Sabtu, 29 November 2014

Sabtu, 29 November 2014

Penyokong Setia...

Harimau Malaya.

Keheningan Pagi..

Doakan perjalanan kami dirahmatiNya, aamiin

Selasa, 25 November 2014

Selasa, 25 November 2014

Kata2 Hikmah

 
Si cilik..


Isnin, 24 November 2014

Isnin, 24 November 2014

Bila kepenatan

 
Singgah Restoran Thai beli rojak buah & nasi kerabu sebagai menu petang - sedap, si ibu berebut dengan si bujang no.2, tak sangka diapun gemar, maka tiada lagi acara makan malam kami.

Untuk anak2 pula belikan KFC, permintaan Alya.
Masa mula2 tadi tak terfikirpun nak ambil gambar, akhirnya ada juga kenangan, itupun setelah berbaki 2 ketul cuma.

 
Ini pula kisah malam tadi, bawa anak2 makan di luar, sekadar memenuhi permintaan mereka, seperti biasa terlupa diri ini seorang 'blogger', hampir siap makan baru terfikir nak ambil gambar, jadilah sekeping gambar Alya sebagai kenang2an. 

Tomyam Pok Tek di dalam bekas cantikpun lupa nak ambik gambar, lain kalilah..

Ahad, 23 November 2014

Ahad, 23 November 2014

Aktiviti semalam

 
Dikala si ibu sibuk dengan tugas2an rasmi, Alya & abahnya ambil bahagian

 
Alya memang sporting, dia disambar oleh rakan sekerja dan pastinya sentiasa bagi kerjasama

 
Antara aktiviti yang dijalankan, si ibu ambil gambar jer maklumlah petugas, bukan peserta okey, (alasan semata2, hi3.

 
Team kami bergabung di dalam persembahan koir semasa kehadiran VIP,  cer teka 'dimanakah saya?', tiada hadiah k..

 
Sehari sebelum,menjalani latihan, tengok tu, Alya tetap tidak mahu ketinggalan.

Banner Naib Johan Anugerah Tropi Untuk Blogger 2014

 
Alhamdulillah terima banner hasil kreativiti Cikgu Etuza, iaitu pemilik PESONA & MUSTIKA, terima kasih banyak2.

Ha'aaa saya baru nampak rama2 ditugaskan untuk membawa tropi jauh diseberang lautan.


Jumaat, 21 November 2014

Jumaat, 21 November 2014

Alya lapor diri

Rindukan Alya tak?

Alyakan PA ummi, jadi ke mana ummi pergi, disitulah adanya Alya, nasib baik Alya baru 5 tahun, kalau tidak dimanakah Alya akan ditinggalkan sepanjang ketiadaan ummi & abah?

Sebenarnya Alya sedih sangat sebab malam ini berlangsungnya Majlis Konvokesyen tetapi tidak dapat hadirkan diri, wakilkan Abang Syafiq bagi pihak Alya jer..




Tengok tu, cam sedap jer..

Khamis, 20 November 2014

Khamis, 20 November 2014

Pesanan buat yang berkenaan

 

Tidak perlulah hendak 'log in' & mencuba pelbagai katalaluan,  tiada untungnya wahai Cik Anom, tolong sama kamu, jangan sesekali memusnahkan hasil karya orang lain, okey..


 ~~~~~~~~~~~

Entri Utama 
Korban pertama mangsa banjir.

 
Sedih dan amat kecewa sebab pelajar ini tergelincir ke dalam perigi tanpa disedari

~~~~~~~~~~~~~~~`

  1)   i) Bulat adalah kucing kesayangan Cikgu Etuza dan keluarga
         ii) Warna Putih
 2)     108 entri (melebihi target, tahniah Cikgu
 3)      Follower perlu diletak di bahagian bawah
 4)     Ikmal merupakan Putera Sulung Cikgu Etuza
 5)     Makanan kesukaan Cikgu Etuza ialah Bubur kacang merah/hijau & Rojak kampung.
 6)     2 artis lelaki yang seiras dengan Cikgu Etuza ialah Nasir Wahab dan Halim Othman
 7)      i) Blogger pertama dikenali sejak 2009 - Kamsiah Yusoff
         ii) Detik Detik Indah Dalam Hidupku (blog beliau)
  8)    2013 Cikgu Etuza telah dinobatkan sebagai Guru Penyayang
  9)    Kegemaran Cikgu Etuza di masa lapang
          i) Membaca
          ii) Berblog
         iii) Membantu isteri ke dapur (pandai masak kuih lapis lagi)
 10)    Kelemahan paling ketara ialah kesilapan pada ejaan
          (JM merangkap guru tak bertauliah kepada Cikgu
         Etuza)
 11)     Puteri Sulung sedang belajar Universiti Perubatan Al
          Azhar, Mesir (Jurusan Perubatan – kiranya bakal
          Doktor)
  12)    Icon Gratify
  13)   Jari Manis & Umi Alya (jawapan ini diibaratkan masuk bakul angkat sendiri, betul tak JM?, aikkkk kat sinipun sempat lagi bergurau senda??)
Jawapan No 3, 4 & 6 terpaksa dikeluarkan sebab pihak penganjur cuma memerlukan 10 jawapan sahaja.

Nota: 3 perkara di dalam 1 entri, maklumlah mungkin di dalam sehari dua tidak punyai kesempatan untuk berblog.

Rabu, 19 November 2014

Rabu, 19 November 2014

Cepatnya masa berlalu..

 
Nota: Masih belum punyai idea 'update' entri baru..


Isnin, 17 November 2014

Isnin, 17 November 2014

Pencarian Anugerah Tropi Untuk Blogger 2014 by Etuza

  

Demi seorang sahabat alamaya, saya gigih menyiapkan entri ini, kalau ikutkan kata hati, sudah lama saya 'pencen' dari menyertai sebarang Segmen, GA dan yang sewaktu dengannya, bukan kecewa tapi nasib selalu menyebelahi diri sendiri, asyik dapat hadiah jer, jadi nak bagilah peluang kepada sahabat2 yang lain pula.

Buat semua, apa kata ramai2 join segmen di atas, hadiahnya amat menarik sekali, bukan RM, bukan 'kain pelekat lalalala' dan sebagainya tapi SEBUAH TROFI yang ditempah khas buat mereka yang bertuah.

'Meh kawan2, ambil sikit masa, apa kata tempek jer gambar di atas, buat entri ringkas & linkkan ke blog ETUZA (PESONA DAN MUSTIKA)'

Saya tag rakan2 blogger yang manis menawan:
Tarikh tutup penyertaan: 17/11/2018 (Hari: Isnin)

Isnin, 10 November 2014

Isnin, 10 November 2014

Gerimis di hati

Hayati bait2 senikata lagu HUJAN Allahyarham Sudirman

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


Nota: STRESS lagi, sabarlah duhai hati, biarkan ia berlalu pergi..

Ahad, 9 November 2014

Ahad, 9 November 2014

Hari terakhir di Genting Highlands

 
Berposing di Tingkat 21 Hotel Awana Genting Highlands

 

 

 
Sebelum melangkah pulang ke destinasi

Kita makan dulu...

 
Banting Program 

Sabtu, 8 November 2014

Sabtu, 8 November 2014

biarlah gambar berbicara part 3

Sebetulnya kami ke Genting Highlands atas tugasan rasmi sejak khamis lagi, seperti biasa Alya setia menemani, kiranya dia sudah sebati dengan tugasan si ibu.
Malam tadi melepak dipersekitaran sana, memang sejuk diikuti hujan "on off".

Sekadar meronda, maklum lewat malam.


Meragam, penat + mengantuk

Suasana meriah

 
di depan snowworld

 
Team kami - rakan2 setugas di peringkat negeri & daerah



Pemandangan dari luar, berkabus tebal dan amat sejuk.

Jumaat, 7 November 2014

Jumaat, 7 November 2014

biarlah gambar berbicara part 2

Masa si ibu bertugas, sempat lagi Alya berselfie bersama abahnya.



 





Menikmati makan tengahari

Berposing seketika..

Tetap dibawa ke mana, kiranya menghargai setiap pemberian.

Dari tingkat 21


Pemandangan mendamaikan.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang