Persiapan persekolahan anak2 baru siap 50% je, uniform sekolah dan fardu ain 3 pasang sorang untuk Nur dan Suzila sudahpun ditempah dan belum siap lagi manakala baju uniform untuk anak2 lelaki sek. men masih belum dibeli begitu juga dengan Baju Melayu putih/ kain samping / pakaian sukan anak2.
Insya Allah semasa kuar daerah hari ini, peluang yang ada akan digunakan untuk melengkapkan persiapan persekolahan anak2. Nampaknya kami kena pergi awal sehari dan bermalam di sana
"anak2.. xmo ngelat ye, semua kena ikut!!!!"
Beg sekolah untuk 3 anak sudahpun beli, cuma Syafiq je belum sebab semasa kami ke Sogo tempohari dia tak ikut sama, MAKAnya kami kurang yakin nak beli, nanti bukan mengikut citarasa dia, maklum le anak2 makin dewasa, taste mereka tak sama dengan kita.
Pendaftaran sekolah n fardu ain dan buku2 dibuka pada hari selasa (esok) tetapi pada waktu ini diriku berada di luar daerah sekali lagi bagi menghadiri meeting (nampaknya hampir 2 minggu tinggalkan pejabat).
Sepatutnya esok diri ini mengambil cuti gantian untuk siapkan kelengkapan persekolahan anak2 tapi nampaknya terpaksa 'burn' menjadikan jumlah keseluruhannya 2 hari.
Kasut sekolah untuk 2 orang anak gadis kami dah selesai, cuma tinggal untuk anak2 lelaki, Adik Mi berjaya masuk ke sekolah khas, justeru itu dia kena pakai kasut hitam kulit bertali, nasib baik belum beli lagi.. (ingatkan nak masukkan dia ke asrama tapi menurut surat tawaran semasa semakan di dalam laman web 'moe', tawaran ini tanpa asrama.. mungkin rumah dekat kot!!!).
Alat2 tulis untuk anak2 sekolah rendah dah siap cuma untuk anak2 sekolah menengah aje belum.
Setakat ini hampir 1k dibelanjakan untuk keperluan sekolah, duit bonus yang agak lumayan daapun habis dikerjakan semasa berbelanja sakan kat Sogo/ tesco tempohari huhuhu
Diketika ini mulalah terfikir, bagaimana dengan persiapan mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan punyai tanggungan ramai?, yalah semua harga barang2 makin naik dari masa kesemasa