Memaparkan catatan dengan label ipg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ipg. Papar semua catatan

Isnin, 23 Oktober 2017

Isnin, 23 Oktober 2017

Hati seorang ibu

Hujung September,  bujang junior mengadu,  kasut sukannya sudah rosak,  suruh beli di sana dari sehari ke sehari tapi tidak dibelinya, resahnya saya di sini maklumlah aktivitinya amat padat dan lasak, kasut sukan antara keperluan yang paling penting sepanjang tempoh pembelajaran di sana.
Sampai terkeluar sudah ibu jari kakinya. 

Akhirnya minggu lepas,  selepas menghadiri mesyuarat di negeri,  saya ambil peluang mencari kasut sukan untuknya,  masalah utama risau jika ia tidak muat nanti maklumlah kakinya panjang dan lebar. Kalah kaki bapa dan abang sulungnya.
Agak2 muat ke tidak? 

Itulah yang bermain difikiran ini, nak tukar sememangnya tidak boleh dah sebab jarak yang jauh dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke sana.

Sebaik terima bungkusan,   terus dicuba,  Alhamdulillah sesuai dengan kakinya. 


Selepas kasut,  telefon pula rosak gara2 terjatuh ke dalam tandas,  patutlah beberapa hari juga tidak dapat dihubungi,  resah gelisah kami di sini. Nak baiki kosnya mencecah hampir RM300, lebih baik beli baru. 

Transfer duit untuk dia belikan telefon baru di sana, selebihnya menggunakan duit elaun tertunggak yang baru diperolehi. 
Tersenyum lebar dapat yang baru.

Salah satu menu tengahari.

Ringkas makanan bujang junior di sana,  beli bungkus dan bawa balik makan di bilik,  kemudian ditambah dengan stok sambal hitam dan serunding daging/ayam yang saya pos sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah rezeki Nak...

Sepanjang dia berada jauh dari kami,  ada sahaja rezeki masuk untuk dia,  jika hari minggu,  dia akan keluar membeli makanan jauh dari kampus,  pinjam motor abang senior,  kadang2 makcik yang menjual makanan di pinggir jalan  tidak mengambil duit jika dia singgah membeli.

Naluri seorang ibu sememangnya gitu,  bersedekah untuk anak2 sementelah lagi diketahui  mereka jauh dari keluarga. 

Semoga rezeki mereka yang memberi sentiasa dimurahkan olehNya,  aamiin. 

Pssttt: Baru berkira2 duit perbelanjaan bulanan yang dikhaskan untuk dia, saya nak simpan 100% sementara dia dapat elaun bulanan, cuma topup sikit2 jika tak cukup, rupanya rezeki dia juga duit tu, bak kata pepatah, jika sudah rezeki tidak ke mana...  😀

Isnin, 15 Mei 2017

Isnin, 15 Mei 2017

Debaran Kian Terasa

Umum ramai yang tahu, keputusan UPU keluar pada hari ini, Alhamdulillah bujang junior berjaya perolehi tawaran mengikuti pengajian "Diploma Pentadbiran Awam", pilihan pertamanya semasa mengisi permohonan UPU tempohari dengan bantuan si ibu.

Paling utama, ia berdekatan dengan tempat tinggal, kiranya tidak perlu keluar jauh2 dan sewa homestay bagai jika ingin melawatnya, lagipun si dia adalah "Anak Emak", kami tidak pernah berpisah dan berjauhan, setakat 2-3 hari biasalah jika si ibu bekerja luar.

"Dialah penawar, dialah racun", kami sering berselisih pendapat dek peel kami 2 beranak agak berbeza, si ibu seorang yang 'gila2' sikit, yalah sementara sisa2 hidup masih ada, suka menyakat anak2, dia pula seorang yang serius 24 jam, langsung tak boleh dicuit, hu3.

Awalnya di lema antara F6, UiTM dan IPG (jika berjaya), setelah 2 minggu lalui minggu suai kenal, minatnya untuk belajar di sekolah asal berkobar2, lagipun ia dekat dengan keluarga, setiap hari dapat jumpa ibu dan kami boleh gaduh2 manja (kan saya dah kata, dia tu anak emak..), apa2pun biarlah diri sendiri buat pilihan sebab yang nak belajar adalah dia, bukannya kami, kita sebagai ibubapa cuma bagi pandangan sahaja.

Lapor diri 22/05/2017 (Isnin)

Sementara itu, debaran kami mengenai status "Temuduga Program Ijazah Muda Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017" masih di awang2an, sepatutnya ia dibuka untuk semakan pada hari ini juga @ jam 5petang, malangnya hingga saat dan ketika ini masih ditutup, sabarlah duhai hati.

Paling merisaukan jika tarikhnya bertindih dengan hari pendaftaran ke UiTM walaupun hakikatnya peluang ke IPG amat tipis, prinsip kami -jangan mengalah sebelum berjuang', sekurang2nya ia boleh dijadikan pengalaman paling berharga.

Abang sulung pula amat berharap adik mengikuti jejaknya, Insya Allah jika ada rezeki, aamiin, kita rebut apa2 peluang yang ada.. ~_^


Senarai semak
  • Surat tawaran - 4 salinan (siap)
  • Gambar pasport 8 keping (siap)
  • Borang A- Pendaftaran Pelajar Baru (siap)
  • Borang B- Borang Maklumat Pelajar Baharu bertampal gambar (siap)
  • Bil Bayaran Yuran Pelajar yang telah dijelaskan - RM743.00 (siap) 
  • Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa - asal dan salinan (siap)
  • Sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa - asal dan salinan (siap)
  • Sijil SPM - asal dan salinan (siap)
  • Borang D-Borang pengesahan pendapatan / slip gaji (siap)
  • Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan filem x-ray (siap)
Lain2..
  • Buka akaun Bank Islam (siap) 
  • Kelengkapan asrama - cadar bujang/bantal & sarung, selimut (siap)
  • Baju kemeja /seluar slack/seluar track/pakaian harian (siap)
  • Kasut kulit hitam/kasut sukan/stokin/tuala mandi/selipar harian (siap) 
  • Kemeja putih (siap) 
  • Baldi/hanger/selipar jepun/sabun basuh (siap)
  • Keperluan diri (siap)
  • Makanan ringan dan minuman (siap)
  • Packing kain baju (siap)
  • Baju tshirt putih berkolar,  list tamb .(siap) 
List untuk interview ipg..  
  • Pakaian rasmi (siap) 
  • Track buttom, t'shirt putih berkolar,  kasut sukan/stokin putih ( untuk ujian amali) -siap
  • Sijil, k/p, surat beranak dll serta salinan (siap dan ada pengesahan)
  • Booking hotel ( siap) 
  • Surat permohonan pelepasan sementara UiTM untuk hadiri temuduga  (siap, mendapat kelulusan dekan 22/5)) 

Nota: Abang sulung pula amat berharap adik mengikuti jejaknya, Insya Allah jika ada rezeki, aamiin, kita rebut apa2 peluang yang ada.. ~_^

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang