Jumaat, 30 November 2012

Jumaat, 30 November 2012

stress..

Tak tau nak kata apa daa, baru jer terima maklumat, ada odit isnin nanti, pada masa yang sama kena keluar daerah bagi hadiri meeting dan sebagaimana rutin dipenghujung dan awal bulan sibuk dengan laporan dan segala macam yang sama waktu dengannya.

Kalau boleh tak mahu bebankan anak buah, biarlah susah senang kami bersama tapi nampak gayanya terpaksa juga, semoga semuanya berjalan lancar.

Hurmmmm nampaknya esok & lusa kena berkampung di pejabat untuk siapkan semua itu sebelum keluar daerah. Doakan yang terbaik buat kami.

Arabic Night

Aiyoooooooooo makcik dapat jemputan ke Majlis Makan Malam bersama Dato' KP dengan tema Arabic Night, huwaaaaaaaaaaaa...

Bab2 melaram memang diakui saya gagal 100%, ada sesiapa yang boleh bantu????  Eida tolong akakkkkkk....

Naper tak guna jer tema biasa2?

Khamis, 29 November 2012

Khamis, 29 November 2012

Hepi Bday 'sokmo'...

3 tahun 3 bulan..

Inilah yang si abang & kakak 'jeles',
"setiap bulan hari lahir Alya, bukankah setahun sekali jer?" huhuhu

Nota: Sila abaikan cara Alya berpakaian, bertudung tapi nampak lengan... oh ya, sekarang ini dia suka pakai tudung kepala jika keluar rumah.

Rabu, 28 November 2012

Rabu, 28 November 2012

Bertuahnya anak..

Terkedu bila melihat muka Alya terluka, rupanya dia terjumpa mata pisau gillette kepunyaan anak teruna sulung yang berada di dalam bilik stor dan mungkin ingin 'mencukur misai' kot, sudah le siang hari tadi tergunting sikit rambut si kakak yang sedang asyik bermain congkak.

Memang tak sangka ada mata pisau di dalam bilik tu, sebelum ini Alya jarang2 masuk ke sana tapi disebabkan malam ini sessi mengemas dan mengemop rumah, justeru itu memang sengaja dibiarkan bilik itu cerah.

Keluar dari bilik air, dia meluru memeluk sambil menangis, kononnya mengadu, nasib baik sikit jer luka iaitu di atas sedikit pada bahagian bibir...

 " Adik nak ambil gambar tak??", si ibu sengaja bertanyakan soalan, ingin tau jawapan si kecil..

"Tak nak..", cepat2 jer dia alihkan pandangan ke tempat lain, tahupun malu, alahai anak..

Berjaya...

Patut le bila pakai Peplum yang dibeli online baru2 ini, rasa semacam jer, kiranya 'terseksi meksi', tak sesuai langsung dengan status diri ini sebagai isteri kepada....., seorang ibu yang telah melahirkan 5 orang anak & dot dot dot, maklumlah nampak segala bahagian 'spare tyre' yang tersembunyi dek lelemak, rupanya berat badan sudah naik sebagaimana yang diimpikan sejak bertahun lamanya. (terbalikkan, orang lain lak sibuk nak kuruskan badan..)

Idok le nanti bila teman berjumpa kawan2 di luar sana samada semasa hadiri meeting, berkursus atau bertugas luar, asyik dok kena tegur jer, "naper kurus sangat?."

Lagi satu, tempahan baju yang baru siap dijahit terasa sendat bak buah nangka yang dibalut (kini tersimpan rapi dalam kabinet, bilalah nak hantar repair..?), mulalah salahkan tukang jahit dengan alasan salah ambil ukuran,.sikitpun dapat juga 'dosa kering' sebab marahkan orang tak tentu pasal..

Apa tidaknya, jika sebelum ini BMI cuma 18.3, sekarang 20.4, 5kg naik, alhamdulillah....



Selasa, 27 November 2012

Selasa, 27 November 2012

Terbaik

Rekod terbaik dari Nuffnang, 10 BE serentak, alhamdulillah,

Pastinya kunjungan kalian banyak membantu, terima kasih teman...


Isnin, 26 November 2012

Isnin, 26 November 2012

FM Bandung

Cantik tak? 

Terima Kasih MP - SIRATAN HIDUP di atas pemberian FM dari Bandung, akak suka, comelkan...

renungan...


Ahad, 25 November 2012

Ahad, 25 November 2012

Cari Pengalaman

Seharian suntuk anak sulung kami - Syafiq dan teman2 sebaya telah bersama team katering milik ibu kepada rakan karibnya aka bekas jiran kami sebelum ini keluar daerah, alasan dia adalah untuk mencari pengalaman.

Yalah selagi sesuatu perkara masih mengikut landasan, biarlah dia belajar, lagipun cuti yang panjang ini agak jemu duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti. Sekurang2nya dia faham betapa sukarnya untuk mendapatkan sesuap nasi tanpa usaha.

Nota: Tersenyum lebar dapat upah RM50/.. hurmmmm

melempeng lagi..

Sekarang ini jam 12.40t/malam, baru jer siap masak lempeng atas permintaan anak2, paling kesiannya tadi adalah Alya, tiba2 dia berkata:- "Ummi, Adik lapar...." sambil usap perutnya. (jika tidak sebab si Alya, mungkin liat juga buat si ibu masuk ke dapur di waktu2 begini..)

Setiap kali lempeng masak, ia terus disambar dek anak2 secara bergilir, habis 1 adunan, bancuh 1 adunan lagi, akhirnya dapat 2 keping sorang barulah diam, si ibu berkongsi ngan dak Alya cuma. (Sib baik bukan zaman "batu belah batu bertangkup.." huhuhu)


Nota: Kurang pasti jam berapa dorang akan lelapkan mata nanti..dan moga jiran sebelah tidak terganggu ketenteraman dek kebisingan mereka adik beradik, maklum le suara memasing tak perlu guna pembesar suara..

Sabtu, 24 November 2012

Sabtu, 24 November 2012

Cari Perbezaan...

 Dulu...

&

Kini...
Comel tak??
Kedua2 header di atas merupakan hasil 'rekacipta terpelihara' pemilik Belog Cik Kumbang.., terima kasih banyak2 buat Cik Kumbang, kesian beliau terpaksa bekerja keras mencari idea untuk menghasilkan tempate yang cantik..

Saya suka sangat header & template ini, semua cantik, kiranya tak puas mata memandang, sesiapa nak edit blog, kena tunggu 'Iklan Tempahan Template & Header' dibuka pada bila2 masa di  LAMAN INI.

Rasa2nya buat sementara waktu, tempahan ditutup, kenapa...?? jawapannya tentulah kena tanya tuan tanah sendiri iaitu Cik Kumbang bagi mendapatkan kepastian.


Jumaat, 23 November 2012

Jumaat, 23 November 2012

Doa buat Blogger Mieya Atiera

Alhamdulillah seorang rakan blogger (kiranya pangkat anak, pangkat adikpun masih boleh lagi sbb hampir baya ngan BIL) Mieya Atiera akan melanjutkan pelajaran ke Menara Gading, esok beliau akan melaporkan diri ke UiTM Bukit Mentajam, Pulau Pinang di dalam bidang "Diploma Kejuruteraan Kimia'..

Buat Mieya Atiera, belajar rajin2, jaga diri diperantauan, kami sentiasa mendoakan kejayaan Mieya, Good Luck...

bertuahnya..

Ketika sibuk dengan aktiviti membaking dengan dibantu oleh dak Alya semalam (tugas dia tabur coklat chips di atas adunan muffin), tiba2...

Alya:  "Makcik Tini, tolong saya..." 

Alahai anak, sampai hati kamu panggil ummi dengan gelaran itu, semua ini gara2 dia terkenang panggilan oleh - Nadiah Hanim, Hazwan Hakim @ Nadhirah Hanim., Mungkin dia rindu kot pada 3 beradik iaitu kakak, Along dan Kak Chik, maklum le jika musim cuti sekolah, diorang tak datang ke rumah.

Antara kata2 lain si Alya:

"Alaa ummi, adik dah besarlah, bagilah adik basuh pinggan"

"Nak mandi, adik busuklah, cer tengok baju ni, kokor.. "(Dia tak boleh sebut huruf T) - biarpun tak sampai 1/2 jam selepas mandi.

