Isnin, 5 Disember 2016

Isnin, 5 Disember 2016

Aktiviti cuti sekolah

Kami tidak ke mana2pun, maklumlah si ibu bekerja.
Setiap malam, pantau Alya buat latihan untuk tahun 2, belajar sikit2, sekurang2nya bila dah masuk tahun 2  2017 nanti, dia dah tahu sedikit sebanyak & melatih dia menghafal sifir dan belajar 'bahagi'.


1-2jam cukuplah setiap hari, tak perlu lama2, lagipun cuti panjangkan.

Minggu lepas, balik kampung seketika, ambil anak buah sebelah suami bercuti di rumah kami.

Sempat lagi singgah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (masa ini cuaca masih baik)

Inilah anak buah kesayangan kami, dia merupakan anak tunggal & yatim setelah kematian ayah di usia masih kecil (meninggal secara tiba2) & kehilangan adik dua tahun lepas - jika ada sudahpun sebaya Alya (akibat kanser darah).

Minggu ini, abang dari kampung datang ke mari, menghantar anak keduanya jalani "Praktikal' selama 3 bulan, kamipun join sekaki, "Selamat tinggal... ", tunggulah 3 minggu lagi kami datang melawat & bawa balik ke rumah sempena cuti 'Krismas', nak datang melawat setiap minggu tak kesampaian, agenda penuh..   ~_^


Rabu, 23 November 2016

Rabu, 23 November 2016

Kejutan buat tersayang

Surprise lagi.

Kali ini sudah boleh tersenyum, jika tidak 'mencuka' jer, segan katanya.

Kejutan di atas kerajinan Alya belajar dan mengulangkaji pelajaran tanpa rasa jemu.

Alhamdulillah keputusan peperiksaan akhir tahun.

"Tahniah sayang...."

Terima kasih kepada semua (termasuk kalian rakan2 blogger) yang sentiasa mendoakan kejayaan Alya dari masa ke semasa, doa yang baik memberi aura positif buat anak2 dengan izinNya, Insya Allah.

Kedudukan ke 3 dalam kelas

Subjek tertinggi

Hari ini 23/11/2016 (Rabu) Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang. Insya Allah Alya salah seorang darinya.

Nota: Guru kelasnya pula tiba2 kehilangan telefon sejak petang semalam, tak dapatlah tengok Alya naik pentas, sob, sob, sob.. (Moga hari ni dah jumpa, aamiin... )

'Surprise'kan Guru Kelas sebagai tanda penghargaan.

Terima kasih juga kepada semua guru kerana mengajar dan mendidik Alya umpama anak sendiri, jasa kalian tidak mungkin terbalas.

Psttt: Jangan salah faham, ini bukannya entri riak @ menunjuk2, sekadar kenangan untuk Alya apabila dewasa nanti, mana tau kot2 blogspot masih percuma di masa akan datang & tidak padamkan "Diari Hidupku" sebab hampir 100% berkisarkan kisah Alya.

Selasa, 22 November 2016

Selasa, 22 November 2016

Aktiviti SAR sessi akhir persekolahan





Persembahan Nasyid oleh Alya dan rakan2nya, ruginya si ibu tak dapat hadirkan diri, sob3.

Gambar ehsan Whats App Group SAR Al Quran.

Alhamdulillah pencapaian Alya memuaskan, markah untuk Hafazan Quran & Solat perolehi 100% setiap subjek, aamiin... 

Tahun depan tingkatkan lagi prestasi ya sayang.. 

Ahad, 20 November 2016

Ahad, 20 November 2016

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir Dik Mi
Moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki, aamiin.. 

Good luck, Insya Allah kejayaan sentiasa bersama, itu doa kami buat anak2.

Nota: Walaupun punyai 2 orang adik tapi manjanya mengalahkan Alya, seorang yang amat sensitif tapi cepat "sejuk", lain anak lain peel.

Kelebihan dia, tidak tinggalkan solat & banyak membantu kerja2 rumah terutama menjemur & mengemas kain baju kami semua, maklumlah si ibu bekerja, jadi 1 famili kena amalkan "Team Work".

Sabtu, 19 November 2016

Sabtu, 19 November 2016

Detik bersejarah

16/11/2016 (Rabu) @ 10pagi, kakak no.5 dan abang ipar terlibat di dalam kemalangan maut yang mengorbankan 2 beranak iaitu bapa dan anak lelaki (Al fatihah).

Kakak dan abang ipar di dalam perjalanan balik ke Melaka bagi melawat orang tua mereka.

Kejadian berpunca apabila Proton Wira yang dipandu dan dinaiki oleh 2 beranak itu luar kawalan dan berpusing sebelum melanggar Toyota Hilux yang dipandu oleh abang ipar, kemudian kereta Toyota Wish (pemandu dan 2 orang penumpang cedera) yang tidak sempat mengelak lalu merempuh Hilux abang, jadi Toyota Hilux tersepit di tengah2 antara Proton Wira dan Toyota Wish, semasa kejadian hujan renyai2.

Alhamdulillah kakak hanya mengalami kesakitan dalaman (pengsan sebaik berlakunya kemalangan) manakala abang ipar luka di kepala dan dahi serta alami kesakitan dalaman.

Toyota Hilux abang ipar rosak teruk (total loss)

 Sinar Harian



Isnin, 14 November 2016

Isnin, 14 November 2016

Memenuhi permintaan si manja

Hari minggu baru2 ini kami ke Cameron Highlands, aktiviti yang tidak dirancang, tiba2 si Alya teringin makan Strawberi Coklat + Madu.

Bertolak dari rumahpun jam 2 petang, jalan pelan2 sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Cuaca baik dan redup, paling penting jalan tidak 'jem"

Singgah di Ladang Teh

Tidak turunpun sampai ke bawah, maklumlah jalan agak licin + becak, risau tergolek nanti kami 2 beranak, mungkin hujan pada malam sebelumnya.


Selepas waktu azar, kami ke sini pula bagi menunaikan hajat si cilik kami

Yeayyyyyyyyy..inilah tempat yang ditunggu2 dek Alya tapi kena berhati2 ya semasa mengambil pesanan, risau pekerja terlepas pandang.

Pada hari itu diaorang tercicir nak bagi kentang goreng + jus strawberi, nasib baik sedar, terus ambil semula bil yang telah diasingkan & minta menu yang tiada. (Lagipun ia sudah berbayar, mahal pula tu)

Strawberi Coklat RM18/set

Macaroon RM3.90/biji

Hahhhhhh tengok tu, makan sampai comot mulutnya, puas hati weyhhhhh

Sedap tak sayang? 

Bersantai sambil menikmati tanaman menghijau

Sebelum ke Pasar Malam, kita berposing dulu

Sebagai kenangan



Belanja gambar tuan rumah sekeping

Malam itu, kami bersteambot di Ayu Steambot, Brinchang 
Pakej RM20/orang


Kuah sup + tomyam



Keesokan harinya..
Tiba2 terima kejutan dari Alya buat si ibu
Jus Strawberi bersirap ciptaannya
"sedap weyhhhh.. "


Psssttt: Program untuk Chef Cilik ada  tak? boleh hantar Alya uji bakat memasak, mana tau Ibunya "terglemer' lebih, ahakkkkkkkk... 

Sabtu, 12 November 2016

Sabtu, 12 November 2016

Trip Bukit Tinggi part 2 vs Rumah Perancis

Masih lagi entri tertunggak - kisah ke Bukit Tinggi

Kemain lagi anak bongsu kami bersemangat.

Kenangan Alya bersama sepupunya

erkkkkkkkkkkkk tiba2 elok jer Alya berposing, gamaknya dalam keadaan mood ok..

Sebahagian dari team kami

Stail kakak sekarang ni, "Bergambar jer mesti tutup muka", teruk betul gaya budak2 kini,  hi3

Dari Rumah Jepun, kami ke Rumah Perancis.. Cantiknya..

Bagi peluang Alya berposing sepuas2nya.

Anak siapalah ni? hu3



Nak ke Perancis belum kesampaian, sampai ke sinipun Alhamdulillah, boleh juga merasa suasana di sana.

Paling kelakarnya, masuk ke dalam sebuah kedai cenderamata, cashier berbahasa Perancis, ishhhhhhhhhhh bak itik & ayam bercakap jawabnya, maklumlah...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang