Ahad, 13 September 2020

Ahad, 13 September 2020

Hobi baru sejak 2 tahun lepas

Ciki, asal Batu Cave

Mok Mel @ Me'ah 
Kucing pertama yang mengajar kami erti kasih sayang tak bertepi.

Chacha
Ibunya asal straycats, menumpang beranak di rumah dan sebaik anak2 seramai 3 ekor berusia 2 bulan dan pandai makan, ditinggalkan mereka dalam jagaan kami.

Bermula dengan seekor ibu dan 6 ekor anak, sekarang ini sudah menjangkau 20 ekor, ummi kamu sudah reti kutip straycats terbiar, rawat dan jaga sebaiknya. 😃

Bila bercakap bab rezeki, alhamdulillah rasanya sama dengan sebelum ada budak2 ni, Allah sentiasa murahkan rezeki untuk kami..



Nota: Hati terpikat lagi dengan adik beradik Ciki dan Memey dari Batu Cave, sabarlah duhai hati..🤗

Salah satu dari 5 beradik yang masih berada di dalam jagaan Bondanya..

Akhirnya, 




Khamis, 3 September 2020

Khamis, 3 September 2020

Ragam anak


Alhamdulillah rezeki saya dapat anak2 yang baik, masing2 ada kelebihan dan kelemahan.

Alya sangat memahami dan cepat matang, dia banyak berfikir jauh ke depan walaupun masih dikategori kanak2 pra remaja.

Contoh jika dia ingin makan sesuatu yang digemari, sebelum makan dia akan bertanya, umi dah makan belum? Jika jawapan belum, dia akan cari alasan, sudah kenyang atau ambil sedikit, selebihnya hulur kepada uminya.

Bila agak2 kita dah lupa, baru dia akan bercerita, "Alya makan sikit tadi sebab umi belum makan lagi, risau umi lapar.."

Owhhh anak, lain kali umi tak boleh terlalu jujur di dalam memberi jawapan..😂😂😂


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang