Khamis, 31 Mac 2011

Khamis, 31 Mac 2011

Genting Highlands Part 1

Destinasi kami seterusnya ialah ke Genting Highlands, jom layan aje gambar yang tak seberapa ini


'Wajib' bawa anak2 naik kereta kabel biarpun lenguh 1 badan beratur bagi menunggu giliran,  hampir 2 jam jugak kami berdiri sambil bergilir2 mendukung Alya. 

Rujukan: Tiket:  RM10/seorang pergi dan balik bermula usia 3 tahun dan ke atas. cajnya sama bagi kanak2/dewasa



wajah ceria anak2ku, seronok sangat!!

ok, kita hampir sampai daa

Rabu, 30 Mac 2011

Rabu, 30 Mac 2011

Kecuaianku

Kejadian yang menimpa Alya semalam telah membuat diri ini rasa bersalah yang amat sangat.

Dalam berjaga2, rupa2nya aku tercuai juga, selesai makan malamku lihat dia berlari2 anak ke depan dan    semasa aku sedang leka mengemas meja makan yang penuh dengan sisa2 nasi diluar sana, dia telah mengambil kesempatan membawa kerusi plastik yang diambil dari bilik kakaknya dan memanjat bahagian dapur (IQ agak tinggi).

Mungkin diapun nak memasak jugak memandangkan apa yangku perhatikan selama ini, Alya sudah lama berminat dengan dapur tapi seringkali niatnya dihalang.

Aku tak pasti bahagian 'dapur memasak'  yang dipegangnya - samada bah. tepi @ tungku dapur yang baru  aje digunakan).

Sebaik mendengar tangisannya, aku berkejar mendapatkan dia dan Alya segera hulurkan tangannya, aku pasti sesuatu yang buruk telah berlaku  dan segera bawakan dia kepaip air serta basuh tangannya dibawah aliran air, aku biarkan dalam tempoh yang agak lama, seronok sangat si Alya dapat bermain air dan selepas itu, aku keluarkan ketulan2 ais dan berikan padanya.

Itulah Alya, dia tak reti duduk diam kecuali tidur, ader aje benda baru yang nak dipelajarinya, nasib baik dapur tu kosong aje tanpa periuk belanga yang berisi makanan / air panas / minyak panas, kalu tak, aku tak pastilah nasib yang bakal menimpa dirinya.

Alhamdulillah, tangannya tidak melecur sebagaimana sangkaanku dan hari ini cuma terdapat sedikit tanda kemerah2an ditapak tangannya tapi dia tetap ceria dan aktif.

Nota: Terbayang kembali kenangan lalu iaitu semasa menjaga anak kecil yang melecur hampir keseluruhan badannya  akibat  tertumpah minyak panas semasa ibunya sedang mengoreng karipap dan wajah arwah ibu, al-fatihah...

Isnin, 28 Mac 2011

Isnin, 28 Mac 2011

ABCDE

Malam ni kami disajikan nyanyian merdu lagu 'ABCDE' oleh  Alya berulangkali sambil goyangkan badannya. 

Mungkin ia kesan daripada VCD ABC yang sentiasa terpasang beserta lagu Iqra' semasa berada di dalam kereta kot!!

Kadang2 akibat terlalu gembira apabila lagu nyanyiannya menjadi ikutan dan tumpuan kami  maka sesekali terkeluarlah 'ABD', tunggang terbalik daa.. macam2 anak ummi ni!!!

Ahad, 27 Mac 2011

Ahad, 27 Mac 2011

Nper ni????

Nampaknya hampir kesemua barang2 dapur dan lain2 keperluan kehabisan stok - beras, gula, ubat gigi, sabun mandi dsb tapi semangat untuk keluar membeli belah apatah semangat berblog  jauh ke laut, naper ehhh? 

Baru jap tadi anak telefon memberitahu bahawa keperluan harian dia di asrama juga sudah kehabisan dan minta tolong belikan.

Mungkin penat kot maklumlah semalam seharian ke Genting Highlands dan lenguh kaki belum lagi hilang hatta terpaksa berbaris panjang hampir 2 jam untuk naik kereta kabel serta ronda2 semasa di sana.

Sabtu, 26 Mac 2011

Sabtu, 26 Mac 2011

Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga

Petang semalam, hajat di hati kami untuk singgah ke asrama sekolah berjumpa dengan anak sekejap, bertanyakan kabar dan keperluannya memandangkan pada minggu ini dia tak dapat balik ke rumah.

Sebelum itu kami  beli pisang dan keledek goreng dalam jumlah agak banyak untuk dia dan  rakan2 seasramanya.

Malangnya kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya, sekadar tinggalkan pesanan dan sedikit duit poket pada pengawal di pintu pagar masuk sekolah.

Risik punya risik, rupanya ada seorang bapa yang telah membuat kecoh di asrama, boleh dikatakan setiap hari dia datang berjumpa dengan anak pompuannya yang tinggal di sini dan ader sekali tu siap marah2 serta pukul anak lagi dikalayak ramai, giler punya bapa, xder akal ke??

Maka undang2 baru mula berkuatkuasa minggu ini, kesemua ibu bapa tidak dibenarkan sampai ke luar pagar aka pondok pengawal asrama untuk berjumpa dengan anak lagi selama mereka berada di situ.

Apa2 halpun perlulah melalui pengawal keselamatan,  hai... nampaknya bertambah lagilah tugas mereka.

Jumaat, 25 Mac 2011

Jumaat, 25 Mac 2011

Perlukah meraih simpati?

Aku cukup tak suka blogger yang jenis memaksa. Perlukah kita memaksa teman blogger lain untuk menjadi follower dan menaikkan trafik sesebuah blog?

Kebiasaannya jika aku menerima pesanan seperti diatas, aku biarkan ia berlalu begitu sahaja, sesungguhnya  tidak terlintas sedetikpun di hati ini untuk melakukan kunjung balas apatah lagi menjadi follower kepada yang berkenaan.

Walaupun aku 'cukup' sedar laman ini tidak punyai ramai 'follower'  dan trafik yang seciput berbanding dengan otai2 di alam maya yang lain tapi ia cukup bermakna bagiku, Insya Allah  ia bakal menjadi kenangan buat keluargaku terutama anak2 dan generasi akan datang seandainya disuatu hari nanti aku tiada lagi di sisi mereka.

Sejujurnya, tiada nilai sesebuah persahabatan yang terjalin di alam maya  ini seandainya kita menjadi  follower sekadar melepas batuk ditangga dan bagi menaikkan trafik semata2.

Biarlah rahsia

Tempek sikit gambar anak buahku Muhammad Irfan Hanafi - 9 tahun / 2011

Khamis, 24 Mac 2011

Khamis, 24 Mac 2011

Irfan, Irfan!!.

Errrmmm, bila tidur beramai2, ginilah gyanya, macam2 'patern'!!!

Kaki si Irfan (anak saudara) memangku badan si kakak telah menarik minatku untuk snap gambar seawal pagi lagi..

Nota: semasa balik kampung minggu lepas

Alya 1thn, 7 bulan

Hari ini aku baru berkesempatan membawa  Alya mendapatkan suntikan tambahan, sudah terlewat sebulan daripada tarikh yang ditetapkan, nak wat camner, masa tidak mengizinkan.

Moga dia tak demam malam nanti, Insya Allah

Hari ini juga genapnya usia Alya 1 tahun 7 bulan bermakna selama tempoh itu juga dia membesar dengan susu ibu, Alhamdulillah walaupun tubuh badannya tidaklah setembam anak seusianya tapi dia amat jarang2 sakit atau demam. Pastinya dia seorang anak yang lincah dan aktif.

Errrmmm, besar daa anak ummi ye!! suka sangat tengok keletahnya yang makin hari makin mencuit hati, rasanya tak sanggup untukku berpisah dengannya biarpun sedetik cuma.

Akibat angan2 terlebih sudah!!

Aku tersedar dari tidur awal lagi, terus nyusukan Alya dan tergolek2 ngan dia seketika. Bestnya kalu cuti panjang, boleh dok ngan anak!!

Bangun tadi terus tengok jam di decorder Astro yang tertera angka 6.11 pagi, apatah lagi cepat2 kejutkan anak untuk ke sekolah dan aku bergegas ke dapur menyediakan nasi goreng buat sarapan pagi.  Lewat daaa!!!

Ketika sedang memasak, sayup2 terdengar suara azan subuh berkumandang, terdetik di hati ini, naper pulak azan pagi ini lewat dilaungkan atau   #&^%$*&^??.  Anak2 pula sedang bersiap memakai pakaian seragam sekolah.

Aku ke depan tengok jam dinding.. alamak!!! belum masuk jam 6 pagi lagi, naper le aku boleh tersilap ni?,

Rupa2nya aku tersilap waktu,  Apakah hal yang pergi tengok channel astro 611 tu??, errrmmm,    dorang tak tutup astro malam tadi. adoooiiii, Naper le aku boleh cuai ni.. Mungkinkah itu tanda2 penuaanku?  Yalah, usia makin hari makin meningkat, anak2 pulak makin membesar, sedar2 aku sudah punyai anak remaja dan pra remaja, cuma Alya aje yang masih kecil... hu3

Rabu, 23 Mac 2011

Rabu, 23 Mac 2011

Hadiah Misteri 11111

 
Sebagaimana yang dijanjikan, pengunjung ke '11111' akan menerima hadiah misteri

Errrmmm, kalu dilihat pada print screen diatas,  ia sudahpun  ke angka '11117', ini bermakna sudah ader pengunjung yang ke '11111'.

Kini saya sedang mendapatkan maklumbalas daripada pengunjung yang bertuah itu, siapa ye??. tempoh yang diberikan adalah hingga ke hujung bulan ini aka 31.03.2011 @ 11.59pm.

Sila email 'print screen 11111' , nama, alamat dan no. telefon ke umialeeya@gmail.com untuk penghantaran hadiah.

Adalah dimaklumkan, sekiranya pada 01.04.2011,  saya belum menerima maklumbalas daripada pemenang, maka pengkomen terbanyak hari ini  - 23.03.2011  hingga 31.03.11 @ 11.59pm  (9 hari)  akan dikira sebagai pemenang.

Jika lebih daripada seorang, cabutan undi akan dijalankan.

Cuti2 Malaysia

Selepas menghantar kakak ipar (isteri arwah abang) balik ke rumahnya di Rantau Panjang, kami sempat singgah beberapa tempat diantaranya ialah:-



Masjid ala Beijing di Rantau Panjang, 
cantik sangat tapi sayang seribu kali sayang tandasnya banyak yang sudah rosak, naper le xmo sama2 jaga??

Kawasan bebas cukai Rantau Panjang, sempat sambar beberapa helai baju untuk Alya dan membeli beberapa keperluan untuk anak2

Selasa, 22 Mac 2011

Selasa, 22 Mac 2011

Rakan Sebaya???

Semasa balik kampung tempohari, Alya dapat teman baru aka anak sepupunya aka cucu kepadaku  iaitu anak kepada anak saudaraku (sudah tua rupanya diri ini sbb kini ku punyai ramai cucu, maklumlah anak bongsu daripada 9 orang adik beradik... hu3)

Jarang2 berjumpa (baru 2 @ 3 kali je, tu pun masa sama2 bb lg)  tapi keserasian jelas kelihatan diantara mereka, sedara katakan!! xkan putus air dicincang!!

Sebagai makluman, perbezaan usia mereka ini cuma 13 hari sahaja






Pose menarik daripada mereka berdua

Sorotan di Majlis Perkahwinan

Orang bersanding, Si Alyapun xmo lepas peluang


 
 Sayang wat aper tu??

Kemain lagi anak ummi ni....


 siap berbaring lagi. hu3

Isnin, 21 Mac 2011

Isnin, 21 Mac 2011

Kisah Alya lagi..




ni le gayanya si Alya ketika sedang menikmati mee goreng, makin ditegur makin menjadi2 peelnya.

Ahad, 20 Mac 2011

Ahad, 20 Mac 2011

Perjalanan balik agak mencabar

Alhamdulillah, kami selamat pulang ke rumah dengan selamat meskipun semalam agak mencabar. 

Perjalanan kami ada awalnya berjalan lancar, kami singgah di rumah abang di Gua Musang untuk mandi dan solat,  selepas itu barulah meneruskan perjalanan. Pada masa ini keadaan jalan agak licin memandangkan hujan. baru reda.

Semasa kami  melepasi Chegar Perah  menuju ke Bukit Tujuh (Jalan Merapoh ke Kuala Lipis iaitu kawasan yang sering berlakunya kemalangan sehingga mengorbankan banyak nyawa saban tahun),  tayar kenderaan pecah kerana terpijak ke dalam lopak berisi air yang agak besar dan dalam, maka misi menukar tayar diteruskan oleh hubby dan anak sulung kami dalam keadaan gelap dan jauh dari kawasan penempatan.

Nasib baik ader 2 buah kenderaan yang membawa keluarga masing2 dalam perjalanan ke destinasi mereka berhenti dan membantu kami, terima kasih tak terhingga di atas pertolongan kalian berdua. 

Setelah kerja2 menukar tayar kenderaan hampir siap, terdapat sebuah lagi kenderaan berhenti di belakang kami, ingatkan dorang nak menolong kami tapi rupa2nya keadaan kenderaan mereka hampir sama dengan kami, telah terkena lubang besar tersebut dan rim kereta telah rosak teruk. Tak taulah, semalam berapa buah kenderaan mengalami nasib yang sama seperti kami  akibat jalan raya yang rosak dan berlubang. 

Moga pihak berwajib lebih perihatin dengan masalah ini sebelum berlakunya kemalangan yang lebih teruk sehingga kehilangan nyawa akibat struktur jalanraya yang rosak.

Rabu, 16 Mac 2011

Rabu, 16 Mac 2011

Misi menyiapkan muffin diteruskan

Sementara menunggu anak pergi kedai belikan serbuk koko, aku memulakan langkah awal pagi dengan  membancuh adunan untuk Muffin Vanilla memandangkan serbuk koko sudah kehabisan stok. 

Tak lama lepas tu, dia bawa balik coklat masakan.. errmmm nampaknya dah tersilap beli, maklumlah anak laki maka aku terpaksa ubah sedikit resepi mengikut kesesuaian. Kali ini aku menggantikan serbuk koko dengan coklat masakan cuma kena kurangkan gula separuh, kalu tak manis.. hasilnya tidak mengecewakan, sedap!!
adunan yang siap dibancuh, menunggu masa untuk dibakar


Muffin terakhir, buh adunan terlampau padat, gara2 nak perabis adunan -  kononnya nak cepat.. maklumlah dah mula jemu ngadap muffin dari petang semalam, kalu camnilah, tak nampak gayalah nak ber bz baking.. hu3

muffin yang siap di 'packing'

Ader le sorang dua anak2 jiran aka kawan sepermainan anak minta izin masuk ke dalam rumah kononnya nak tengok cara penyediaan muffin, dapatlah rezeki dorang seketul sorang.. maklumlah...

Si Hubby pulak tak sudah2 bertanyakan, bila kita nak balik kampung? hu3.. nantilah dulu, apa yang penting muffin  ini perlu disiapkan dulu, maklumlah guna oven jenama butterfly aje tapi amat berjasa pada kami sejak berbelas tahun dulu.. Inipun nasib baik le ia tak wat hal..

Gara2 Muffin Coklat Chip

Seawal pagi tadi aku terima mesej daripada anak buah di kampung yang akan mendirikan rumahtangga khamis nanti, dia minta tolong buatkan muffin sebanyak 100 biji untuk "majlis mengenal",   sepatah kata terkeluar, gileerr, grrrrrrmmmmm  dan blur buat seketika. Naper le tak cakap awal2???

Cuba bayangkan waktu kerjaku seawal jam 8 pagi hingga 5 petang, manakan sempat nak siapkan itu semua.. adoooiii, nak wat camner ni? 

Esok aku sudah ambil off, perancangan awal nak balik kampung tapi bila dapat tempahan pada saat2 akhir gini, terbantut segalanya, mula2 tu terfikir nak beli aje kek coklat gardenia, pastu packing satu persatu..

Entah camner, semasa balik waktu rehat, tergerak hati singgah di kedai dan beli bahan2 untuk buat muffin, kesian pulak kalu tak tolong.

Apatah lagi balik aje kerja petang tadi, aku memulakan kerja2ku membuat kek muffin coklat chip hingga ke malam.. bila packing dapat lebih kurang 50 biji tak termasuk yang dah di makan dek anak2.. nampaknya kena bersambung pulak hari esok bakinya.. tengah berkira2 nak wat muffin coklat  atau muffin vanilla?

Inilah resepi muffin coklat chip style umialya, main redah aje..

Muffin Coklat Chips

Bahan2
1/2 ketul (125 gm) Butter
1 cawan minyak jagung
300 gm gula perang
1 sudu teh essen vanilla
 1 sudu teh soda bikarbonat
500 gm tepung naik sendiri (Jika guna tepung biasa, tambahkan baking powder 1 sudu teh)
7 sudu besar serbuk koko
2 cawan susu segar (aku gunakan perasa coklat) - guna susu cairpun boleh
6 biji telur (gred B)
Coklat Chips secukupnya (nak lebih rasa coklat, masukkan banyak)

Cara2nya:

  • Panaskan oven 175'c
  • Campurkan tepung naik sendiri, soda bikarbonat dan serbuk koko, ayak
  • Putar seketika butter, minyak jagung dan gula perang
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan essen vanilla
  • Masukkan tepung tadi diselang seli dengan susu segar dan separuh coklat chip
  • Masukkan adunan ke dalam acuan muffin 3/4,  taburkan coklat chip
  • Bakar hingga masak (Lebih kurang 30 minit)
  • Dah siap pun..
Resepi 2

Bahan-bahannya:
A
 2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B
 2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3 biji telur
C
 3/4 cawan air panas

  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  • Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder, soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. 
  • Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
    Maka inilah hasilnya:

    Muffin yang siap dibungkus
    Lantaran kesibukan menyiapkan muffin maka kami anak beranak makan malam secara ala kadar aje, masak nasi, tumis sardin + terung dan goreng telur mata kerbau, simple sangat.. sekali sekala apa salahnya??

    Seronok pulak tengok dorang makan, berselera, mungkin dorang lapar kot. hu3..  sekejap aje nasi dan lauk habis.. nasib le korang, itu ummi belum buka bisnes 'baking' lagi.. kalu tak.. hari2 makan nasi berlaukkan telur rebus.. hu3..

    Selasa, 15 Mac 2011

    Selasa, 15 Mac 2011

    Order baju secara online..

    Pagi semalam order baju untuk  Alya, berkenan sangat  dan paling utamanya ialah bagi  memberi sokongan padu terhadap rakan blogger  yang ku kenali di alam maya sempena pembukaan Lynd and Kids Collection miliknya iaitu Lynd aka mama kaseh aka KasehKu HidupKu.

    Tengok Lynd mulakan perniagaan online, teringin pulak nak ikut jejak Lynd tapi buat masa sekarang ini belum terbuka lagi hati nak berniaga.. tahap kemalasan mengatasi segala2nya

    Baju yang ku order ialah:-
    Gaun kaler pink.
    Maaf Lynd, akak pinjam gambar ni ye.

    Alhamdulillah, tengahari tadi kiriman baju telah diterima, perkhidmatan yang cekap dan cepat, terima kasih banyak2..

    Insya Allah jika ader lagi yang berkenan dihati, akak order lagi di lain masa

    Hasilnya:-


     Berbaloi2.

    Isnin, 14 Mac 2011

    Isnin, 14 Mac 2011

    Destinasi seterusnya ke Taman Negara

    Sabtu lepas, tidak terniatpun dihati kami untuk ke Taman Negara, yalah, niat asalnya untuk penuhi jemputan kenduri. Kesemua anak di bawa bersama KECUALI anak sulung kami. (dia baru balik dari asrama, nak rehat aje kat rumah, alasan yang diberikannya)

    Disebabkan pada waktu malam sebelumnya, hujan turun tanpa henti, beberapa tempat telah dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Justeru itu kami terpaksa mencari jalan altenatif untuk ke tempat kenduri.

    Habis aje kenduri, aku mengajak hubby untuk ke tempat 'banjir' kononnya nak ambil gambar, rupanya sewaktu kami sampai, air telah surut dan kenderaan sudah boleh dilalui.

    Tanpa sebarang perancangan, kami singgah seketika di Kuala Tembeling, kelihatan air sungai mengalir agak deras dan terdapat beberapa orang pelancong asing sedang menunggu giliran menaiki bot untuk ke Taman Negara. 

    Entah camner, hubby mengajak kami ke Taman Negara melalui jalan darat iaitu Padang Piol, memandangkan kami tak pernah sampai lagi ke sana, aku mengiyakan aje.

    keadaan Alya sepanjang perjalanan

    Kami memulakan perjalanan ke Taman Negara, Lebih sejam jugak perjalanan untuk ke sana setelah bertolak dari Masjid Jerantut. 

    Teruk betulkan kami anak beranak, orang ke Taman Negara perlulah memakai pakaian yang bersesuaian, kami pulak siap berbaju kurung lagi, maklumlah 'wanita melayu terakhir', nak kata apa lagi kan sebab sebelum ini tidak terlintaspun difikiran kami untuk sampai ke sana. Kononnya nak tau keadaan dan tempat.. maklumlah duduk di Pahang berbelas tahun tapi tempat2 menarik belum habis diterokai.


    adooiii, terlupa lak nak suh anak pakai jaket keselamatan

    Kami sampai di Kuala Tahan lebih kurang jam 3 petang, rupa2nya untuk ke Taman Negara kami perlu menyeberangi sungai dengan menaiki bot dengan kadar caj RM1 seorang, dekat aje, tak sempat panas punggung kami sudah sampai ke Jeti Taman Negara. 

    Paras air sungai naik agak tinggi dan kalu nak diikutkan ia agak membahayakan diri tambahan pulak dengan menbawa anak kecil, kiranya kami bertawakal aje, alang2 sampai ke Kg Kuala Tahan, tak berbaloi jika tidak meronda2 ke Taman Negara.













    Memandangkan hari hampir ke petang, kami tidak berada lama kat sana. Nanti tak lepas balik ke rumah pulak tambahan hujan gerimis sedang membasahi bumi Taman Negara ketika ini.



    Alya rehat kejap ye.. penat daa

    Bagi mereka yang meminati keindahan alam semulajadi dan inginkan kedamaian, Taman Negara adalah pilihan terbaik memandangkan ia jauh dari arus kemodenan dan keindahan alam semulajadi memukau hati.

    Kami kembali ke seberang lewat petang, ketika ini kedengaran sayup2 suara azan Asar berkumandang.

    Kami bertolak pulang ke destinasi dan sempat singgah seketika Pasaraya TF, Jerantut.

    Selepas maghrib, kami mula mencari kedai makan, hubby bawa kami ke sebuah kedai makan di bandar baru Jerantut, cantik dan bersih kedai ini dengan hiasan dalamannya begitu menarik, maaf ye, tak sempat nak snap gambar maklumlah, badan dah penat dan perutpun mula berkeroncong.

    Mulanya ingatkan menu di sini mahal jika berpandukan kepada hiasan dalamannya tapi sangkaanku meleset, harganya amat berbaloi dan paling penting, layanannya bagus dan makanan yang sedap.

    Sesudah itu, kami bertolak balik ke rumah, sampai separuh jalan, banjir rupanya dan jalan sudahpun ditutup, adoooiiiii, fikiran mula berkecamuk dan teringatkan anak sulung kami di rumah, tadi sudah belikan sebungkus nasi goreng pataya untuk dia, camner ni? nak sewa bilik penginapan, masing2 tak bawa pakaian lebih kecuali Alya, buntu seketika.

    Akhirnya kami berpatah balik ke Bandar Jerantut dan selepas isi minyak kereta penuh (risau jika berlaku sebarang kemungkinan di sepanjang perjalanan nanti), kami ikut jalan lama sebagai jalan altenatif, jauh sikit jika dibandingkan dengan jalan baru dan keadaan jalanraya yang tidak sekata serta berbengkang bengkok, tak aperlah, janji kami sampai ke rumah dengan selamat.

    Alhamdulillah, hampir 2 jam kemudian, kami sampai ke rumah,  masing2 mencari tilam dan bantal.. Zzzzzzzzzzz....

    Maka tinggallah hubby dan Syafiq kemaskan barang  dan bahan mentah yang kami beli semasa singgah di TF tadi..

     

    Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
    Design by Cik Kumbang