Sejak dua menjak anak bujang merantau nun jauh di utara, boleh dikatakan setiap bulan kami ke sana, bayangkan dari bulan Januari hingga April tahun ini, sudah 4 kali kami ke sana, meredah perjalanan yang jauh.
Terbaru pada minggu lepas, seawal jam 3 pagi kami bertolak dari sini, seram juga bila terpaksa melalui jalan berbukit & sunyi sepi, tiada line telefon, dengan erti kata lain di tengah2 hutan sebelum singgah di Masjid Ringlet, Cameron Highlands tepat jam 5:30 pagi untuk solat subuh.
Entah le bapanya, di hatinya ada taman, rindukan anak bujang le tu, bukan seperti si ibu, berhati batu, keras & sekerasnya, ishhhhhhhhhhhhhhh tak kuasa nak kenangkan orang jauh, hu3..
Bila berada di Bandaraya Alor Setar, rugi jika tidak singgah membeli makanan, bukan apa, amat murah jika berbanding dengan daerah sini, bayangkan "Chicken Chop" baru berharga RM3.90 hingga RM5.00, Ayam Goreng Celup Tepung RM 1/ketul, Sate RM0.35/1 cucuk walaupun hakikatnya setiap kali ke sana, tidak pernah lupa lagi membawa bersama beras, bawang dan sebagainya, masak tetap masak, maklumlah Ibu Mithali (masuk bakul, angkat sendiri k...), kiranya membeli makanan lain adalah sampingan.
Sepagi kami mencari gerai menjual 'Laksa Ikan Sekoq', mengidam katanya, menurut rakan, ada berhampiran Istana Negeri, Jalan Anak Bukit, malangnya sampai kesudah kami tidak ketemu.
Akhirnya setelah bertanyakan tuan kedai semasa singgah makan tengahari sebelum 'check in' homestay, kami ketemu juga dengan kedai menjual Laksa Ikan Sekoq, Jalan Gangsa Mergong, memandangkan baru selesai makan tengahari, kami beli bungkus & makan di homestay.

RM4 sepinggan
Sebelum balik ke destinasi, kami menyinggah lagi membeli beberapa bungkus Laksa Ikan Sekoq dan Nasi Ayam Tat sebagai bekalan, maklumlah setelah beberapa kali singgah di R&R, makanan yang terjual di sana tidak menepati selera kami.
Tidak berpuas hati makan Laksa Ikan Sekoq di sana, balik ke rumah masak sendiri & bawa bekal ke pejabat, ubahsuai menu ikut citarasa - "masam, masin, pedas" secukupnya, barulah ada urmmmmmmmmmmmmmm..
Makan le sepuas hati UA oiiiiiiiiiiii, xder siapa nak larangpun.
Selain dari Laksa Ikan Sekoq, rugi kiranya tidak singgah di "Zakaria Laksa Teluk Kechai", kuahnya memang cair dan yang unik, ia di tambah dengan "Sambal Nyior" sebagai pemekat & penyedap kuah, paling suka, ia menggunakan laksa yang dibuat sendiri, mula terbayang kuah lemak jika digadingkan dengan laksa segar, fuhhhhhhhhhhh mantop, pergi sekali lagi, wajib terjah...
Harganya murah jer iaitu RM14/1kg, ikut timbangan laksa, ia lengkap dengan kuah, ulam dan sambal kelapa
Malangnya anak2 tak gemar laksa jenis ini, bayangkan kami suami isteri kena habiskan laksa 1kg, itulah gelojoh sangat, apa salahnya beli 1/2kg jer...
Sememangnya tak mampu weyhhhhhh nak habiskan, maka terpaksa simpan untuk sarapan pagi.
Wajah anak manja umi yang tidak terurus & kepenatan sebagai penyeri laman.








