Sabtu, 29 Jun 2013

Sabtu, 29 Jun 2013

Reda resah di hati

Alhamdulillah selesai sudah urusan untuk membuat tuntutan insuran kemalangan kereta setelah sepetang hari  berada di bengkel, dianggarkan hampir RM10k juga kos yang diperlukan untuk membaiki kerosakan itu.

Mulanya hubby serahkan 100% kepada orang ketiga untuk menguruskan tuntutan insuran, akan tetapi naluri  si pemilik exora tidak begitu yakin untuk membiarkan urusan ini kepada pihak lain sepenuhnya, hendak jugak berurusan sendiri, sekurang2nya ia menjadi sebuah pengalaman yang berharga untuk kegunaan pada masa depan.

Urmm itulah kelemahan hubby, dia kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan khalayak ramai @ sebarang kemungkinan, tahap merendah diri masih menebal pada dirinya, antara kami suami isteri, masing2 punyai kekuatan & kelemahan tersendiri.

Semua salinan dokumen yang diperlukan telah siap diberi kepada ejen bengkel pembaikan kereta yang berdaftar, mohon ditangguhkan buat sementara waktu untuk letakkan exora di bengkel itu kerana khidmatnya amat diperlukan bagi tugasan rasmi sepanjang minggu depan, lagipun enjinnya elok biarpun nampak buruk dek kemek & rebeh sana sini, 

Keputusan terkini, diri ini tetap akan:-
  • bertugas luar memandangkan kekangan staf lagipun ia program di peringkat negeri
  • menghadiri mesyuarat peringkat negeri
  • menghadiri kursus, lagipun cuma saya seorang jer yang terlibat bagi mewakili teman2 di daerah lain, lepas itu kena buat TOT untuk mereka.
Nota: Ramai menasihati supaya minta gantirugi daripada pemilik motosikal (bangsa India) sebab dia yang bersalah, urmm tapi rasanya seperti buang masa jer.. lagipun dia seperti orang kebanyakan & motornya 'punah' teruk.

Jumaat, 28 Jun 2013

Jumaat, 28 Jun 2013

Sedihnya..

Tengahari tadi hubby kemalangan dengan sebuah motor selepas mengambil anak2 balik dari sekolah, tak tahu siapa sebenarnya yang salah, syukur alhamdulillah mereka anak beranak selamat, cuma kesian exora kami,  hilang daa 'smart', separuh bahagian depan sudah 'rebeh'.  

Sudahlah itu adalah kenderaan persendirian merangkap kenderaan rasmiku, minggu depan pulak nak berjalan jauh atas urusan kerja, tak tau nak kata apa daa..

Nota: Kononnya bawa balik kerja2 rasmi  yang tak sempat disiapkan tadi ke rumah, maklum le minggu depan, hampir seminggu tak masuk pejabat, tup2 pen drive lak tertinggal, adoiiiii..

Rabu, 26 Jun 2013

Rabu, 26 Jun 2013

gosip terkini..

syyyyyyyyy.. xmo bising2 tau...

Kerja sampingan UAI.. (pandai2 jer ko tokok tambah....)

Nota:  Udah namanya gossip, sila jangan percaya  walaupun 0.00001% tau, selingan jer ni, mohon maaf drp UAI, saya tercilok gambar dari FB ...

Selasa, 25 Jun 2013

Selasa, 25 Jun 2013

tension giler..

Sepanjang minggu depan kuar daerah lagi, tension giler tau, maklum le di awal2 bulan, banyak SANGAT kerja yang perlu diselesaikan, akan tetapi dek tuntutan kerja, nak tak nak kena lunaskan jua walaupun di dalam keadaan KETERPAKSAAN.

Pernah minta kelonggaran untuk tidak menghadirkan diri, malangnya.. bigboss terus tunjuk senarai nama yang tercalon terletak di bahagian atas sekali, dengan erti kata lain, perlu mengetuai pasukan, urmm... langsung tak boleh mengelak, kadang2 terfikir pulak, senarai  nama petugas2 yang sentiasa naik, seakan 'kroni' jer, maklum le hampir 100% adalah orang yang sama. Mungkin kami sudah biasa 'team work' & tak banyak 'songeh' dengan arahan pihak atasan.

Kerja luar memang seronok tetapi apabila terpaksa tinggalkan anak2 menguruskan diri sendiri kat rumah, beratnya hati, semoga dorang faham kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu mereka.

Ahad, 23 Jun 2013

Ahad, 23 Jun 2013

kembali..

2-3 hari saya menyepikan diri, sesekali sempat singgah ke teratak teman2 sebagai silent reader, tiada idea nak komen, mungkin dek kekangan masa kot..

Hari ini masih berada di Cameron Highlands, program sudahpun selesai petang semalam & hari ini gunakan  peluang yang ada untuk bawa famili meronda2 di sekitar sebelum pulang ke destinasi. 

Kenangan berada di sini, tak pernah berlaku sepanjang kami bermalam di luar, terpaksa membeli baldi & penyeduk, hari pertama 'heater' bermasalah & airpun mengalir perlahan, bayangkan kami berada ditempat sejuk & terpaksa pula mandi air sejuk bak ais di awal2 pagi, tension u..

Justeru itu, sehabis jer program petang semalam, kami bergegas mencari baldi & penyeduk (sebelum itu, minta kat kauter tapi pihak hotel tidak sediakan keperluan itu.), urmm barulah terasa kepuasan di bilik air.

Jawab pertanyaan OKje..
Semestinya Alya  ada bersama kami, kali ini bawa kakaknya sekali, otw nak ke sana, singgah rumah ambil dia

ambil dari FB rasmi..

Nota: Persalinan kami & kainan yang digunakan sepanjang program itu terus di hantar ke dobi petang semalam, balik nanti tak perlu nak fikirkan apa2 daa..

Khamis, 20 Jun 2013

Khamis, 20 Jun 2013

10 minit lagi..

Masanya balik ke rumah & buat persiapan untuk keluar daerah, teruk betul kamu ni UA, 3-4hari keja luar tapi pakaian belum 'packing' lagi, sib baik barang2 untuk program dah siap, pas 'meeting' sok terus berkejar lak ke program, harap2 tak penat kot, maklum le tempat sejuk...

Harap2 xder le yang tercicir nanti..

Rabu, 19 Jun 2013

Rabu, 19 Jun 2013

anak2 sukalah...

Jika si ibu bekerja luar, maklum le sebelum tinggalkan mereka 2beradik, beranika jenis makanan segera akan dibeli sebagai stok sepanjang ketiadaan kami, biasanya jika 1-2 malam, target cuma di bawah RM100 tapi sesekali singgah di pasaraya, rambang lak mata, sedar2 dah 'terover bajet', kadang2 hampir  sekali ganda, apa taknya, tengok itu berkenan, tengok ini berkenan, betullah kaum hawa ni punyai nafsu yang banyak.

Contoh stok roti jer lah - ada roti coklat, roti sardin, roti gardenia, ini belum masuk lagi dengan stok pizza segera, produk ramlee, ayamas dsb. Risau sangat anak2 kelaparan kat rumah, jika si sulung ada lagi senang, adik2 order jer nak makan apa? laju dia pergi beli janji bajet disediakan.

Gamaknya dorang bersorak girang kot setiap kali kami kuar daerah, maklum le rumah ini akan bertukar menjadi gedung makanan, tak perlu fikir daa nak cari makanan kat mana, masuk jer ke dapur macam2 ada, lagipun sekarang ni senang, tak perlu nak hidupkan api bagai cam zaman kami dulu2, semua perlu 'petik' jer ngan hujung jari.

Mulalah terfikir 'tak boleh ke daku nak berjimat?', nak jugak merasa duit simpanan berkepuk2 kat bank, malangnya cuma mampu tengok di dalam penyata gaji tahunan sambil tertanya2 "kemana perginya duit banyak2 ni..?" urmm..

Jawatan Kosong..



Isnin, 17 Jun 2013

Isnin, 17 Jun 2013

CPUV ke 34/2013

Laneige Blogger's Contest..



Nota: Tak tau nak gambarkan perasaan kini, hepi ke tak? masuk2 jer keja pagi ni, banyaknya tugasan luar menanti, bincang ngan bigboss di peringkat negeri, mana tau dapat pelepasan meeting kat sana dalam jangkamasa terdekat sbb lepas  jer meeting, kena bertolak pulak ke daerah lain bertugas luar, malangnya ia ditolak mentah2,  nampaknya kehadiran ini diperlukan..
urmmmmmmm Saya yang menurut perintah walaupun penat semasa bertugas luar minggu lepas masih terasa..anak buah sorang lak rajuk nama tak nek ntuk APC 2012, pelikkan!!!

Sabtu, 15 Jun 2013

Sabtu, 15 Jun 2013

Meh Order Kerisik..

Sesapa yang berminat nak beli kerisik untuk kegunaan raya nanti, apa kata order dengan QasehnyaRania, (pandai2 jer kamu Tni oiiiiii..) alaaaaaaaaa nak buat bukannya senang, susah woo, berpeluh2 nak siapkan sesudu kerisik apatah lagi 2 biji kelapa. 

Terharu sangat2 di atas kesudian QasehnyaRania aka Ciksu buatkan akak kerisik, pasni boleh dimasukkan ke dalam masakan bila2 masa jer, tak perlu daa fikirkan nak beli kerisik bagai, semua tersedia di depan mata..

Saya dah terima bungkusan berisi kerisik pagi ini, anda bila lagi?
Inilah kerisik yang dibuat khas untuk sahabat bloggernya ini, "maaf ye ciksu, akak ambil gambar dari blog QasehnyaRania, kamera akak wat hal.."

Terima kasih tak terhingga buat QasehnyaRania, hutang budimu tak terbalas olehku, terharu sangat & terasa   dekat di hati meskipun kita cuma kenal di alam maya jer, huhuhu


Jerawat tanpa kenal usia..

Remaja Purba - Gelaran terbaru OKje terhadap kami seusia & sewaktu ngannya, orang kata kebiasaan jerawat melanda anak2 remaja dek perubahan hormon, kiranya jika remaja purbapun tiba2 berjerawat, kami belum layak digelar remaja purba, betul tak? tetap xmo ngaku diri tu udah dimamah usia, ahakkk..

Gara2 bercuti 3 hari, habis semua ikut bercuti, jika waktu kerja, reti pula pepagi & malam cuci muka, mentang2 sepanjang hari dok kat umah, bebas segala2nya, sedar tak sedar, tiba2 sebiji jerawat timbul berhampiran pangkal hidung, adoiiiiiiiiii, mulalah remaja purba ini celik sikit pintu hati untuk mencari jalan penyelesaiannya, maklumlah sudah berzaman muka bebas tanpa jerawat..

Kalian di luar sana mungkin punyai petua, meh le kongsi sama2...
Info mengenai jerawat:
Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan. 
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Jumaat, 14 Jun 2013

Jumaat, 14 Jun 2013

Sunyinya

Dok umah tanpa Dak Kecik amat membosankan, seawal jam 5.45pagi Alya sudah bangun tanpa perlu dikejutkan dan dia terus meluru ke bilik air, wahh kemain lagi semangat berkobar2 nak pergi ke sekolah setelah 2 hari bercuti tanpa rekod..

Sebelum tidur, sempat lagi dia berpesan:-

"Len kali ummi wat le bunyi meowww, barulah Alya mudah bangun nak g skolah..." 

Sebenarnya Dak Alya takut pada kucing, konon2nya pagi ni kucing ada disebelah dia, huhuhuhu.. akan tetapi belum sempat si ibu nak usik dia, awal2 lagi dia sudah bangun, kiranya peserta terawal mandi di antara abang & kakak.



Khamis, 13 Jun 2013

Khamis, 13 Jun 2013

Betul tak?


Nota: Tengah geram kat budak kecik tu, lena jer tidur, gamaknya ponteng lagi ke dikkkkkkkkkkkk oiiiiiiiii!!!.

Psssttttt: Agak2nya kalu siram ngan air sejuk, kira kes dera tak? Urrmmm.. positifkan minda.. 'baru 4 tahun, pelan2 latih dia!!!

Rabu, 12 Jun 2013

Rabu, 12 Jun 2013

Aduhai anak...

Asal si ibu bercuti, si kecil inipun ambil kesempatan, puas dikejutkan, puas digomol2 tapi tetap xmo celikkan mata, nampak gayanya kamupun bercuti jugak, baru jer 2 hari pergi sekolah...

Si ibu lemau, mood kerja menjunam jauh ke dasar lautan biarpun banyak kerja yang perlu diberesi,  makanya terpaksa ambil langkah drastik, perabihkan cuti gantian & bersambung cuti rehat sepanjang minggu ini, yalah... sedangkan enjinpun boleh 'jammed' jika setiap masa berfungsi, inikan pulak insan yang lemah, tak mampu daa badan nak bertahan jika setiap hari bekerja dan terus bekerja tanpa rehat.

Sarapan pagi dah siap, masak laksa asam jer.. apa lagi, nak sambung rehatkan badan 'sama itu budak kecik.'., sapa mau join sama, jommmmmmmmmmmm!!!

tapi sebelum tu tepon mesti berada di dalam status 'silent'.. OKje.... "NO. NO. NO!!!" pada panggilan misteri, dengan erti kata len xmo kacau2 k.. (Macam le kamu tu glamour sgt tini oiiiiiiiiiiii.... huhuhuhu..).

Jgn marah OKje, kiter gurau2 jer, ceriakan hari ANDA dengan senyuman :)

Kemaskini.. anak dara kita bangun tidur jam 10.30pagi, pastu kalut2 nak g skolah.. "Skolah apanya sayang oiiii dah lewat sgt ni, mana sempat?"


....................................................................................
Selingan..
~~~~~ ia sememangnya diluar jangkaan..
Mitsubishi Mirage (June) adalah CPUV ke 33/2013, alhamdulillah, terima kasih Nuffnang, segan daa  ngan kawan2 sebab hari2 dok tayang CPUV, urrmmm..


Selasa, 11 Jun 2013

Selasa, 11 Jun 2013

Renung2kanlah..

tapi isteri2 UAI comel2 semua opsssssssssss...

CPUV ke 32/2013

Alhamdulillah rezeki lagi, terima kasih Nuffnang..


Ahad, 9 Jun 2013

Ahad, 9 Jun 2013

Kembalinya Seniwati...

Latifah Omar ke Rahmatullah lewat petang tadi, al-fatihah..


Ikan bakar 'basi'

Al-kisahnya selesai bertugas pada program luar semalam, saya mengajak anak buah singgah di kedai makan untuk makan tengahari, xmo le berebut2 ngan OA kat sana, bagi laluan kat dorang jer menikmati makanan percuma.

Pertama sekali mata terpandang 'ikan bakar', hati terpaut, terus ambil dah letakkan ke dalam pinggan berasingan, yalah boleh berkongsi ngan anak buah, semasa cubit, terasa lain macam jer, isinya amat keras, berubah warna kehitam2an  & baru jer nak suapkan ke mulut, terasa lain , camner nak cerita erk?, terus tak jadi nak makan, rasanya ikan bakar tu sudahpun dipanaskan berulang kali & kemungkinan lebihan hari2 sebelum ini. 

Mula2 itu terasa nak komplin tapi memandangkan ramai orang yang sedang makan di sana, abai jerlah tapi hingga kini masih terasa ralatnya apabila melihat seekor ikan elok jer tak berusik semasa kami melangkah pulang kedestinasi.

Lebih kurang cengginilah ikan bakar tu...
Carian google..

Sabtu, 8 Jun 2013

Sabtu, 8 Jun 2013

Dilema Penjamin

Semalam terima panggilan AmBank sebagai penjamin kepada anak buah di kampung mengesahkan sudah 4 bulan dia punyai akaun tertunggak pinjaman kenderaan, banyak woo..

Itulah yang sering dilema bagi kami yang punyai kerja tetap, xmo menjadi penjamin, awal2 lagi dicop sebagai seorang yang sombong

"Mentang2lah punyai kerja tetap, sedara mara kat kampung dilupakan, bukannya susahpun, minta slip gaji & perlu sign jer, bukan minta duit cashpun".

Urmm..Pastu terlanggar bahupun buat2 kenal tak kenal.

Malangnya apabila kita sudi menjamin, boleh lak wat lengah2 nak bayar hutang, sapa yang susah, 'Makcik kamu jugak yang susah', sikit2 orang bank tepon, kamu xperlah.. no. tepon silih berganti, pokok pangkalnya  sukar dihubungi, "alahaiiiiiiiiiiii anak bertuah, telefonpun tak berangkat, mesej tak berbalas, 'lagu mana ni..'??"

Nota: Sib baik banyak menolak permintaan ntuk jadi penjamin, terpaksa tahan hati, kalu idak, mau botak kepala kena tanggung kesemuanya, urmm...

Jumaat, 7 Jun 2013

Jumaat, 7 Jun 2013

Kenali Mutiara Asli



Mutiara di dalam Tiram.
Subhanallah.. indahnya ciptaan tuhan

Sejak dua menjak jadi PA hubby merangkap saudagar 'brooch' (korang jgn caya tau, huhuhu). kenalah ambil tahu sikit sebanyak mengenai keaslian mutiara yang sememangnya terkenal di Sabah.

Tips kenali mutiara asli:
  • Gigit mutiara, rasanya seperti menggigit pasir & kasar.
  • Geselkan di antara 2 biji mutiara, kemudian lap, warnanya kembali ke asal.
Nota: Rasanya mlm nnt xleh nak bw sbb jap lg kena kuar daerah daa, sok bertugas pada prgm luar (Pastinya tak sabar nak jumpa menteri baru u...).

Urmm malas nak bawa lappy, kalu guna tepon, x kuasa sbb tulisannya kecik bangat, org kata xder kepuasan berblog, ahakk..

Oh ya, kesemua pic di atas adalah carian google, mohon dihalalkan..

Rabu, 5 Jun 2013

Rabu, 5 Jun 2013

Berita gembira

Tahniah akak ucapkan buat Ayu & suami di atas kelahiran anak ketiga (bayi perempuan pertama).

Nota:  Beliau di antara rakan blogger terawal yang saya kenali (hampir 4 tahun lepas) & kami sama2 memperjuangkan susu ibu.

Selasa, 4 Jun 2013

Selasa, 4 Jun 2013

CPUV ke 31/2013

Naper ni, cam xder idea jer nak kuarkan entri baru? asyik2 cerita mengenai CPUV aka BE Nuffnang, semalam hal Nuffnang, hari inipun mengenai Nuffnang lagi, nak wat camnerkan, teman blogger kamu sedang dilanda angau ngan Nuffnang.. maaf ye teman2.. :(





Isnin, 3 Jun 2013

Isnin, 3 Jun 2013

CPUV ke 30/2013

Alhamdulillah dapat rezeki lagi iaitu CPUV Nuffnang yang ke 30 untuk tahun ini, 'hepinya' tidak dapat digambarkan dengan kata2, urmm nampaknya tahun ini merupakan kegemilangan bersama Nuffnang.




Ahad, 2 Jun 2013

Ahad, 2 Jun 2013

Dilema ibu bekerjaya

Berdasarkan entri sebelum ini iaitu berkenaan Segera jer pilihan kami, saya tertarik dengan komen Puan Kutu:-
Saya amat bersetuju dengan pandangan Puan Kutu tetapi nak buat camnerkan, sebagai seorang ibu bekerjaya, sedayanya saya cuba bahagikan masa di antara keluarga & kerjaya serta berikan yang terbaik buat anak2.

Seawal pagi pastinya saya sediakan makanan untuk santapan keluarga sepanjang hari keluar bekerja dan pastinya setiap masakan saya adalah bebas serbuk perasa tiruan seperti:
ini..
akan tetapi tidaklah saya menghalang  penggunaannya 100%, yalah.. jika makan di luar @ membeli makanan di gerai2, ia seakan wajib digunakan sebagai penyedap masakan, kalau terlampau memilih , susah jugakan..

Punyai beberapa orang anak yang sedang meningkat dewasa, selera makan mereka sentiasa ada tanpa mengira waktu dengan erti kata lain, perut sentiasa lapar dan selera mereka juga tidak sama di antara satu sama lain walaupun pada hakikatnya semasa mereka kecil2 dulu, semua jenis makanan yang kita suapkan ke mulut mereka, itulah yang dimakannya.

Sejujurnya saya akui, saya tidak punyai banyak masa untuk bersama mereka apatah lagi menyediakan beranika jenis masakan saban hari, sebagai penyelamatnya saya perlu sediakan banyak stok makanan segera yang mudah dimasak oleh anak2 seperti kuih pau segera (mereka cuma perlu kukuskan seketika..), roti canai segera dsb disamping roti dan biskut.

Hakikatnya hati ini agak keberatan mengizinkan anak2 menggunakan dapur tanpa pengawasan orang dewasa tapi saya terpaksa melatih mereka untuk hidup berdikari. Lagipun kami disini adalah 'perantau', jauh daripada sanak saudara, maka tiada saudara mara yang boleh membantu disaat kami memerlukan pertolongan.

Psstt: nak tanya ieda:
tak mau daa kawan ngan akak ya?? :(

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang