Sabtu, 14 November 2015

Sabtu, 14 November 2015

Suasana Kampung

Masih lagi entri tertunggak, 3 minggu lepas kami balik kampung bagi menghadiri 'Majlis Menyambut Menantu' anak buah merangkap anak sulung kepada kakak no. 5. Gayanya aktiviti gotong royong masih lagi diamalkan.

Saya sebagai adik bongsu ala2 'VIP', memang dok di dalam rumah merangkap 'Ratu Dapur', sekadar membuat kerja yang ringan2 jer, pantang tengok pinggan mangkuk kotor pasti dikutip, mengelap bahagian mana yang kotor, sediakan air minuman untuk petugas, aci tak??

Salah satu menu kampung 'Solok Lada', nak resepi, sila google k...

Tugas saya pula, mengukus 'Solok Lada' , maaf tak terfikir nak ambil gambar sebab semasa kejadian, tak teringatpun diri ini seorang blogger.

'Pengantin bersama bapa & mak saudara sebelah ummi & ayah', sama2 gotong royong memasak.

Satu2nya gambar kenangan bersama pengantin, 

Anak buah kami memang sempoi, lepas solat terus bertukar kepada pakaian harian, senang nak layan & hidang makanan untuk tetamu.

Paling meninggalkan kenangan, daku bergambar bersama 3 orang kakak kesayangan, korang tekalah yang mana satu 'Admin'.


"Buat Al Hafiz Muhammad Syahir & Isteri, makcik doakan moga rumahtangga yang dibina kekal hingga keakhirnya & kebahagiaan sentiasa milik kalian, aamin.." 


10 ulasan:

Etuza berkata...

Umi takkan 1 ja entri NOV..rugi bayar line tak buat entri..hehehe

Kak Vit berkata...

wahh..bestnyaaa merewang..

Jom follow saya

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah
Saya suka majlis spt ini
Tidak byk membazir spt kebanyakan
Majlis kahwin yg ada skrg
Tahniah buat kedua pengantin

Nor Azimah Ali berkata...

Assalam UA, lamanya menyepi, sibuk sangat ye, takpelah, asal jgn tinggal lansung, at least sebulan sekali dpt juga lepas rindu.
Rasanya yg pakai baju biru tulah UA, ye tak? Hi hi

Nor Azimah Ali berkata...

UA, wasap alamat kt saya, nk sambal tak, nk bagi ni

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN berkata...

salam kak hehehe, datang sini, yana sangat adore suasana macam tetiba rindu .

Ena berkata...

Assalam kak Tini

Sama mcm rumah mak kita la..
masih rewang2 gini
Penat memg la penat tp meneratkan hubungan silaturrahim
sesama tetangga kan.. :D
Hrmm... yg mana satu ye?
Rasanya yang pakai tudung warna hitam tu..

Ena berkata...

ada alya kat depan tu kan.. =D

eita berkata...

tahniah untuk pasangan pengantin...
kalau kat kampung memang ada lagi tradisi gotong royong...kadang tu kite pun lebih suka tolong buat keje2 yang ringan tangan je..hahahahha...

OKje berkata...

Ohhh biasalah tu geng.....adik bongsu mana boleh buat keje berat, kang kasar tangan .....
Sedapnya solok lada.....tetiba teringat nasi kerabu tau kita.... Apa agaknya menu kawen belah sana ek geng.

Taunya .....mestilah pakai tudung hitam, depan tu Alya kan. Mestilah Alya diri depan mama.....Tak gitu geng? Yg pakai baju biru sebelah pengantin pompuan tu sapa geng?

Selamat Pengantin Baru buat Along,mogakekal hingga ke syurga.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang