Cuti umum kali ini kami telah mengambil kesempatan untuk membawa anak2 'Makan Angin', sebenarnya ia merupakan percutian kami yang tak dirancang, tiba2 sahaja kami berada di sana setelah berderet senarai tempat yang bakal kami kunjungi tempohari.
Kejap nak ke sana, kejap nak ke sini, apa yang penting di dalam bonet kereta tersedia beg berisi pakaian persalinan. Kami bertolakpun agak lewat petang dan bermalam di sana, maklumlah pada waktu paginya tak terfikirpun nak keluar jauh2 dari sini, tambahan pula pada hari tersebut ada jemputan kenduri dan sehari sebelumnya pula telah bertugas luar, penat masih terasa.
Hari ini xmo cerita panjang2 mengenai percutian ini, sebenarnya kamipun tak sempat nak 'shopping' bagai, tak selesa membawa bersama barang2 tersebut ke hulu ke hilir, maklumlah kereta 'parking' nun jauh di sana, ingatkan sebelum balik barulah kami nak rembat apa yang patut, tup2 sebelah petangnya hujan, ermmmmmm, berputih matalah nampaknya.
Diriku cuma sempat rembat sikit je, untuk anak2 dan beberapa ketul 'FM', itupun sebab ia kecik je, senang masukkan ke dalam beg tangan.
Bagi peminat 'FM', ada 3 ketul untuk diagihkan, jika kalian berminat, syaratnya cukup mudah iaitu:
- Teka tempat percutian kami berdasarkan gambar diatas (secara umum je, tak semestinya detail contohnya Kuala Lumpur, Kelantan) di entri ini sahaja.
- Setiap orang hanya dibenarkan meneka sebanyak 2 kali.
- Jika pemenangnya berasal dari tempat ini, saya akan tukarkan FM yang lain
- Seandainya terdapat lebih 3 orang yang meneka dengan tepat, undian akan dijalankan.
Tarikh tutup: Sehingga ada entri baru (maksudnya bila2 masa mengikut kerajinan tuan punya blog)