Hujung September, bujang junior mengadu, kasut sukannya sudah rosak, suruh beli di sana dari sehari ke sehari tapi tidak dibelinya, resahnya saya di sini maklumlah aktivitinya amat padat dan lasak, kasut sukan antara keperluan yang paling penting sepanjang tempoh pembelajaran di sana.
Sampai terkeluar sudah ibu jari kakinya.
Akhirnya minggu lepas, selepas menghadiri mesyuarat di negeri, saya ambil peluang mencari kasut sukan untuknya, masalah utama risau jika ia tidak muat nanti maklumlah kakinya panjang dan lebar. Kalah kaki bapa dan abang sulungnya.
Agak2 muat ke tidak?
Itulah yang bermain difikiran ini, nak tukar sememangnya tidak boleh dah sebab jarak yang jauh dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke sana.
Sebaik terima bungkusan, terus dicuba, Alhamdulillah sesuai dengan kakinya.
Selepas kasut, telefon pula rosak gara2 terjatuh ke dalam tandas, patutlah beberapa hari juga tidak dapat dihubungi, resah gelisah kami di sini. Nak baiki kosnya mencecah hampir RM300, lebih baik beli baru.
Transfer duit untuk dia belikan telefon baru di sana, selebihnya menggunakan duit elaun tertunggak yang baru diperolehi.
Tersenyum lebar dapat yang baru.
Salah satu menu tengahari.
Ringkas makanan bujang junior di sana, beli bungkus dan bawa balik makan di bilik, kemudian ditambah dengan stok sambal hitam dan serunding daging/ayam yang saya pos sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah rezeki Nak...
Sepanjang dia berada jauh dari kami, ada sahaja rezeki masuk untuk dia, jika hari minggu, dia akan keluar membeli makanan jauh dari kampus, pinjam motor abang senior, kadang2 makcik yang menjual makanan di pinggir jalan tidak mengambil duit jika dia singgah membeli.
Naluri seorang ibu sememangnya gitu, bersedekah untuk anak2 sementelah lagi diketahui mereka jauh dari keluarga.
Semoga rezeki mereka yang memberi sentiasa dimurahkan olehNya, aamiin.
Pssttt: Baru berkira2 duit perbelanjaan bulanan yang dikhaskan untuk dia, saya nak simpan 100% sementara dia dapat elaun bulanan, cuma topup sikit2 jika tak cukup, rupanya rezeki dia juga duit tu, bak kata pepatah, jika sudah rezeki tidak ke mana... 😀















29 ulasan:
Kesiannya..begitu ketara jimat sangat bertuah dapat anak lelaki seperti dia Umi..
Rezeki bujang junior dpt kasut dan enpon baru, dpt juga elaun tertunggak, tu rezeki bertimpa2 tu, 😁😁 Alhamdulillah.
Dpt pulak makan sambal itam air tgn mak sendiri, cukup dah tu.
Yalah UA kalau anak ada masalah kita yg jauh ni risau sngt2 kan.Syukurlah muat kasut yang dihantar tu,lega kan.
Betul tu akak kalau ank tak wasap/ tepon beberapa hari pasti tertanya2...Alhamdulillah semua dh selesai.
Alhamdulillah. Ada rezeki dapat kasut dan handpone baru. Orang kata anak-anak ni rezeki. Walau ujian menimpa, pasti ada bahagian untuk mereka. Hati seorang ibu memang begitu kan. Setiap masa risaukan anak-anak. Semoga anak kak sentiasa dilindungi dan habis belajar dengan berjaya.
Tidak juga Cikgu Etuza, masa ni dia tengah kemaruk sambal hitam & serunding daging / ayam yang baru diterima, jika tak, 2-3 jenis lauk diambilnya..
Alhamdulillah NA, ada sahaja rezeki dia di sana.
Setuju dengan kak saniah, resah gelisah jika tiada perkhabaran, jika dekat xder masalah.. boleh g jenguk.
Terima kasih Dr Ain, moga dia dilindungi dan berjaya, aamiin..
Pilihan ibu itu yg terbaik ...
Tu agaknya dia tak mau beli sendiri kasut tu geng. Ke jauh kot nak keluar ke pekan....
Semua yg berlaku ada hikmahnya, hp jatuh toilet hikmahnya dpt hp baru. Aduhailah anak..... Hari tu anak kita laptop kena kencing kucing sudahnya beli baru jugak.
Gitulah geng, asam garam jadi mak ayah ni
Anak emak memang gitu geng. semua nak kita yang pilihkan..
Nak kata jauh, rasanya tak le jauh sangat, diapun sering keluar dengan kawan2nya , lagi satu, tempat dia ada pasaraya dan lain2 kemudahan, maklumlah bandar sedang membangun.
Alahaiiii kucingpun, xder tempat lain ke nak membuangnya.
Bagusnya anak kak Tini. Comel je. Harap saya pun boleh jadi ibu yang boleh didik anak macam akak.
Lynd.. rindunya kat awak.. (padahal setiap hari baca status awak dlm fb, hi3)
Aamiiin, semua ibu inginkan yang terbaik buat anak2...
Sebagai ibu bapa yg prihatin, kita sudah tentu ingin memberikan yg terbaik kpd anak2 kita.
Kalau kita perhatikan byk anak2 terabai, sebab ibu bapa tak ambil peduli anak mereka...dgn mengirim duit yang seciput, cuti tidak dijenguk, balik tidak dijemput, pandai2 lah anak tu nak hidup...saya sentiasa perhatikan kawan2 anak saya, kebanyakannya yang ibu bapa ada masalah penceraian, dan jenis ibu bapa yang lepas tangan.
Tahniah UA yang menjadi ibu yang sangat ambil berat akan anak bujangnya itu.
Terima kasih Cikgu Mat Som
Insya Allah kami cuba berikan yang terbaik buat anak2.
Merekalah aset yang tak ternilai kurniaan Yang Maha Esa..
Alhamdulillah..
Semua urusan dipermudahkan.
Hati nurani mak macam tu..
CH ni mujur asrama nya dekat boleh di jengok..
Pastu baru tahu masalahnya..
Duitnya hilang dicuri kawan..
Sebab tu tak dpt telefon mama..
Jadi tahu penyebabnya.
Alhamdulillah CH, semua dipermudahkan..
Hati ibu mesti utamakan anak walau apa pun alasan.. Kan..
Dah folo google acc. Hrp dpt folo semula. Support ya nk blogging blk. Huhu
MH..
Betul tu..
Hp ni kalau dah repair pun biasanya aoa yg dlm tu gambar, video semua tak dapat balik semula. Itu yg elok beli baru.
Jadi emak begitulahkan UA. Selalu aje tak sampai hati kalau ada apa-apa yang melibatkan anak-anak. Kalau disuruh membeli tu memang lamalah jawabnya. Tapi kalau kita yang beli, bukan main gembira. Saya dulu pun macam tu juga. Nak keluar duit sendiri sayang bukan main tapi kalau bapa yang beli, I lap u lah, bapak ^_^
Adam, akak setuju, jika baikipun belum tentu elok..
MD..
Fakta yang tepat.. 😀
Anak gembira.. Kita pun Rasa happy Kan. Kesian anak kalau Ada yg berkurangan takut effect pd konsentrasi dia
alhamdulillah, rezeki juga tu untuk anak
Mamapp.. Setuju tu.. 😄
Raihanah, Alhamdulillah
Setuju dgn komen Cikgu Mat Som tu. Malang bagi anak2 yg diabai oleh ibu bapa. Nauzubillahiminzalik. Moga kita jadikan sbg sempadan dan beri yg terbaik buat ank3 kita.
Hp klo rosak..mmg kna beli jgk..sbb dh jd keperluan skrang.. Lg2 duk jauh..nk bhubung kan..
Rezeki anak..alhamdulillah
Kalau HP rosak memang payah lah... risau kalau tak dapat nak berhubung, jauhkan.
Catat Ulasan