Isnin, 28 April 2014

Isnin, 28 April 2014

Janji si ibu

Sebahagian buat permata hati pengarang jantungku..

Takkala dapat peluang berjimba sendirian,  borong baju Dak Alya tanpa punyai rasa bersalah, akhirnya terduduk seketika takkala mengira bajet.

Itupun nasib baik si ibu tidak rambang mata ketika melintasi bahagian beg & pakaian wanita, lagipun seperti tiada ruang untuk melangkah & memilih, kalau tidak pasti hati tergoda jua..

Lain kalilah untuk si ibu, paling penting anak kecil riang menyambut kepulangan nanti..

Ahad, 27 April 2014

Ahad, 27 April 2014

Sessi menayang

Hidangan kami pagi ini..  kuey tiaw basah..

Siput Buluh/ambal/pepahat

Menu petang semalam, pertama kali ketemu di sini & cuba memasak, sesekali bagi anak2 merasa sesuatu hidangan yang baru (walaupun si ibu jenis tekak memilih...), alhamdulillah mereka suka.

Cukup le 2 keping tayangan perdana sebagai pengubat kerinduan, sat lagi mau kuar daerah, jumpa lagi, bye..

Selasa, 22 April 2014

Selasa, 22 April 2014

Pengganti diri





Biarlah gambar berbicara

Ahad, 20 April 2014

Ahad, 20 April 2014

Puding Diraja Pahang

Akhirnya ketemu jua, jemput makan..

Makanan femes di Pahang terutamanya daerah Pekan, kalian jangan le tanya resepi, saya memang tak pernah masak, inipun dapat dari Pasar Tani jer..


Jumaat, 18 April 2014

Jumaat, 18 April 2014

Bikin kecoh

Tiba2 bil Celcom mendadak naik sehingga mencecah RM265.07 dalam masa 4 hari, biar betul..


Diantara email saya dengan pihak Celcom pagi ini

Salah satu jawapan dari pihak Celcom

Perbualan lanjut kami di SINI

Terkini: Malangnya laman itu sudah tiada tapi jangan risau, 'online customer service'kan ada..

Saya akan panjangkan isu ini hingga temui jalan penyelesaiannya, kalau tidak, mungkin perlu buat aduan ke SKMM 1800888030

Rabu, 16 April 2014

Rabu, 16 April 2014

Feveret 3 beranak

Taruk sambal kicap banyak2, fuhhhhhhhh meletop..

renungan



Sabtu, 12 April 2014

Sabtu, 12 April 2014

bergedil ayam

Jangan ingat kami di Pantai Timur tak 'reti' nak makan makanan dari menu berasaskan masakan jawa? kitakan 1 Malaysia, ia bukan setakat dijadikan makanan 'feveret', siap boleh masak lagi tau walaupun kemungkinan resepinya bukan 100% sama dengan resepi asal, maklum le 'kita' main 'hentam' jer LABU ikut selera anak tekak ni..
Amacam geng, jadi tak rupa bergedil ayam kita?

Kali ini dibuat atas permintaan anak cilik kami, tak lain tak bukan tentunya Alya, suka benar dia dengan bergedil ayam style umminya, dok tengah fikir2 ni nak masak 'soto' ke tak untuk menu pagi esok, maklum baki bergedil ada tersimpan di dalam 'freezer'.

Resepinya?? lain kali le kita kasi, malas nak taip..

Pesanan Penaja

Untuk perhatian kepada pemilik2 laman lucah, sila jangan tinggalkan jejak kalian di sini, saya rela tidak punyai ramai 'follower' daripada punyai pengikut yang tidak sepatutnya, untuk pengetahuan anda, laman ini berkisarkan kisah2 keluarga & ia untuk tatapan 'famili' saya di kemudian hari, insya allah..

Langkah drastik yang terpaksa diambil, saya TERPAKSA sekat & secara automatiknya senarai pengikut saya berkurangan seorang, 'adaku kisah??'

Jumaat, 11 April 2014

Jumaat, 11 April 2014

Rezeki berganda

Alhamdulillah...

Dapat cek Nuffnang, tqsm.. rezeki inilah yang saya kongsikan bersama, tanpa sokongan kalian rakan2  blogger, siapalah saya di sini?

Nota: Azam tahun 2014, cuba kurangkan entri berkaitan dengan iklan Nuff (terasa diri cam riak jer..) walaupun pihak Nuff tidak pernah 'lokek' & iklannya sentiasa berlegar2 di laman ini, alhamdulillah.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemberian dari tersayang, terharu..

"Terima kasih abah, ummi tak pernah minta & mengharapkan apa2pun diluar kemampuan, cukuplah kasih sayang & perhatian yang diberi kepada kami selama ini, ia sudah membahgiakan..."

Khamis, 10 April 2014

Khamis, 10 April 2014

Jom sarapan pagi

Setiap hari bawa bekal ke pejabat, maklum le tuan rumah KEDEKUT, ala2 TANGKAI JERING gitu..

Pencuci mulut

Alhamdulillah inilah seadanya..

Selasa, 8 April 2014

Selasa, 8 April 2014

Bikin kejutan

Tahniah buat OKje

Hadiahnya: 

Jika tahun lepas pemenang utama 'Top Komen' menerima Pemanggang Ajaib dari Langkawi, rasa2nya tahun ini apa ye? urrrmm tunggu ajerlah BARANG SAMPAI. Apa2pun tahniah geng..

Oh ya, Top Komen kali ini dikira untuk tempoh setahun (365 hari), kiranya OKje merupakan pengkomen setia di laman ini.

"Terima kasih beb sebab tidak jemu2 singgah dan komen di setiap entri laman ini walaupun UA cuma blogger suam2 kuku' & berselindung di sebalik nama Umi Alya"

Terima kasih juga buat  K.Atie sebab uruskan penghantaran hadiah ini dari A hingga Z, tuan rumah goyang kaki jer, hi3

Kemaskini: No. Rujukan: EF 22 440  192 2my.

Selasa, 1 April 2014

Selasa, 1 April 2014

Tak perlu susah2 nak mohon

Sebahagian tawaran dari Kolej Swasta buat si bujang, tentunya SA pun dapat sama, iya dak OKje??


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang