Ahad, 29 November 2015

Ahad, 29 November 2015

Suka dalam duka


Alhamdulillah anak teruna sulung berjaya di dalam temuduga bagi Jawatan Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagaimana minat & harapan dia.

Pada masa yang sama, kami perlu buat keputusan yang tepat demi masa depan walaupun dengan hati yang berat..

Maka UiTM Dungun kini tinggal kenangan, ia mampu bertahan 3 semester cuma, sudah tertulis rezeki dia di bidang lain, apa2pun moga dipermudahkanNya segala urusan, aamiin..

Khamis, 26 November 2015

Khamis, 26 November 2015

Lamb Chops Homemade

Perancangan awal kami nak berBBQ malam esok. Dimana?? RAHSIA beb. Salah satu menu kami tentunya daging kambing ala2 Lambs Chop, jadi semasa keluar daerah siang tadi, kami terus singgah di pasaraya untuk mendapatkan stok daging kambing.

Biasanya kami beli yang sudah siap diperap tapi di atas sokongan suami, dia minta perapkan sendiri dengan alasan lebih murah dan anak2 dapat makan lebih banyak dengan nilai RM yang kita belanjakan.

Daging kambing mentah berharga RM22.90/kg

Setelah berhempas pulas di dapur, maka inilah hasilnya setelah diperap

Kalian nak resepi ke? alahaiiii kita bukannya blogger masakan tapi untuk rujukan, saya tulis resepi seringkasnya, lain2 kalian agak2lah ya mengikut kreativiti & citarasa memasing.
  1.  2kg Daging Kambing , dibersih & ditos kering.
  2. 1 labu bawang putih + lada hitam (Digoreng hingga wangi, kemudian ditumbuk lumat)
  3. Sos Tiram, Sos Cili, Kicap manis secukupnya (tidak perlu masukkan garam & gula @ lain2 serbuk perasa tiruan aka aji no moto)
  4. Campur kesemuanya + minyak menumis bawang putih tadi, gaul dan perap sekurang2nya semalaman.
  5. Panggang menggunakan kuali ajaib / kuali leper, oven @ apa2 jerlah mengikut peralatan yang ada di rumah, janji masak sekata.

Taraaaaaaaaaaaa.

Hasilnya setelah dipanggang menggunakan kuali ajaib & dicurah sos lada hitam homemade.

Gayanya sehingga ketika & saat ini, sudah beberapa ketul daging kambing dipanggang sementara anak2 masih belum tidur, maklumlah mereka sedang membesar & punyai selera makan.

"Makan jerlah anak, esok kita beli ayam segar & 'sea food', nanti ummi perapkan"

Nota: Tiba2 kita tertarik dengan entri rakan blogger nun jauh di sana: EDISI MENAYANG aRz.. tersenyum sorang2..

Rabu, 25 November 2015

Rabu, 25 November 2015

Edisi Menayang..

Gara2 jeles dengan Geng Kilauan Emas - Hainom Okje dok tayang Ikan Selar Kuning Sos Kicap semalam, erkkkkkkkkkkk tiba2 pagi ni ada pula gambar  Pizza, wowwwwwwwww cayalah, yang mana lebih sedap geng- Pizza Hut @ Homemade?

Cikgu Etuza dengan menu Soto hasil air isteri tercinta beliau manakala Teacher Nor Azimah dengan Sambal Ikan.

Kak Zakie pula dengan menu Cencaru Bakar, betul2 menggoda tau, nasib baik jauh, kalau tidak bawa mangkuk bertingkat untuk isi semua tu.

Apa kata hari ini kita tayang pula beberapa jenis makanan yang di masak sendiri @ 'homemade', kata omputeh.

Menu pertama, Laksa Asam, tiba2 teringin nak makan, jangan minta resepi k, maklumlah resepi kita main campak2 jer, alaaaaaaaaaaaaa kata orang ikut suka hati memasing nak masuk bahan2 ke dalam kuahnya, janji ada rasa masam, pedas, masin,, kiranya secukup rasa.

Laksa Asam (Laksa Penang)

Pssstttt: Agak2nya kalau letak ke dalam mangkuk putih Cikgu Etuza nampak cantik tak? ahakkkkkkk..


Spagetti Cabonara Mushroom 
(Saya guna Spagetti jenis Vermicelli), ia menu pada hari minggu yang lepas.

Pertama kali mencuba resepi ini..
Chewy Gooey Cheesy Brownies

(Sesiapa berminat, google ya, pasti terjumpa resepi ini, senang sangat (kawan2 yang tidak punyai asas membuat kekpun pasti menjadi) tapi pada pandangan saya, sila kurangkan sukatan gula (Mungkin tidak masukpun ok kot sebab sudah ada penggunaan coklat) sebab ia agak manis pada citarasa saya.

Opssssssssssssss cukup2lah menayang UA oiiiiiiiiiiiiiiii..

Sabtu, 21 November 2015

Sabtu, 21 November 2015

Majlis Ihtifal Tabika Islam..

18/11/2015 telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Tabika Islam Daerah Kuala Lipis bertempat di Dewan Hotel Centrepoint, demi anak, si ibu mengambil salah satu 'Off' yang masih banyak berbaki.

Sebelum majlis bermula


Bacaan ayat2 suci Al-Quran oleh salah seorang pelajar 6 tahun.

Bacaan Doa

Bercerita di dalam bahasa inggeris
( tidak sempat nak salin tudung Alya.. )

Menerima sijil


Bersama rakan2 berusia 6 tahun & tenaga pengajar.

Kenangan yang tak mungkin kembali semula.

Pemberian kami untuk tenaga pengajar sebagai tanda kenang2an.

Sesungguhnya jasa kalian di dalam mendidik Alya tidak ternilai dengan wang ringgit & tidak mungkin terbalas oleh kami.

Cuma ucapan terima kasih yang mampu kami ungkapkan, moga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik & sentiasa dimurahkan rezeki, aamiin.. 


Jumaat, 20 November 2015

Jumaat, 20 November 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum, salam sejahtera 
Auntie, uncle, kakak & rakan2 diluar sana.. Apa khabar semua?

Nantikan entri ummi di lain masa ya.. 

Rabu, 18 November 2015

Rabu, 18 November 2015

kiriman dari seberang lautan

Terima kasih buat Cikgu Etuza dari Keningau, Sabah atas kiriman sekotak 'spirulina cracker', ia telahpun berada di tangan beberapa hari yang lepas. Moga Cikgu & 'Mama' sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih juga kepada rakan2 blogger yang pernah mengirimkan sesuatu sebagai tanda persahabatan kita seperti Okje, Eita, Cikgu MS, JM, Ulatabah dan ramai lagi yang saya tidak sempat nak senaraikan, apa2pun kalian tetap dihati.

Ada di antara mereka masih kekal bersahabat samada di alamaya sebagai Blogger/ di Laman FB/ WhatsApp & tak kurang juga semakin menyepikan diri..

Sejujurnya setiap komen yang saya tinggalkan di laman rakan2 tidak mengharapkan sebarang balasan, cukup kita sebagai sahabat di alamaya ini, itu sudah memadai & menggembirakan hati.

Sabtu, 14 November 2015

Sabtu, 14 November 2015

Suasana Kampung

Masih lagi entri tertunggak, 3 minggu lepas kami balik kampung bagi menghadiri 'Majlis Menyambut Menantu' anak buah merangkap anak sulung kepada kakak no. 5. Gayanya aktiviti gotong royong masih lagi diamalkan.

Saya sebagai adik bongsu ala2 'VIP', memang dok di dalam rumah merangkap 'Ratu Dapur', sekadar membuat kerja yang ringan2 jer, pantang tengok pinggan mangkuk kotor pasti dikutip, mengelap bahagian mana yang kotor, sediakan air minuman untuk petugas, aci tak??

Salah satu menu kampung 'Solok Lada', nak resepi, sila google k...

Tugas saya pula, mengukus 'Solok Lada' , maaf tak terfikir nak ambil gambar sebab semasa kejadian, tak teringatpun diri ini seorang blogger.

'Pengantin bersama bapa & mak saudara sebelah ummi & ayah', sama2 gotong royong memasak.

Satu2nya gambar kenangan bersama pengantin, 

Anak buah kami memang sempoi, lepas solat terus bertukar kepada pakaian harian, senang nak layan & hidang makanan untuk tetamu.

Paling meninggalkan kenangan, daku bergambar bersama 3 orang kakak kesayangan, korang tekalah yang mana satu 'Admin'.


"Buat Al Hafiz Muhammad Syahir & Isteri, makcik doakan moga rumahtangga yang dibina kekal hingga keakhirnya & kebahagiaan sentiasa milik kalian, aamin.." 


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang