Hujung September, bujang junior mengadu, kasut sukannya sudah rosak, suruh beli di sana dari sehari ke sehari tapi tidak dibelinya, resahnya saya di sini maklumlah aktivitinya amat padat dan lasak, kasut sukan antara keperluan yang paling penting sepanjang tempoh pembelajaran di sana.
Sampai terkeluar sudah ibu jari kakinya.
Akhirnya minggu lepas, selepas menghadiri mesyuarat di negeri, saya ambil peluang mencari kasut sukan untuknya, masalah utama risau jika ia tidak muat nanti maklumlah kakinya panjang dan lebar. Kalah kaki bapa dan abang sulungnya.
Agak2 muat ke tidak?
Itulah yang bermain difikiran ini, nak tukar sememangnya tidak boleh dah sebab jarak yang jauh dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke sana.
Sebaik terima bungkusan, terus dicuba, Alhamdulillah sesuai dengan kakinya.
Selepas kasut, telefon pula rosak gara2 terjatuh ke dalam tandas, patutlah beberapa hari juga tidak dapat dihubungi, resah gelisah kami di sini. Nak baiki kosnya mencecah hampir RM300, lebih baik beli baru.
Transfer duit untuk dia belikan telefon baru di sana, selebihnya menggunakan duit elaun tertunggak yang baru diperolehi.
Tersenyum lebar dapat yang baru.
Salah satu menu tengahari.
Ringkas makanan bujang junior di sana, beli bungkus dan bawa balik makan di bilik, kemudian ditambah dengan stok sambal hitam dan serunding daging/ayam yang saya pos sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah rezeki Nak...
Sepanjang dia berada jauh dari kami, ada sahaja rezeki masuk untuk dia, jika hari minggu, dia akan keluar membeli makanan jauh dari kampus, pinjam motor abang senior, kadang2 makcik yang menjual makanan di pinggir jalan tidak mengambil duit jika dia singgah membeli.
Naluri seorang ibu sememangnya gitu, bersedekah untuk anak2 sementelah lagi diketahui mereka jauh dari keluarga.
Semoga rezeki mereka yang memberi sentiasa dimurahkan olehNya, aamiin.
Pssttt: Baru berkira2 duit perbelanjaan bulanan yang dikhaskan untuk dia, saya nak simpan 100% sementara dia dapat elaun bulanan, cuma topup sikit2 jika tak cukup, rupanya rezeki dia juga duit tu, bak kata pepatah, jika sudah rezeki tidak ke mana... 😀













































