Latifah Omar ke Rahmatullah lewat petang tadi, al-fatihah..
Memaparkan catatan dengan label al-fatihah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al-fatihah. Papar semua catatan
Ahad, 9 Jun 2013
Ahad, 9 Jun 2013
Selasa, 12 Februari 2013
Selasa, 12 Februari 2013
Masih di sana
Berdasarkan entri tadi, jam sudahpun melewati pagi, anak teruna sulung masih lagi berada di hospital, walaupun mereka tidak berkawan rapat, akan tetapi di atas dasar teman satu sekolah dan taman perumahan di bawah sana, dia bersama beberapa orang rakan berada di sana bagi membantu menguruskan jenazah.
Pada mulanya dia ingin bersama team ke tanah perkuburan di mana urusan pengebumian akan disempurnakan pada malam ini juga, akan tetapi tidak mendapat keizinan abahnya, maklumlah dia seorang yang agak lemah semangat, sering 'mamai' (mengigau) apatah lagi jika berada di dalam kesihatan yang tidak baik. Akan 'merapu' yang bukan2, gamaknya apabila semua urusan di hospital selesai, barulah dia balik ke rumah lagipun tanah perkuburan agak jauh.
Difahamkan 2 orang telah meninggal dunia di dalam kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori di kawasan Felda siang tadi.
Nota: Masih tertanya2 anak siapakah gerangannya, mungkin keluarganya juga adalah kenalanku?
Psssttt: Kemungkinan besar dia pergi jugak sebab jam sudahpun hampir 3 pagi belum balik2.. nak tidur bimbang tak sedar nanti, tepon dia lak dah abis bateri, waduhh risaunya..
Psssttt: Kemungkinan besar dia pergi jugak sebab jam sudahpun hampir 3 pagi belum balik2.. nak tidur bimbang tak sedar nanti, tepon dia lak dah abis bateri, waduhh risaunya..
Isnin, 11 Februari 2013
Isnin, 11 Februari 2013
Al fatihah..
Masih di dalam mood terkejut, baru mendapat perkhabaran:- teman sekolah anak yang bakal menduduki SPM tahun ini terlibat di dalam kemalangan jalan raya siang tadi dan telah meninggal dunia.
Al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat, amin..
Sabtu, 2 Februari 2013
Sabtu, 2 Februari 2013
Al fatihah..
Baru menerima perkhabaran dari kampung, abang sepupu telah meninggal dunia jam 4.30 petang tadi setelah koma lebih seminggu di HUSM. Al fatihah buat Arwah Abang Mie, moga tenang di sana..
Buat Edy & Nini, moga tabah dengan pemergian ini.
Nota: Tiba2 rindu zaman kecil2 dulu..
Khamis, 20 September 2012
Khamis, 20 September 2012
al fatihah..
Petang ini kami dikejutkan oleh pemergian teman sekerja lama ke rahmatullah akibat kanser mulut, sudah bertahun beliau menderita dan terlantar sakit.
Al fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat, amin..
Jumaat, 15 Jun 2012
Jumaat, 15 Jun 2012
takziah
Mungkin kalian pernah membaca entriku SEBELUM INI mengenai penderitaan seseorang aka klienku yang mengidap kanser payudara tahap 4 disamping suami yang terlantar sakit.
Tepat jam 4.35petang tadi, beliau telah disahkan meninggal dunia setelah koma selama 3 hari di Hospital Selayang, Al Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat. Amin..
Sabtu, 21 April 2012
Isnin, 12 Mac 2012
Isnin, 12 Mac 2012
Dirang disahkan mati dibunuh
Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang hilang sejak 1 Mac disahkan dibunuh dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran kediamannya.
sumber: hmetro
Isnin, 26 Disember 2011
Isnin, 26 Disember 2011
11 tahun pemergianmu
Hari ini genap 11 tahun pemergian bonda tersayang Hjh Hawa binti Hussian, serasa baru semalam dia pergi meninggalkan kami buat selama2nya. (26.12.2000 aka 1 Syawal dalam kenangan.)
Banyak kenangan ketika bersama arwah, maklumlah sebagai anak bongsu, tentunya diberi perhatian lebih, sekadar teguran, marah2 manja demi kebaikan kami jua.
Kadang2 kerinduan menerjah dilubuk hati ini, rindukan bebelannya, rindukan masakan ibu yang tiada bandingnya, seorang ibu yang sanggup korbankan segalanya demi anak, kini cuma doa yang mampuku hulurkan demi membalas jasa dan pengorbananmu. Al Fatihah..
Ahad, 19 Jun 2011
Ahad, 19 Jun 2011
al-fatihah
Al-fatihah buat pelawak komedi terkenal iaitu Zami Ismail @ Pak Uda yang telah meninggal dunia jam 10.30 pagi ini, moga arwah ditempatkan di kalangan mereka beriman, amin..
Takziah buat ahli keluarganya.
KUALA LUMPUR 19 Jun – Pelakon komedi veteran, Zami Ismail , 67, atau dikenali dengan panggilan Pak Uda kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Pak Uda yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 pagi di sisi semua anaknya.
Menurut anaknya yang juga pelawak, Mohd. Soupi atau Opie, bapanya menghidap sakit jantung. “Jenazah ayah akan dikebumikan di Tapah Road selepas Asar petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 5 Mei lalu, Pak Uda dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang setelah mengadu sakit dada dan semput akibat penyakit pneumonia. – Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)












