Berdasarkan entri sebelum ini iaitu berkenaan Segera jer pilihan kami, saya tertarik dengan komen Puan Kutu:-
Saya amat bersetuju dengan pandangan Puan Kutu tetapi nak buat camnerkan, sebagai seorang ibu bekerjaya, sedayanya saya cuba bahagikan masa di antara keluarga & kerjaya serta berikan yang terbaik buat anak2.
Seawal pagi pastinya saya sediakan makanan untuk santapan keluarga sepanjang hari keluar bekerja dan pastinya setiap masakan saya adalah bebas serbuk perasa tiruan seperti:
Seawal pagi pastinya saya sediakan makanan untuk santapan keluarga sepanjang hari keluar bekerja dan pastinya setiap masakan saya adalah bebas serbuk perasa tiruan seperti:
ini..
akan tetapi tidaklah saya menghalang penggunaannya 100%, yalah.. jika makan di luar @ membeli makanan di gerai2, ia seakan wajib digunakan sebagai penyedap masakan, kalau terlampau memilih , susah jugakan..
Punyai beberapa orang anak yang sedang meningkat dewasa, selera makan mereka sentiasa ada tanpa mengira waktu dengan erti kata lain, perut sentiasa lapar dan selera mereka juga tidak sama di antara satu sama lain walaupun pada hakikatnya semasa mereka kecil2 dulu, semua jenis makanan yang kita suapkan ke mulut mereka, itulah yang dimakannya.
Sejujurnya saya akui, saya tidak punyai banyak masa untuk bersama mereka apatah lagi menyediakan beranika jenis masakan saban hari, sebagai penyelamatnya saya perlu sediakan banyak stok makanan segera yang mudah dimasak oleh anak2 seperti kuih pau segera (mereka cuma perlu kukuskan seketika..), roti canai segera dsb disamping roti dan biskut.
Hakikatnya hati ini agak keberatan mengizinkan anak2 menggunakan dapur tanpa pengawasan orang dewasa tapi saya terpaksa melatih mereka untuk hidup berdikari. Lagipun kami disini adalah 'perantau', jauh daripada sanak saudara, maka tiada saudara mara yang boleh membantu disaat kami memerlukan pertolongan.
Hakikatnya hati ini agak keberatan mengizinkan anak2 menggunakan dapur tanpa pengawasan orang dewasa tapi saya terpaksa melatih mereka untuk hidup berdikari. Lagipun kami disini adalah 'perantau', jauh daripada sanak saudara, maka tiada saudara mara yang boleh membantu disaat kami memerlukan pertolongan.
Psstt: nak tanya ieda:
tak mau daa kawan ngan akak ya?? :(












16 ulasan:
Mana yg sempat je kak
itu yg berkerjaya,..yg mmg dok dirumah ni pun kekadang oring asyik masak jer... yg segera juga di pilih..hihih...
T_T faham dilema itu
Betullah Tu UA.... Sejak dah besau ni diaorg pandai pulak memilih makan... Itu tak mo ini tak mo....lastly tak yah masak lg senang! Makan luar! Hehe...
betul kak dh ummi sibuk mana yg sempat jer la.lgpun sy faham anak2 yg tgh membesar mmg besar juga seleranya..anak sy aiman tu pun kejap2 je lapar.nasiblah sy ni keja shift,byk juga masa kt rumah.alhamdulillah suami n anak hari2 mkn air tgn sy..brg sejuk beku tak pernah buat stok.sekali sekala je beli
ye lah kak ..
saya nie anak2 semua duk nak kunyahh aje .. letih .. bila cuti sek , ashik ke dapurr aje nie .. lemas huhu
tapi makanan segera memang x leh diamalkan .. bila sedap makan , memang nak selalu .. ekkee .. saya kadang2 grg .. kdg2 dukk aje dlm frozen .. bila anak2 nak makan saya budget sorang 2 aje ekeke ;)
ps : kak .. private sbb upgrade ekeke .. x kan ku lupakan muu kak ;)
datang lagi nak berblog, keliru klik mana, laastly klik entry ni baru nampak blog ni..
saya pun macm tu jugak kak....stok makanan segera mmng tak putus..tapi nak buat macam mnakan...bila anak2 dah besar, selera mereka sntiasa ada....
nak kejar masa tu yang tak sempat nak masak beria sangat kan kak..
ita yang duk sorang pun asik bantai yang mana cepat je..
huhuhu
memang memerlukan bantuan bagi yang berkejaya.. Namun, harus ingat bahawa kesihatan seisi keluarga bergantung pada makanan yang di sediakan.. keluarga yang sihat, melahirkan generasi yang cerdas.. :-)
follow la ye..
http://farid-kehidupan.blogspot.com/
dilema nyer!
dilema aida setiap hari...
all produk ayamas tu memang ada jer dlm fridge. and few other benda...
dilema!!!
Setuju sangat dengan kak tini.. Saya yang anak masih kecil ni pun ada pengalaman yang sama.. Cuba untuk bekalkan keluarga dengan masakan rumah wlaupun terpaksa ambil short cut..
setuju dengan akak..memang kalau boleh kita x nak..tapi kadang2 kekangan masa dan keletihan lepas kerja ...pastu pulak tekak masing2 selera lain2 kan kak
samalah ngan zura.. mmg kena ade stok makanan segera.. kalo x kesian anak2 nak makan time lapar..
Mieya makan je makanan yang ada perasa ajino moto nie
Nak buat camna kan akak, dah tak sempat kan
Catat Ulasan