Taruk isi durian byk2 berbanding fresh cream
free kaler..
Warna tak menarikkan, ok jer lepas le mengidam, sekurang2nya dah tahu rasa 'Durian Crepe', baunya agak wangi, mungkin akibat penggunaan tepung kastard dan dibalut dek kulit yang nipis.
Hurmmm memang berbaloi ia dijual dengan harga mahal, harga bahan2 mentahnyapun bolehlah tahan, lagi2 jika guna durian jenis D12, musang king atau sebagainya.
'Makcik' tak sanggup meng'crepe'kan ia setiap hari, remehhhh... (bek bakar muffin @ kek, sekaligus je masak), jujur saya katakan, saya kurang berminat nak buat kuih muih yang banyak sangat kena ikut langkah demi langkah sebab saya seorang yang simple, kiranya main campak2 jer..
Ohya, sana sini orang dok bercerita mengenai Durian Crepe, hebat sangatkah kuih ini? hari2 dok ngidam, nak order jauh sangat, nak buat pulak whiping cream tak terjual di daerah kecil ini
.
Akhirnya minta tolong auntie kat kedai menjual bahan2 bakeri order, terus rembat 3 kotak sekaligus, isnin nanti baru dapat- hurmmm xder stokpun..
Kelmarin ajak hubby keluar daerah, kononnya bawa anak makan angin, alhamdulillah terjumpa whiping cream kat TF tapi ia terjual di dalam kotak yang besar, ambik seliter jer, kemudian minta tolong hubby beli buah durian pagi tadi.
Resepinya saya ambil di laman web rakan blogger, sebenarnya kecoh mengenai resepi yang betul untuk membuat kulitnya, banyak sangat rahsia yang tersembunyi, ada yang kata ia tidak menggunakan tepung gandum langsung, jika guna tepung gandum ia palsu semata2.
Ada pula pendapat mengatakan ia menggunakan 5-7 jenis tepung yang berlainan tanpa tepung gandum, entahlah.. sayapun tak pasti yang mana satu betul, untuk cubaan pertama kali ini saya menggunakan 6 jenis tepung yang berlainan ikut resepi tersebut, pastinya tepung gandum tetap ada iaitu tepung pau & tepung naik sendiri.
Jika kalian nak berniaga & inginkan resepi yang tepat, baik berguru, bayar sikit, apa salahnya. Rasanya tak rugi sebab 'Durian Crepe' sedang dilanda fenomena.
DURIAN CREPE
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri
1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon (terlupa nak masukkan)
Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental
Cara-caranya:
- Maukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan
pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk
penuh blender.
- Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam.
- Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata. (saya tambah sikit lagi air, kiranya adunan ini agak cair untuk menghasilkan kulit yang nipis)
- Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan.
Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal
atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya
masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih
ketayap yang lembut).
- Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..
- Bentangkan crepe dengan bahagian yang
licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream
di tengah-tengah crepe.
- Sudukan isi durian di atas fresh cream & paipkan fresh cream di atas isi durian
- Lipat crepe ( 4 penjuru - siap...)
Credit: Resepi Cikgu Ani
Nota: Lain kali baik order je jika nak makan, itupun jika teringin sangat. (kami 3 beranak jer makan, rasanya tak berbaloi sepagi dok ngadap kerja ni tapi masuk hari kedua & ketiga, berebut le pulak, hubby kata sedap, nak buat lg agak susah sebab di sini sukar nak dapatkan fresh cream.. ).
***crepe durian lagi