Bila kakak & abang bergaduh, cepat2 dia memujuk: " Jangan nangis sayang..." sambil usap rambut si kakak.

Tanpa kamu, tentunya kami kesunyian...

alahai anak..

Tepat jam 12.30 t/mlm, anak2 masih lagi berada di dapur, bermula dari yang sulung, anak kedua dan akhir sekali anak dara bersama sepupu bayanya, memasing sibuk memasak mee goreng sedap  

Hendak kata malam ni tidak memasak, rasanya baru jer lepas makan nasi untuk kali yang entah ke berapa. Lagipun baru jer siapkan Muffin Coklat Moist, hurmmmmm setiap hari si ibu sibuk 'berbaking', ngalah raya pulak jadinya.

Tak tahu le perut memasing sebesar mana untuk isi makanan silih berganti...

Nota: Bagi dorang enjoy sikit pada waktu cuti persekolahan., buat jerlah anak apa2pun, janji tidak melanggar peraturan yang termaktub..

Khamis, 22 November 2012

Khamis, 22 November 2012

Rezeki berganda

Alhamdulillah sentiasa dimurahkan rezeki..

1)
Sarung Tangan Percuma pemberian Hijabul Azzwaa

2)
dan
untuk Dak Alya (Terima kasih Auntie Ieda)

Terima kasih buat kalian berdua, terharunya...

Peplum yg hot..

Gara2 entri IntaNBerlian, saya telah sambar 2 helai Peplum kaler 

Biru

dan


 Peach

serta dapat PERCUMA ini..
 
 Boleh isi Brooch, makcik xde barang kemas ok..

Sapa2 berminat boleh ke Sini

mode hepi..

Semak CPUV Nufnang semalam, 6 BE berlegar2 di laman kecilku, semakan pagi ini pula, terdapat 2 penambahan BE lagi menjadikan jumlah keseluruhannya 8 BE.

Terima kasih En. Nufnang dan teman2 semua, tanpa kunjungan kalian, tak mungkin BE akan berlegar2 di sini.


Rabu, 21 November 2012

Rabu, 21 November 2012

Layan si manja...

Seronok tengok Alya Makan

Budak Alya tak kira tangan kanan @ kiri, kedua2nya dia guna

Makan nasi diselang seli minum air, pedasss...


Makan tanpa menoleh kiri kanan..

Kegemaran sekeluarga  kecuali si ibu
Ikan Patin Masak Gulai Masam @ Masak Tempoyak

Salah satu menu apabila si ibu bercuti, jika tidak 'simple' je..

Laksa Asam @ Laksa Penang kegemaran si ibu..
Nampak ulam jer lebih.

ww

2 hari daa cuti, kononnya 'release tension', dari semalam hingga kini, banyak masa di habiskan kat dapur, kerja tak selesai juga, penat woo.. saya memang 'respect' pada 'Surirumah', anda adalah 'terbaik'..

Hubbypun kata, setiap kali isterinya ada kat rumah, azam diet dia merundum 'zero', asyik lapar jer..

Kejap lagi nak mop rumah lak.. bye..

Selasa, 20 November 2012

Selasa, 20 November 2012

renungan.....



Selamat Hari Lahir

Hari ini genap usia anak teruna kedua kami yang ke 13 tahun

 Dik Mie..

Moga kejayaan sentiasa bersamamu, belajar rajin2 tau...

Isnin, 19 November 2012

Isnin, 19 November 2012

kali pertama

 Muffin Durian

Cubaan membuat Muffin Durian,  sedap dan teksturnya gebu, resepi main campak2.. kiranya  tak membazir durian kat sudut dapur tu...

Nota: Sehari dua dok asyik keluar entri makanan jer, ia bukan bermakna laman ini sudahpun beralih arah...

Ahad, 18 November 2012

Ahad, 18 November 2012

Durian Crepe lawan Lempeng

Ketika si ibu dilanda demam durian crepe, si bapa & anak idamkan lempeng gara2 terlihat kulit durian crepe semalam.

hasilnya pada petang ini...
(bancuhan lempeng dek anak sulung - Syafiq)

Nota: Hurmmmmm susah rupanya nak penuhi selera masing2, sudah asalnya dari kampung, lempeng juga jadi pilihan hati.


Sabtu, 17 November 2012

Sabtu, 17 November 2012

Demam 'Durian Crepe' part 3

  
Taruk isi durian byk2 berbanding fresh cream
 
 free kaler..
Warna tak menarikkan, ok jer lepas le mengidam, sekurang2nya dah tahu rasa 'Durian Crepe', baunya agak wangi, mungkin akibat penggunaan tepung kastard dan  dibalut dek kulit yang nipis.

Hurmmm memang berbaloi ia dijual dengan harga mahal, harga bahan2 mentahnyapun bolehlah tahan, lagi2 jika guna durian jenis D12, musang king atau sebagainya.

'Makcik' tak sanggup meng'crepe'kan ia setiap hari, remehhhh... (bek bakar muffin @ kek,  sekaligus je masak), jujur saya katakan, saya kurang berminat nak buat kuih muih yang banyak sangat kena ikut langkah demi langkah sebab saya seorang yang simple, kiranya main campak2 jer..

Ohya, sana  sini orang dok bercerita mengenai Durian Crepe, hebat sangatkah kuih ini? hari2 dok ngidam, nak order jauh sangat, nak buat pulak whiping cream tak terjual di daerah kecil ini.

Akhirnya minta tolong auntie kat kedai menjual bahan2 bakeri order, terus rembat 3 kotak sekaligus, isnin nanti baru dapat- hurmmm xder stokpun..

Kelmarin ajak hubby keluar daerah, kononnya bawa anak makan angin, alhamdulillah terjumpa whiping cream kat TF tapi ia terjual di dalam kotak yang besar, ambik seliter jer, kemudian minta tolong hubby beli buah durian pagi tadi.

Resepinya saya ambil di laman web rakan blogger, sebenarnya kecoh mengenai resepi yang betul untuk membuat kulitnya, banyak sangat rahsia yang tersembunyi, ada yang kata ia tidak menggunakan tepung gandum langsung, jika guna tepung gandum ia palsu semata2.

Ada pula pendapat mengatakan ia menggunakan 5-7 jenis tepung yang berlainan tanpa tepung gandum, entahlah.. sayapun tak pasti yang mana satu betul, untuk cubaan pertama kali ini saya menggunakan 6 jenis tepung yang berlainan ikut resepi tersebut, pastinya tepung gandum tetap ada iaitu tepung pau & tepung naik sendiri.

Jika kalian nak berniaga & inginkan resepi yang tepat, baik berguru, bayar sikit, apa salahnya. Rasanya tak rugi sebab 'Durian Crepe' sedang dilanda fenomena.

DURIAN CREPE
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri

1 1/2 sudu besar gula castor

2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon (terlupa nak masukkan)

Bahan Filling:

Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental


Cara-caranya:



  1. Maukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
  2. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam.
  3. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata. (saya tambah sikit lagi air, kiranya adunan ini agak cair untuk menghasilkan kulit yang nipis)
  4. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
  5. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..
  6. Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe.
  7. Sudukan isi durian di atas fresh cream &  paipkan fresh cream di atas isi durian
  8. Lipat crepe ( 4 penjuru - siap...)

Credit: Resepi Cikgu Ani

Nota: Lain kali baik order je jika nak makan, itupun jika teringin sangat. (kami 3 beranak jer makan, rasanya tak berbaloi sepagi dok ngadap kerja ni tapi masuk hari kedua & ketiga, berebut le pulak, hubby kata sedap, nak buat lg agak susah sebab di sini sukar nak dapatkan fresh cream.. ).

***crepe durian lagi

Demam 'Durian Crepe' part 2


Maka terhasilnya
Lapisan kulit 'Durian Crepe' yang tersusun rapi.

Nota: Bila agaknya 'buah durian' nak gugur ni?

Demam 'Durian Crepe'

Gara-gara
 
makanan yang sedang mencetus fenomena di alam maya

maka ku capai
sebuah 'non stick frying pan' kat sebuah pasaraya

hurmmmmm.. tak sabar2 nak cuba resepi 'durian crepe', moga anganku menjadi kenyataan.

Nota: Bahan2 lain sudahpun ada cuma menanti buah durian gugur ke bahagian dapur jer.. huhuhu

Jumaat, 16 November 2012

Jumaat, 16 November 2012

Terlupa 'Punch Card'

Di dalam kekalutan akibat ketiadaan staf, hari ini terlupa pulak nak punch card, apa daa, 'makcik sudah tuakah?' Sepatutnya hari ini kerja berdua tapi sorang telah mengambil cuti kecemasan atas sebab2 peribadi (baru je dimaklumkan, huhuhu).  Anak buah yang lain awal2 lagi sudah ambil cuti panjang.

Apabila ketiadaan mereka, 'kitalah boss kitalah kuli', semua tugasan kena buat, sudah le kat depan tu dipenuhi dek tahi burung, jika tidak hari2 biasa melenggang jer, cuma perlu buat tugasan hakiki, hihihi

Hurmmm baru jer berkira2 nak bercuti sebab ada hal penting, nasib baik rajinkan diri, jika tidak alamaknya tutup le pejabat ini, kan tidak pasal2 kena buat surat tunjuk sebab pula...

Harap2 hari ini HRMIS laju, bolehlah siapkan 'markah penilaian' untuk dorang semua. Aminnnnnn...

Khamis, 15 November 2012

Khamis, 15 November 2012

Cameron Highlands Lagi (1)

Sebagaimana teman sedia maklum, ahad lepas kami ke Cameron Highlands bawa famili jalan2...
 
Masa ni mood Alya tidak begitu baik- dia baru bangun tidur, 

 
Singgah di Ladang Teh, tanah masih basah sebab baru lepas hujan

 bersama sepupunya.





Tanah becak, takut nak turun ke bawah


 
sambung daa..

rezeki lagi...

Buka jer Laman SIRATAN HIDUP, terpaku mata membaca keputusan CUTI2 & TEKA TEKI semalam:-
Alhamdulillah murah rezeki, bakal dapat 6 ketul 'Fridge Magnet' dari Bandung, terima kasih MP..

Salam Maal Hijrah buat semua...

Rabu, 14 November 2012

Rabu, 14 November 2012

Renungan



Keputusan Ga Khas Buat Peminat Fridge Magnet 2

Hingga ke saat ini, 2 orang pemenang masih belum beri maklumbalas, maka undian semula dijalankan.

Undian kali ini berpihak kepada:

7) Karisma Izzah - tidak memberi maklumbalas hingga 21/11/12 @ 7.00pm


13) AjuMohit-tidak memberikan maklumbalas hingga 21/11/12 @ 7.00pm

Sila emailkan nama & alamat ke umialeeya@gmail.com bagi pengiriman FM, tempoh yang diberikan sehingga munculnya entri baru.

Status terkini, buat Ilham Hati Aisy Nasiha, Aisy Nasiha juga layak untuk menerima FM CH sebagai pengkomen pertama entri ini. Sila hantar maklumat yang dikehendaki.

Aisy Nasiha - DONE 21/11/2012 


Selasa, 13 November 2012

Selasa, 13 November 2012

Keputusan Ga khas buat peminat fridge magnet

Berdasarkan entri ini, keputusannya ialah:
12. Blog Semanis Mama / mama_ saly a
 tiada maklumbalas hg 20/11/12 @ 12.00t/malam

DONE 19/11/12

DONE - 19/11/12


16.Mai nak cerita / Si Matatajam
tiada maklumbalas hg 20/11/12 @ 12 t/malam

Tahniah buat pemenang, sila emailkan Nama & Alamat ke umialeeya@gmail.com, tempoh yang diberikan hingga 19/11/2012 @ 11.59mlm.

Nota; Jika saya tidak menerima maklumat yang diperlukan di dalam jangkamasa tersebut, undian semula akan dijalankan, harap maklum.

Memandangkan tepat 20/11/2012 (12.00 t/malam), terdapat dua orang pemenang tidak memberikan maklumat yang dikehendaki,  maka undian semula dijalankan. Keputusannya pada entri berikut.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang