Aku cukup tak suka blogger yang jenis memaksa. Perlukah kita memaksa teman blogger lain untuk menjadi follower dan menaikkan trafik sesebuah blog?
Kebiasaannya jika aku menerima pesanan seperti diatas, aku biarkan ia berlalu begitu sahaja, sesungguhnya tidak terlintas sedetikpun di hati ini untuk melakukan kunjung balas apatah lagi menjadi follower kepada yang berkenaan.
Walaupun aku 'cukup' sedar laman ini tidak punyai ramai 'follower' dan trafik yang seciput berbanding dengan otai2 di alam maya yang lain tapi ia cukup bermakna bagiku, Insya Allah ia bakal menjadi kenangan buat keluargaku terutama anak2 dan generasi akan datang seandainya disuatu hari nanti aku tiada lagi di sisi mereka.

Sejujurnya, tiada nilai sesebuah persahabatan yang terjalin di alam maya ini seandainya kita menjadi follower sekadar melepas batuk ditangga dan bagi menaikkan trafik semata2.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan