Rabu, 30 Disember 2020

Rabu, 30 Disember 2020

Tugasan Fail Log Pandu Puteri

Ketika rakan2 berehat sempena cuti sekolah,  Alya dan beberapa orang rakannya tetap ke sekolah siapkan tugasan Pandu Puteri untuk dapatkan Sijil Peringkat Kebangsaan. 

Seawal pagi, dia siapkan bahan2 mentah untuk aktiviti memasak di sekolah.

Persediaan untuk memasak

Menu 1 - Memasak nasi

Bukan kaleng2 orang sekarang ini menggunakan dapur gas. 😁


Menu 2 - Sayur Kangkung Goreng

Menu 3 - Sambal telur 

Tahniah sayang umi,  si bongsu tetapi boleh berdikari,  hari ni kami tiada tapi dia boleh handle kesemua ini tanpa bantuan kami.

Nama : Nur Alya Afiqah
Tarikh dilantik: 3 April 2019
Hobi :  Memasak
Cita² :  Doktor Haiwan
Sebab menjadi ahli Pandu Puteri : dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan lebih berdisiplin
Jawatan yang dipegang :
2019 - Penolong Ketua Kumpulan
2020 - Penolong Ketua Kumpulan

Apa2pun kami sebagai ibu bapa pasti menyokong dibelakang kamu.. 

Rabu, 23 Disember 2020

Rabu, 23 Disember 2020

Cubaan gagalkan kejutan menjadi..

Kesian anak buah dan anak2,  dorang plan nak buatkan surprise untuk uminya tapi gagal, awal2 pagi lagi kami ke Vet mandulkan seekor kucing betina yang di dalam jagaan kami. 

Status kawan tanpa disengajakan telah membantu,  terima kasih Along.. 😆

Terima kasih Pikah,  salah seorang anak buah yang manja. 

Cubaan buat kejutan,  malanglah Cik tiada di rumah dan wakilkan Dik Mi untuk ambilkan,  ha3

Diaorang adik beradik berkongsi kutipan dan  diketuai oleh Alya (tukang order), kad ucapan adalah idea anak bongsu umi juga, sepanjang malam dia siapkan.

Terima kasih semua atas surprise ini,   kerjasama dari mereka adik beradik,   anak bujang nun di sana di bantu oleh adik2nya.

Kek pisang homemade

Sejak 2 menjak ni rajin pula membaking.. 

Rujukan anak2 umi..  
i) 
Mentega/Margerin 250gm
Gula Caster 200gm

ii)  Telur gred A 4 biji @ gred B 5 biji
Esen vanila/perasa pisang 1 camca kecil

iii) Tepung + 1 camca baking powder @ tepung naik sendiri 250gm
Pisang 2-3 biji (lenyek) 
Susu segar/cair 2 @ 3 sudu

Bakar 170`c 30 - 45 minit,  bergantung oven masing2, api atas bawah. 

Nota: Tidak suka masuk soda bikarbonat sebab merubah rasa dan menjemukan. 

Jumaat, 18 Disember 2020

Jumaat, 18 Disember 2020

Selamat hari lahir

 Beli kek gabungkan hari lahir kami anak beranak, maklumlah kena berjimat kos..

Antara hidangan yang ditempah, ia untuk hiburkan hati anak2, maklumlah cuti panjang tapi berkurung di rumah, kejutan demi kejutan semalam selagi tak tamat detik 12 t/mlm..

17/12/2020 hari lahir anak gadis sulung kami yang ke 19 tahun, dah besar semuanya anak2 umi..

Selamat hari lahir untuk anak2 umi, moga kejayaan menjadi milik kalian, aamiin...




Jumaat, 11 Disember 2020

Jumaat, 11 Disember 2020

Usaha tangga kejayaan

Alhamdulillah berkat doa dan usaha gigih anak cilik umi.

Disaat orang lain cuti sekolah dan belajar dari rumah, dia tetap ulang alik ke sekolah setiap hari untuk siapkan tugasan yang diberi bersama guru penyelaras dan rakan2.

Sebelah petang pula belajar online kelas agama dan malam waktu untuk siapkan kerja2 sekolah yang dibekalkan setiap minggu.

Kiranya masa cuti, jadualnya tetap terisi padat, belum dikira lagi membantu umi uruskan anak2 bulus seramai 26 ekor.


Jumaat, 13 November 2020

Jumaat, 13 November 2020

Tempoh Kuarantin 2 minggu..

Alhamdulillah si bujang telah menamatkan tugasannya di Tawau, Sabah. 

Sebaik tiba ke KLIA,  terus di bawa ke tempat penginapan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu, setiap seorang diberi bilik berasingan. 


Makan minum disediakan 3 kali sehari,  gayanya tempoh 2 minggu adalah sessi mengemukkan badan, nasib awaklah anak,  sikit hari lagi bakal mewarisi gen bapanya, hu3

Nikmat apa lagi harus didustai.. 

Nota: Esok pula nak ambil adiknya di KLIA2, bujang junior dapat pelepasan balik dari Sarawak, petang nanti perlu ke Balai Polis untuk dapatkan permit perjalanan, harap2 diluluskan. 

Semalam dah pergi tapi tak berjaya, perlu mohon dalam tempoh 24 jam dan berpakaian rasmi lengkap, lelaki - baju kerkolar dan berkasut) 

Akhirnya... 
 
Agak2 nak kuarantinkan dia di mana?  😁

Isnin, 19 Oktober 2020

Isnin, 19 Oktober 2020

Ingatan dari rakan blogger

Terharunya awak,  walaupun kita cuma blogger suam2 kuku tapi tetap diingatan.. 

Beg dari Mekah untuk Alya dan... 

Sambal Rozelle

Serius sedap, sudah habispun, rasanya setanding Sambal Pahang,  awak dah boleh ambil tempahan Sambal Rozelle,  pasti banyak permintaan..

Ingatan ikhlas dari NA, terima kasih sahabat,  walaupun kami hanya kenal di alamaya,  tetap erat gitu,  moga persahabatan kita berpanjangan, aamiin..  

Ahad, 11 Oktober 2020

Ahad, 11 Oktober 2020

Doa dari kejauhan


Demi Agama,  Bangsa dan Negara,  tunaikan amanah yang diberi. 

Moga Abang baik2 sahaja di sana. 

#SabahNegeridiBawahBayu #YaAllahjagakandiauntukku #Frontliners #CegahCovid


Simpan sebagai kenangan.. 








Ahad, 13 September 2020

Ahad, 13 September 2020

Hobi baru sejak 2 tahun lepas

Ciki, asal Batu Cave

Mok Mel @ Me'ah 
Kucing pertama yang mengajar kami erti kasih sayang tak bertepi.

Chacha
Ibunya asal straycats, menumpang beranak di rumah dan sebaik anak2 seramai 3 ekor berusia 2 bulan dan pandai makan, ditinggalkan mereka dalam jagaan kami.

Bermula dengan seekor ibu dan 6 ekor anak, sekarang ini sudah menjangkau 20 ekor, ummi kamu sudah reti kutip straycats terbiar, rawat dan jaga sebaiknya. 😃

Bila bercakap bab rezeki, alhamdulillah rasanya sama dengan sebelum ada budak2 ni, Allah sentiasa murahkan rezeki untuk kami..



Nota: Hati terpikat lagi dengan adik beradik Ciki dan Memey dari Batu Cave, sabarlah duhai hati..🤗

Salah satu dari 5 beradik yang masih berada di dalam jagaan Bondanya..

Akhirnya, 




Khamis, 3 September 2020

Khamis, 3 September 2020

Ragam anak


Alhamdulillah rezeki saya dapat anak2 yang baik, masing2 ada kelebihan dan kelemahan.

Alya sangat memahami dan cepat matang, dia banyak berfikir jauh ke depan walaupun masih dikategori kanak2 pra remaja.

Contoh jika dia ingin makan sesuatu yang digemari, sebelum makan dia akan bertanya, umi dah makan belum? Jika jawapan belum, dia akan cari alasan, sudah kenyang atau ambil sedikit, selebihnya hulur kepada uminya.

Bila agak2 kita dah lupa, baru dia akan bercerita, "Alya makan sikit tadi sebab umi belum makan lagi, risau umi lapar.."

Owhhh anak, lain kali umi tak boleh terlalu jujur di dalam memberi jawapan..😂😂😂


Jumaat, 22 Mei 2020

Jumaat, 22 Mei 2020

Penangan PKPB

Aidilfitri kami...  
Harap maklum

Pesanan Penaja

Kami anak beranakpun tidak beraya ke mana2,  dok diam2 dalam rumah. 


Khamis, 21 Mei 2020

Khamis, 21 Mei 2020

Gara2 PKP..

Baru 2 item.. 

Tak mo tengok daa Go Shop.. 😀😀😀
(Jangan janji tinggal janji)


Rabu, 1 April 2020

Rabu, 1 April 2020

Doa dari kejauhan..

Semalam 31/03/2020 merupakan hari pertama anak bujang melaporkan diri sebagai salah seorang anggota kesihatan, moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya, aamiin..

Alhamdulillah nasib baik anak lelaki, maka tiada kegusaran di hati kami walaupun dia memandu keseorangan tanpa ditemani ibubapa, lagipun Malaysia kini di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita perlu patuhi arahan agar wabak ini (covid-19) segera berlalu dan menyelamatkan semua.


Ingat abang pesanan, "Kita kerja dan menolong orang kerana Allah, barulah ada keberkatan"

😂😂😂

~~~~~~

Isnin, 6 Januari 2020

Isnin, 6 Januari 2020

Minggu pertama 2020

Suasana di rumah semakin sunyi, seorang demi seorang anak2 melangkah pulang ke destinasi masing2 demi mengejar sebuah cita2.
Paling resah dan gelisah tentulah si bujang junior, maklumlah kami terpisah jauh dek lautan, dalam setahun hanya dapat balik beberapa kali sahaja.


Selesai sudah urusan si bujang junior, kami menghala ke Bandar Bersejarah untuk menjenguk anak gadis di sana, jika ikut baru seminggu sebelum kami sudah ke sana menghantarnya balik sempena cuti krismas



 A Famosa


Kenangan abadi, terjumpa si debab ni, bahagia betul kamu.

Khamis, 2 Januari 2020

Khamis, 2 Januari 2020

Jom kembali ke sekolah

Bersama rakan karibnya..

Team sambut pelajar di hari pertama persekolahan.

Sebelum ke sekolah, perlu alas perut dulu

Buat rakan2 alamaya, selamat tahun baru 2020, erkkkkk apa azam baru kalian ya? 🤗



 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang