Ahad, 20 Mac 2011

Ahad, 20 Mac 2011

Perjalanan balik agak mencabar

Alhamdulillah, kami selamat pulang ke rumah dengan selamat meskipun semalam agak mencabar. 

Perjalanan kami ada awalnya berjalan lancar, kami singgah di rumah abang di Gua Musang untuk mandi dan solat,  selepas itu barulah meneruskan perjalanan. Pada masa ini keadaan jalan agak licin memandangkan hujan. baru reda.

Semasa kami  melepasi Chegar Perah  menuju ke Bukit Tujuh (Jalan Merapoh ke Kuala Lipis iaitu kawasan yang sering berlakunya kemalangan sehingga mengorbankan banyak nyawa saban tahun),  tayar kenderaan pecah kerana terpijak ke dalam lopak berisi air yang agak besar dan dalam, maka misi menukar tayar diteruskan oleh hubby dan anak sulung kami dalam keadaan gelap dan jauh dari kawasan penempatan.

Nasib baik ader 2 buah kenderaan yang membawa keluarga masing2 dalam perjalanan ke destinasi mereka berhenti dan membantu kami, terima kasih tak terhingga di atas pertolongan kalian berdua. 

Setelah kerja2 menukar tayar kenderaan hampir siap, terdapat sebuah lagi kenderaan berhenti di belakang kami, ingatkan dorang nak menolong kami tapi rupa2nya keadaan kenderaan mereka hampir sama dengan kami, telah terkena lubang besar tersebut dan rim kereta telah rosak teruk. Tak taulah, semalam berapa buah kenderaan mengalami nasib yang sama seperti kami  akibat jalan raya yang rosak dan berlubang. 

Moga pihak berwajib lebih perihatin dengan masalah ini sebelum berlakunya kemalangan yang lebih teruk sehingga kehilangan nyawa akibat struktur jalanraya yang rosak.

2 ulasan:

zati embong berkata...

huhu,bahaya 2 kak.entah diorg ni pantau ke x jalan2 2.

Umialya berkata...

Jat..
ntah le Jat, mungkin jugak terlepas pandang kot.

Moga selepas ini, pemantauan perlu lebih kerap tambahan pula ia laluan utama KL/Kelantan

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang