Isnin, 15 Mei 2017

Isnin, 15 Mei 2017

Debaran Kian Terasa

Umum ramai yang tahu, keputusan UPU keluar pada hari ini, Alhamdulillah bujang junior berjaya perolehi tawaran mengikuti pengajian "Diploma Pentadbiran Awam", pilihan pertamanya semasa mengisi permohonan UPU tempohari dengan bantuan si ibu.

Paling utama, ia berdekatan dengan tempat tinggal, kiranya tidak perlu keluar jauh2 dan sewa homestay bagai jika ingin melawatnya, lagipun si dia adalah "Anak Emak", kami tidak pernah berpisah dan berjauhan, setakat 2-3 hari biasalah jika si ibu bekerja luar.

"Dialah penawar, dialah racun", kami sering berselisih pendapat dek peel kami 2 beranak agak berbeza, si ibu seorang yang 'gila2' sikit, yalah sementara sisa2 hidup masih ada, suka menyakat anak2, dia pula seorang yang serius 24 jam, langsung tak boleh dicuit, hu3.

Awalnya di lema antara F6, UiTM dan IPG (jika berjaya), setelah 2 minggu lalui minggu suai kenal, minatnya untuk belajar di sekolah asal berkobar2, lagipun ia dekat dengan keluarga, setiap hari dapat jumpa ibu dan kami boleh gaduh2 manja (kan saya dah kata, dia tu anak emak..), apa2pun biarlah diri sendiri buat pilihan sebab yang nak belajar adalah dia, bukannya kami, kita sebagai ibubapa cuma bagi pandangan sahaja.

Lapor diri 22/05/2017 (Isnin)

Sementara itu, debaran kami mengenai status "Temuduga Program Ijazah Muda Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017" masih di awang2an, sepatutnya ia dibuka untuk semakan pada hari ini juga @ jam 5petang, malangnya hingga saat dan ketika ini masih ditutup, sabarlah duhai hati.

Paling merisaukan jika tarikhnya bertindih dengan hari pendaftaran ke UiTM walaupun hakikatnya peluang ke IPG amat tipis, prinsip kami -jangan mengalah sebelum berjuang', sekurang2nya ia boleh dijadikan pengalaman paling berharga.

Abang sulung pula amat berharap adik mengikuti jejaknya, Insya Allah jika ada rezeki, aamiin, kita rebut apa2 peluang yang ada.. ~_^


Senarai semak
  • Surat tawaran - 4 salinan (siap)
  • Gambar pasport 8 keping (siap)
  • Borang A- Pendaftaran Pelajar Baru (siap)
  • Borang B- Borang Maklumat Pelajar Baharu bertampal gambar (siap)
  • Bil Bayaran Yuran Pelajar yang telah dijelaskan - RM743.00 (siap) 
  • Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa - asal dan salinan (siap)
  • Sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa - asal dan salinan (siap)
  • Sijil SPM - asal dan salinan (siap)
  • Borang D-Borang pengesahan pendapatan / slip gaji (siap)
  • Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan filem x-ray (siap)
Lain2..
  • Buka akaun Bank Islam (siap) 
  • Kelengkapan asrama - cadar bujang/bantal & sarung, selimut (siap)
  • Baju kemeja /seluar slack/seluar track/pakaian harian (siap)
  • Kasut kulit hitam/kasut sukan/stokin/tuala mandi/selipar harian (siap) 
  • Kemeja putih (siap) 
  • Baldi/hanger/selipar jepun/sabun basuh (siap)
  • Keperluan diri (siap)
  • Makanan ringan dan minuman (siap)
  • Packing kain baju (siap)
  • Baju tshirt putih berkolar,  list tamb .(siap) 
List untuk interview ipg..  
  • Pakaian rasmi (siap) 
  • Track buttom, t'shirt putih berkolar,  kasut sukan/stokin putih ( untuk ujian amali) -siap
  • Sijil, k/p, surat beranak dll serta salinan (siap dan ada pengesahan)
  • Booking hotel ( siap) 
  • Surat permohonan pelepasan sementara UiTM untuk hadiri temuduga  (siap, mendapat kelulusan dekan 22/5)) 

Nota: Abang sulung pula amat berharap adik mengikuti jejaknya, Insya Allah jika ada rezeki, aamiin, kita rebut apa2 peluang yang ada.. ~_^

19 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

In shaa Allah mana yg terbaik jadi rezeki, istikharah.

Etuza berkata...

Tahniah ya..
anak ke berapa ni Umi..
anak saya dapat temuduga SPA, apapun mana2 dahulu tawaran kat U bagus pilih masuk U. Mana gambar anak bujang tu..share lah ..hehehe

Etuza berkata...

Mood anak saya lebih ke menara gading ..semoga Allah rahmati dia dan anak2 blogger lain..

Umialya berkata...

Terima kasih NA

Cikgu Etuza
Owhhhhhhh mana2 jer Cikgu, kita ikut rentak anak, jangan dipaksa.

Anak bujang saya no.2..
Insya Allah dia ke U dulu, minggu ni kena siapkan semua tu, ibunya agak semput nak siapkan semuanya, sementara waktu dia teruskan f6 hingga hujung minggu ini.

OKje berkata...

Tahniah geng....
Nampaknya kita sama sama sebok menyediakan keperluan anaklah sekarang ni ek hihi...

Tengok list banyak yg dah siap tu...legalah kan.
Kita banyak lagi yg tak siap ni. Homestay pun belum booking lagi .....

Umialya berkata...

Yalah geng, dah mula rasa penat ni, ptg td kuar lagi tambah beberapa helai seluar slack/track/pakaian harian, biar lebih sikit, mana tau x sempat nak basuh.

LYAfrina berkata...

Alhamdulillah..tahniah..
Smoga dipermudahkan sgala urusan.
Slps SPM , ni la dilema yang menghantui untuk membuat pilihan haluan.. In shaa allah, apa y dipilih tu semestinya y terbaik..


Bab nyakat tu sama mcm lya.. Haha..suka sakat fasya. Kdg smpai mngis sbb kna sakat😂

insan marhaen berkata...

tak seperti saya, lebih suka anak belajar jauh-jauh.

anak sulong belajar KL. anak ke dua saya minta ke ngeri sembilan tapi tak berjaya...

bukan apa, inilah peluang untuk saya berjalan sambil tengok tengok anak

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Dah ada yg besar rupa2nya anak Umi.
Moga beliau terus cemerlang!.

Umialya berkata...

Lya, sonokkan menyakat dorang...

Umialya berkata...

IM
Sama dgn suami saya.

Letihlah nak jalan jauh, seorg dah di utara, penat nak menghantar dan mengambil, itu jika boleh biar no. 2 ni dekat, x pening fikir nak pergi ke arah mana, nak2 di musim raya.

Umialya berkata...

Sam..
Ha'aaa Alya seorang kecik, 3 beradik dah remaja ^_^

saniahibrahim berkata...

Assalam...akhirnya dapat juga akak terjah blog UA,selalu sembang kat WA je kan...
Tahniah....mana2 yang dapat menyambung pelajaran itulah rezeki mereka,terbaik buat mereka.Moga 'anak mak' akan tabah hadapi hari2 bergelar siswa kelak.

Mummydearie berkata...

Oh, itulah sebabnya berkelana di KL hari ni ya ^_^ Tak kisahlah UA mana perginya janji dia suka apa yang dipelajarinya. Tapi kalau saya ni emaknya, memang punlah nak anak biar dekat dengan kita. Kalau boleh ikut anak, nak juga ikut sekali. Hahaha!

Umialya berkata...

W. Salam kak saniah..

Hi3, xperlah kita beramah mesra melalui whatsapps dulu, baru blog..

Terima kasih kak ya..

Umialya berkata...

MD..
Itulah, jnji nak wt kejutan, tunggu punya tunggu, xderpn.. ha3

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Alhamdulillah ..
Semua dah disiapkan..
Semoga sibujang terus cemerlang..

OKje berkata...

Sebok bertadarus ke geng?

mamapp berkata...

Tahniah untuk anak bujang akak. Serious orgnya ye. Xpe lah bagus juga org serious ni

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang