
As salam semua, maaf agak lama tidak berkesempatan untuk menulis sesuatu di laman ini, rindu kalian..



Antara koleksi baju2 raya Alya
Kami balik kampungpun cuma 3 hari 2 malam sebab anak2 ingin beraya di rumah sendiri, maka terkejar2 beraya di rumah adik beradik kedua2 belah pihak, lagipun kami suami isteri sudah ketiadaan ibu ayah.
Alya bertanya "Kan nenek atuk dah xder, kenapa kita perlu balik kampung?", sepatah jawapan si ibu "Ummikan ada kakak dan abang, gitu juga abah, dia ada adik, maka kita perlu merayakan bersama mereka", kasih sayang kami tak pernah luntur dan ikatan kekeluargaan pasti dijaga utuh, insya allah..

"Kakak" + Sepupunya


Jamuan Raya Jabatan tempohari
(Gambar ihsan dari rakan setugas)


Habis program semalam, kami beraya lagi..
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Update 4/7/15.. "

Terima kasih buat Cikgu Mat Som kerana mengirimkan buah tangan berupa sebiji 'Jug Thermos' buat seorang rakan blogger bagi pihak saya.
"Status siang tadi"
Siapakah dia? biarlah tuan punya yang bercerita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rezeki saya juga, terima kasih buat Cikgu Mat Som di atas kiriman Jug Thermos yang menarik hati, sesiapa yang berminat, boleh dapatkannya di sini, murah2 jer..
Nota: Entri rojak..













10 ulasan:
ayu nyer lah alya pakai tudung...
alya comel..cantik baju raya!
meriah juga beraya dikampung,dengan boss n rakan sekerja..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
Kalau dah nama pun anak dara posing apa cara pun comel belaka:)
Betul kena jalinkan ukhuwah pada saudara-mara kalau tak anak-anak lagilah tak kenal mak-pak saudara sendiri.
alya comelnya dia bertudung
smga ukhwah yg terjalin terus berpanjangan hingga ke anak cucu dan cicit.
selamat hari raya...raya memang akan rasa sedikit kekurangan tatkala tiada ibubapa...tapi bila bersama adik beradik terubat juga sedikit kerinduan
seronok rumah terbuka...
comel dak alya ni...dah besar
kak Umi Alya..JM minta mmaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita di alam maya ni..selamat hari raya maaf zahir dan batin
Pandainye posing adik comel tu.. kita da follow cni tau. :)
Cantik jug hihi..............
Sapalah agaknya yg bertuah tu ek......
Moga diberikan limpahan rezeki oleh Allah buat orang yg memberi tu....
Cantiknya koleksi baju baju Raya Alya...Jeles Auntie tau....
Alya ni mesti lemah lembut orangnya kan mcm mama ...
Suka tengok Alya masa pakai baju pink tu
Adik cute Alya dan bertudung manis..happy nampak Alya dan keluarga..
Catat Ulasan