Rabu, 14 Disember 2011

Rabu, 14 Disember 2011

gara2 stress

Lewat jam 4petang semalam, diriku menerima tugasan urgent yang perlu disiapkan sebelum Jam 5, O'oooooooooh terkejar carikan idea maklumkan ia melibatkan ke semua daerah. 

Memandangkan masa yang diterima amat2 singkat (sebenarnya ia salahku jua sebab memandang ringan terhadap e-mel rasmi, len kali baca elok2, jangan sepintas lalu makcik oiiiiiiiii), kualitinya amat rendah , idea merundum secara tiba2, alhamdulillah boss bagi masa hari ini untuk siapkan dan perlu di emel segera ke peringkat negeri, syukur..ermmm boleh le dapatkan pandangan teman2 di daerah lain sebelum ia dimajukan kepada boss untuk dibawa ke mesyuarat di peringkat HQ.

Mungkinkah akibat stress, balik keja diriku singgah ke kedai yang menjual secara borong, terus minta daging burger Ramli 2 kotak tanpa mengetahui jumlah kandungan di dalam kotak tersebut, masa nak bayar tauke tu kira2 RM248, terpaku seketika sambil berfikir, naper mahal sangat tapi memandangkan pekerjanya sudah bawa kuar, acik bayar ajelah n bawa balik.

Sampai je ke rumah baru le kira bilangan daging burger tersebut, ia  berjumlah 36 bungkus x 2 = 72, (ingatkan sekotak cuma ader 12 bungkus saja) nahhh ambik engko!!!! 

Siap tinggal pesanan bertalu2 buat anak2 kat rumah, sesiapa yang nak makan burger, tak kiralah sebanyak manapun makanlah!!!!! bagi enjoy di cuti2 sekolah ini (padahalnya nak habiskan stok yang menimbun di dalam frezeer tu..dan sib baik EBM Alya tinggal x banyak daa, terpaksa pindahkannya pada bahagian pintu) huhuhu.
mentang2lah bonus nak dapat minggu depan, kemain lagi perabihkan duit

10 ulasan:

lia berkata...

haaaa part bonus mmg best tp byk gak hutang2 mau bayar he3

ajumohit berkata...

Bestnya mama bg green light mkn Berger byk2 hihi

Umialya berkata...

lia
btoi3.. lagi2 ntuk persiapan anak sekolah

Umialya berkata...

NoEn
jommmm mai le join sekali perabihkan daging burger tu

Umialya berkata...

ajumohit
yap green light sementara stok masih ader, hihihi

zati embong berkata...

kak,bleh bukak gerai beger da depan rumah ni.hihi

Umialya berkata...

Jat
kena g2 le gamaknya

Imaan09 berkata...

ya ALLAH kak..ni stress benar rasanya..!

Umialya berkata...

Imaan aka lea
tension peringkat daerah xper, bagilah keja banyak2, akak rela

jgn ditarik berpindah ke peringkat negeri udah le, tak sangupppp!!!

Puan Kutu berkata...

tu dia stok utk berapabulan ni?botak kepala makan bege banyak2.stress punya pasal.hehe

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang