Kejadian yang menimpa Alya semalam telah membuat diri ini rasa bersalah yang amat sangat.
Dalam berjaga2, rupa2nya aku tercuai juga, selesai makan malamku lihat dia berlari2 anak ke depan dan semasa aku sedang leka mengemas meja makan yang penuh dengan sisa2 nasi diluar sana, dia telah mengambil kesempatan membawa kerusi plastik yang diambil dari bilik kakaknya dan memanjat bahagian dapur (IQ agak tinggi).
Mungkin diapun nak memasak jugak memandangkan apa yangku perhatikan selama ini, Alya sudah lama berminat dengan dapur tapi seringkali niatnya dihalang.
Aku tak pasti bahagian 'dapur memasak' yang dipegangnya - samada bah. tepi @ tungku dapur yang baru aje digunakan).
Sebaik mendengar tangisannya, aku berkejar mendapatkan dia dan Alya segera hulurkan tangannya, aku pasti sesuatu yang buruk telah berlaku dan segera bawakan dia kepaip air serta basuh tangannya dibawah aliran air, aku biarkan dalam tempoh yang agak lama, seronok sangat si Alya dapat bermain air dan selepas itu, aku keluarkan ketulan2 ais dan berikan padanya.
Itulah Alya, dia tak reti duduk diam kecuali tidur, ader aje benda baru yang nak dipelajarinya, nasib baik dapur tu kosong aje tanpa periuk belanga yang berisi makanan / air panas / minyak panas, kalu tak, aku tak pastilah nasib yang bakal menimpa dirinya.
Alhamdulillah, tangannya tidak melecur sebagaimana sangkaanku dan hari ini cuma terdapat sedikit tanda kemerah2an ditapak tangannya tapi dia tetap ceria dan aktif.
Nota: Terbayang kembali kenangan lalu iaitu semasa menjaga anak kecil yang melecur hampir keseluruhan badannya akibat tertumpah minyak panas semasa ibunya sedang mengoreng karipap dan wajah arwah ibu, al-fatihah...
Nota: Terbayang kembali kenangan lalu iaitu semasa menjaga anak kecil yang melecur hampir keseluruhan badannya akibat tertumpah minyak panas semasa ibunya sedang mengoreng karipap dan wajah arwah ibu, al-fatihah...









4 ulasan:
mujur la alya tak de apa2 kan kak..huhu..bahaya tu..danial pun sekarang ni aktig bebeno dengan panjat2 ni...
ayu
Alhamdulillah, dia tak apa2
ya ALLAH kak.. mujur xde pape..
Lea..
Nasib baik
Catat Ulasan