" + Sepupunya


 
Jamuan Raya Jabatan tempohari 
(Gambar ihsan dari rakan setugas)


Habis program semalam, kami beraya lagi..



~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Update 4/7/15.. "

Terima kasih buat Cikgu Mat Som kerana mengirimkan buah tangan berupa sebiji 'Jug Thermos' buat seorang rakan blogger bagi pihak saya.

"Status siang tadi"

Siapakah dia? biarlah tuan punya yang bercerita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
 Rezeki saya juga, terima kasih buat Cikgu Mat Som di atas kiriman Jug Thermos yang menarik hati, sesiapa yang berminat, boleh dapatkannya di sini, murah2 jer..

Nota: Entri rojak..

Khamis, 9 April 2015

Khamis, 9 April 2015

lemau

Hampir 2 bulan menyepikan diri, lemau selemaunya, langsung tak jenguk laman ini, sawangnya usah dicerita, PENUH...

Gambar Alya sudah menjadi "pekasam", berbulan2 'JERUK', 'nasib awak le nak, ummi "tiada perasaan" untuk menulis'


Nota: Pemenang top komen sudahpn ada - sila rujuk pada sidebar kiri, maaf belum berkesempatan untuk kirimkan sesuatu sebagai kenangan, kebizian + stress menggunung mengatasi segalanya.

Tahniah OKje...




Sabtu, 7 Februari 2015

Sabtu, 7 Februari 2015

Edisi memikat hati suami

Fuhhhh punya tajuk, betul2 gempar,  jangan marah.. kihkihkih..

Cekodok Udang

Keropok

Kalian jangan gelak2 k, cekodok udang/bilis & keropok adalah kegemaran hubby dari dulu hingga kini.

Awal pagi tadi sebelum ke masjid solat subuh, dia berpesan supaya tidak menyediakan sarapan pagi untuknya.

Katanya di masjid ada sediakan makanan untuk peserta kursus haji jam 10 nanti, lagipun sebagai ajk, dia tidak boleh melengah2kan masa membuat persiapan tempat & pendaftaran peserta.

Sudah namanya isteri mithali, tetap mecari akal supaya dia balik ke rumah sekejap bersarapan bersama, paling senang memasak makanan kegemaran dia & hantar gambar melalui WhatsApp.

Kan dah kata, licin..

Senang sangat untuk memikat hati suami iaitu salah satu caranya melalui masakan. Betul tak Geng...?

Ringkas tak apa, janji ia dimasak dengan penuh kasih sayang.

Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, 26 Disember 2014

tersadai

Lupakan seketika mengenai percutian, sekarang masih tersadai di ibu kota sebab tempat kami ibarat sebuah pulau.


Terpaksa bermalam di sini.

Tidak dapat kembali ke destinasi asal
Semua laluan telah ditutup kepada lalu lintas

Keadaan salah sebuah sekolah tempat anak belajar, 2 tingkat sudah ditenggelami air




Salah satu laluan ke kawasan perumahan kami telah ditenggelami air.

Pastinya penghuni di sana terkurung, tidak boleh keluar ke mana2, ibarat kini bagaikan sebuah pulau & kedai runcit berhampiran hampir terputus bekalan.

Info dari jiran tetangga, hujan masih turun membasahi bumi & paras air makin meningkat, syukur kawasan perumahan kami belum dinaiki air walaupun semua laluan ditutup.

Hati meronta ingin pulang tapi terpaksa menerima hakikat, mungkin ada hikmah disebaliknya, mudah2an semua selamat & ia tidak berterusan, aamiin



~~~~~~~~~~~~~




Kenangan - 2orang cucu & Alya ( sedar sikit diri daa tua. )

Cucu yang keberapa tak pasti pula, maklumlah ramai sangat, hu3

Selasa, 23 Disember 2014

Selasa, 23 Disember 2014

Melawat kawasan

Ala2 YB cilik gitu

Khamis, 18 Disember 2014

Khamis, 18 Disember 2014

Sepetang di Teluk Chempedak

Aktiviti minggu lepas

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang