Ahad, 11 November 2012

Ahad, 11 November 2012

cari idea..

Cuti sekolah sudahpun bermula, ada juga terfikir untuk bawa anak JJCM, namun saya tidak dapat bercuti panjang dek tugasan yang sentiasa menanti.

Jika nak ikut, cuti tahunan belum berusik & cuti tahun lepaspun masih berbaki lagi, tak cukup 3 tahun, kiranya masih belum luput, cuti gantian masih ada 2 hari, standby untuk hujung tahun, itupun jika tiada sebarang masalah, kalau tidak terpaksa luput sebab ia tidak boleh di bawa ke tahun hadapan. (banyaknya BELUM..)

Mungkin boleh ambil sedikit ruang sempena cuti di hari minggu / Deepavali / Awal Muharam untuk bawa mereka bercuti.

Lagipun sekarang ini, seorang anak buah bercuti di rumah, kesian pulak dia terperuk jer di rumah  24 jam. Agak2nya kat mana ya? Cameron Highlands lagi kot!!!, untuk ke Water Park rasanya kurang sesuai sebab musim hujan begitu juga Genting Highlands. Dorang tak buka 'Taman Teman kat Luar' tu, hurmmm..

Agak2nya bagaimana pula idea kalian?

11 ulasan:

Yaya berkata...

sama la cuti thnan ngn thn lepas pn byk lagik...nk cuti pnjang x dpt sbb tuntutan keje ..haihhhh...

OKje berkata...

Legoland!!!!! he..he... ke Port Dickson relax tepi pantai!

Si Matatajam berkata...

Mai la Langkawi..hi hi..

Aisy Nasiha berkata...

Jom ikut kami ke cameron..esok

kurus berkata...

akk sya dah ke kl, klau tidak leh janji ke gambang kan kak, tapiiii ujan2 x best, sya sampai rawang nie baru ujan kak

mieya berkata...

Penuhkan masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. At least ada juga pengalaman baru untuk mereka.

IntaNBerliaN berkata...

g cameron highlands tu pun dh best kak.. :-)

BTS berkata...

selamat bercuti ...pergi lah bercuti

محمد رازيق berkata...

wwah, selamat bercuti. ni cuti-cuti malaysia ni. hehe

Unknown berkata...

slmt bercuti..g CH..

Puan Kutu berkata...

akk macam selalu je pergi cameron.mai la jalan2 kt belah utara ni plak..:)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang