Umum ramai yang tahu, keputusan UPU keluar pada hari ini, Alhamdulillah bujang junior berjaya perolehi tawaran mengikuti pengajian "Diploma Pentadbiran Awam", pilihan pertamanya semasa mengisi permohonan UPU tempohari dengan bantuan si ibu.
Paling utama, ia berdekatan dengan tempat tinggal, kiranya tidak perlu keluar jauh2 dan sewa homestay bagai jika ingin melawatnya, lagipun si dia adalah "Anak Emak", kami tidak pernah berpisah dan berjauhan, setakat 2-3 hari biasalah jika si ibu bekerja luar.
"Dialah penawar, dialah racun", kami sering berselisih pendapat dek peel kami 2 beranak agak berbeza, si ibu seorang yang 'gila2' sikit, yalah sementara sisa2 hidup masih ada, suka menyakat anak2, dia pula seorang yang serius 24 jam, langsung tak boleh dicuit, hu3.
Awalnya di lema antara F6, UiTM dan IPG (jika berjaya), setelah 2 minggu lalui minggu suai kenal, minatnya untuk belajar di sekolah asal berkobar2, lagipun ia dekat dengan keluarga, setiap hari dapat jumpa ibu dan kami boleh gaduh2 manja (kan saya dah kata, dia tu anak emak..), apa2pun biarlah diri sendiri buat pilihan sebab yang nak belajar adalah dia, bukannya kami, kita sebagai ibubapa cuma bagi pandangan sahaja.
Lapor diri 22/05/2017 (Isnin)
Sementara itu, debaran kami mengenai status "Temuduga Program Ijazah Muda Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017" masih di awang2an, sepatutnya ia dibuka untuk semakan pada hari ini juga @ jam 5petang, malangnya hingga saat dan ketika ini masih ditutup, sabarlah duhai hati.
Paling merisaukan jika tarikhnya bertindih dengan hari pendaftaran ke UiTM walaupun hakikatnya peluang ke IPG amat tipis, prinsip kami -jangan mengalah sebelum berjuang', sekurang2nya ia boleh dijadikan pengalaman paling berharga.
Abang sulung pula amat berharap adik mengikuti jejaknya, Insya Allah jika ada rezeki, aamiin, kita rebut apa2 peluang yang ada.. ~_^
Senarai semak
- Surat tawaran - 4 salinan (siap)
- Gambar pasport 8 keping (siap)
- Borang A- Pendaftaran Pelajar Baru (siap)
- Borang B- Borang Maklumat Pelajar Baharu bertampal gambar (siap)
- Bil Bayaran Yuran Pelajar yang telah dijelaskan - RM743.00 (siap)
- Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa - asal dan salinan (siap)
- Sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa - asal dan salinan (siap)
- Sijil SPM - asal dan salinan (siap)
- Borang D-Borang pengesahan pendapatan / slip gaji (siap)
- Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan filem x-ray (siap)
Lain2..
- Buka akaun Bank Islam (siap)
- Kelengkapan asrama - cadar bujang/bantal & sarung, selimut (siap)
- Baju kemeja /seluar slack/seluar track/pakaian harian (siap)
- Kasut kulit hitam/kasut sukan/stokin/tuala mandi/selipar harian (siap)
- Kemeja putih (siap)
- Baldi/hanger/selipar jepun/sabun basuh (siap)
- Keperluan diri (siap)
- Makanan ringan dan minuman (siap)
- Packing kain baju (siap)
- Baju tshirt putih berkolar, list tamb .(siap)
List untuk interview ipg..
- Pakaian rasmi (siap)
- Track buttom, t'shirt putih berkolar, kasut sukan/stokin putih ( untuk ujian amali) -siap
- Sijil, k/p, surat beranak dll serta salinan (siap dan ada pengesahan)
- Booking hotel ( siap)
- Surat permohonan pelepasan sementara UiTM untuk hadiri temuduga (siap, mendapat kelulusan dekan 22/5))
Nota: Abang sulung pula amat berharap adik mengikuti jejaknya, Insya Allah jika ada rezeki, aamiin, kita rebut apa2 peluang yang ada.. ~_^









